December 8, 2010

Tidak pernah hentiku meminta..

Posted by Lyla
Assalamualaikum wbt.. Dingin pagi menyelemuti diri, tak kala hati tersentak mencapai telefon bimbit melihat waktu, jam 4.45.. Tandanya masuk waktu subuh tiba.  Bingkas bangun melihat teman2 masih lena dibuai mimpi. Anjing di perkarangan masih mengaung keriangan.
 Ku kejutkan si adik di sebelahku, mari solat subuh bersama...Di alur rapi wudhu menyucikan tubuh untuk bertemu-Nya... Melangkah naik keruangan solat...

Yang bermain dibenak fikiran, alangkah indahnya andai teman lain dapat solat berjemaah bersama, mungkin bisa sekali mendengar sedikit tazkirah agama dan begitulah seterusnya. Alangkah indahnya sekiranya sahabat2 yang lena dibuai mimpi, dikejutkan dari lenanya syaitan menidurkan mereka...

Andai sahaja diri ini kuat, mahu saja ana kejutkan satu-satunya, namun ana tiada terdaya, kerana nasib hanya menumpang dirumah usang ini, dalam menuntut ilmu meneruskan perjuanga...Namun aku tidak mahu terus berdosa dengan dosan lainnya, ini mungkin hari pertama, dan aku takut melukai hati insan lain, biarlah doaku tidak putus mendoakan sahabat lainnya agar turut sama berusaha kembali kejalan yang benar. Berhenti dari mengejar kenikmatan dunia dan memahami erti cinta kepada akhirat. Dan perlahan Daqwah mengukir tanpa sesiapa disakiti.

Andai sahaja aku bisa berjuang seperti Rasulullah, akan ku cuba menjadi nekad seperti baginda, hanya mampu titisan air mata  jatuh merindukannya. Kerana aku taku aku tidak bisa sekuat itu.
Aku hanya mampu berdoa dan senyumanku mengiringi, buat sahabat2 sekalian yang mungkin berbeda dengan diriku. Aku sudah sgt bersyukur kerana menerima aku disini tanpa songehnya... Ya Allah yang rahim, lindungilah sahabat-sahabtku, lindungilah langkah mereka dan berikanlah mereka cahaya hidayah banyaknya menyinari mereka. Dan insan hina lagi lemah ini untuk terus kuat menagih cintamu...

Ya Allah, tidak pernah hentiku meminta agar Kau berikanku sahabat-sahabat yang solehah dalam memperjuangkan agamu mu..
Amin bi iznillah...

0 comments:

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos