December 9, 2010

Sebuah Kesempurnaan

Posted by Lyla

Mendengar lagu bertajuk kesempurnaan, menjadikan diri terhibur, sedikit pun tdk peduli akan suara hujan yang lebat menghentam apa yang dicapainya..
Sempurna kadang menjadi satu tujuan, tujuan yang menjadikan seseorang terpaksa mengejar dan mencapai sesebuah maklamat, Ramai yang tahu, dan mudah mengungkapkan, "Tiada apa yang Sempurna di dunia ini". Namun, ramai juga yang tidak menyedari, diri sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu yang sempurna buat dirinya. Terimalah hakikatnya, setiap orang sememangnya mengharakan yang terbaik buat dirinya, dan apa pun yang dirancang berjalan dengan lancar. Namun, bila kesempurnaan ialah punca utama, tidak ada apa-apa yang akan diketemukan, cukuplah sudah hal sederhana yang menjadikan kita puas hati dan mungkin penerimaan yg baik apabila ia melibatkan orang lain.


Dalam mencapai sebuah 'kesempurnaan', janganlah kita lalai dan lupa, bahawa segala apa yang kita terima, sedikit pun nikmat dan hasil adalah dengan izin Allah SWT, takdir yang sudah tercatit buat kita. Bersangka baiklah dgn takdir Nya kerana pasti sesuatu yang berlaku mahu kita suka atau sebaliknya pasti berhikmah. Dan sebuah kekurangan  menjadi sesuatu yang melengkapi diri kita, dan menjadikan kekuarangan itu membentuk sebuah kesempurnaan, insya'Allah...


Sememangnya, tiada  apa yang sempurna di dunia ini, kerana yang kekal  itu akhirat semata-mata. Tapi apa salahnya mencuba mewujudkan kesempurnaan dengan menghargai hasil atau kelemahan dan kekurangan seikhlasnya. dan ia pasti wujud bila kita sentiasa cuba usaha yang terbak sehingga apa pun hasilnya, itulah kesempurnaan.


Kadangkala saat kita mencari kesempurnaan, yang kita dapat kemudian kekecewaan. Tetapi kala kita siap dengan kekurangan, maka segala sesuatunya akan terasa istimewa... Insya'allah...


~ Laila... 





0 comments:

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos