December 20, 2010

Masih Tidak Terjawab...

Posted by Lyla
Assalamualaikum...


160jam bersama ketenangan....
alangkah bahagianya,diberi ruang dan peluang dalam mencari erti kehidupan dalam beramal dan beribadah... tanpa gangguan yang mahu menyisip di sipi2 waktu.. =)


inilah status yg baru di isi dalam ruang sosial fb ana...~ Salamun ~ Salamun salam~  berdendang2 lagu Zain bikha  dari album Our world.. about peacefull.. 

RuuhulHubbi....
Sedang waktu berlalu ditelan masa, sesaat, seminit, sejam dan seterusnya... sesaat pun ia tidak akan kembali. Sedang saat itu berlalu, pelbagai coretan puisi yang bermain difikiran, selangkah kehadapan untuk mula menulis di ruangan ini. tapi sehingga kini seciput pun tidak terselit. Bukan fikir tidak serupa bikin, tapi cuma sebuah perasaan yg tidak bisa diungkap...

Setelah sekian lama, menziarahi pelbagai jenis blogger, terutamanya milik akhwat yg dicintai Allah...  coretan kehidupan, kesedihan, kedukaan, kegembiraan disisipkan dalam blog/ forum yg dibentang buat seluruh mata di  dunia milik Allah ini... malah kebencian turut dituliskan didalamnya, agar semua tahu bahkan juga mungkin buat melepaskan kemarahan atau memuaskan hati penulisnya.

Namun itulah sifat lahiriah manusia, dilahirkan untuk merasai dan melihat semua itu, tapi untuk ana berkongsi dan membentangkan perasaan sebegitu untuk dilihat seluruh dunia ? mungkin tidak... mungkin yang membacanya tidak ada, melewatinya tiada, malah melihatnya sahaja jauh sekali.

Jika sang pembaca berkata ia sebuah diary, pastilah tidak kerana diary itukan rahsia... diary tempat menyemat sebuah perasaan, sebuah perasaan yang berakar pelbagai emosi... suka, duka dan apa2lah..
kemudian perasaan itu terpaku didalamnya rapi, tidak ada sesiapa pun boleh membacanya.

Ana tidak tahu apa yg harus ana coretkan dalam blog ini, ilham merapu berbuah malah berbibit2 di dalam benak fikiran ini, namun tangan ini kaku setelah luncungnya menyetuh keyboard besar ini. Mungkin tidak, tidak untuk buat seluruh dunia tahu akan apa yg diperbuat sehari2... 165 jam free dalam seminggu untuk ana... bertingkat2 coretan yang ana semai untuk dicoretkan dalam ruangan ini.

Ana akui amat meminati sastera, segala puisi dan cerita... mahupun tidak membesar dengannya, Masih teringat ketika ana menulis sebuah cerpen seram bertajuk " Melati budak misteri" yang agak tebal episodnya. Memberi orang lain membacanya sahaja tidak, begitu juga cerpen-cerpen lain dan terakhir kalinya sebuah kisah yang berhenti di permulaan cerita kerana masa depan yang memanggil dihadapan.
Bukan kerana kedekut, tapi sebuah perasaan yang belum ana ketemui jawapannya. Tidak yakin pada diri sendiri? hmm...

Dengan ruang waktu yang sempit, hanya lukisan penghibur jiwa, ana lebarkan minda dan fikiran di dalam beberpa diary yang ana penuhkan dengan puisi yang kesemuanya sajak kehidupan malah cinta yang sehingga kini menjadi rahsia.   jauh sekali untuk ana membiarkan orang lain membacanya malah melihatnya sahaja tidak.Mungkin dengan itu lah senyuman di wajah ini bisa terukir dan tawa ini bisa berlagu. Mungkin Sahaja tidak ada yang percaya akan diri disebalik dirinya yang kasar lagi tegas. 

Menyisipkan coretan untuk dikongsi masih jauh untuk ana sisipkan disini, sedikit2 kali....
Biarlah setakat buku catatan menjadi pendengar setia antara ana dan Dia yang tahu... Dan jari jemari menjadi saksi. Bukan Ruangan Sosial yang kita tidak tahu siapa pelihatnya, siapa pembacanya, apa racun atau madu..

Tidak ana cuba nafikan apa-apa, begitu banyak kisah yang bisa dijadikan pengajaran buat orang di luar sana, tapi biarlah saatnya tiba. Keberanian untuk menghadapi . Kerana ketakutan masih menghantui,tidak cukup kuat menghadapi dunia luar yang bisa membunuh jiwa.  Saatnya pasti  tiba.. =)



1 comments:

Nurhamizah said...

"melati budak misteri" ... laila,,lau xsilap laila pnah bgi mija baca time skola mnengah dulu?

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos