November 7, 2010

Ada apa dengan PINK...?

Posted by Lyla

(di Hostel)

Assalamulaikum.......
Terasa aman, tenang dan damai melabuhkan diri di katil empuk ne... terasa segar melihat langit dah pun gelap...   
Melihat suasana bilik disinari dengan warna-warna cerah, membuat diri merasa tenang je..

Barang-barang kuliah (dalam kotak pensil)
Ana sangat tertarik dengan warna pink bermula awal tahun ini...  Bila lihat pink je terasa hati ne senyum je. Bermula dengan cooler laptop dan Hp, terus ke lampu tidur dan cadar tilam serta seterusnya, sume pink... setiap kali keluar nak p beli barang2, mesti pink juga yang dicapai. Wal hal, zaman sekolah menengah dulu, pink adalah warna yang di ‘anti’ .. alkisah tak suka pada sekumpulan perempuan yg serba pink. Bagi sesetengah orang yang negative ne, pink melambangkan gedik dan mengada2…

Ana percaya watak manusia berkait rapat dengan perubahan warna sekeliling... setelah hari-hari dikelilingi dengan something pink, perubahan watak perlahan-lahan berlaku. Seseorang yang dahulu bersifat kasar, garang dan pemarah menjadi lembut dan ayu.  Itulah hakikatnya, warna melambangkan diri seseorang…
Pink adalah symbol kelembutan, bukan aje pd perempuan tp juga pada lelaki, kita tak boleh cakap kita benci akan sesetengah warna kerana ia boleh menguasai hati!

Sebenarnya ia terpulang pada individu it sendiri, penerimaannya pada warna, ada saja menganggap pink itu warna pemberotankan, warna  feminin yang menunjukkan kelemahan wanita.

Hidup di dunia ini sememangnya dikelilingi warna, warnalah yang mengindahkan seluruh alam ini. Jangan lah salah ertikan ia dengan pemikiran yang sempit.

So, perasaan tak suka pada sesetengah warna ini mungkin tidak dapat dielakkan, tapi janganlah sampai orang yang suka pada warna itu pun kita ikut tak suka…
Hakikatnya, pink ana suka kerana ia membuat ana merasa gembira, lembut dan bersih, namun warna biru lembut lah yang ana cinta sejak berusia 9tahun… ^_^

Wallahu a’lam bi shawab

-Ruuhul Hubbi-





1 comments:

Nurhamizah said...

aha,,da minat pink ya,,, btl kta c penulis ni,, dlu mna ad minat pink,,alih2 skrg da minat pink,, kalah c mija ni,, hehe,, :)

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos