May 1, 2011

Karangan pertama sebuah kehidupan

Posted by Lyla
Assalamualaikum...

...Malam yg terakhir telah berlalu, akhirnya memulakan karangan cerita di kampung halaman, pernikahan adik kembar ana yang berlansung pagi esok menjadi pembuka kenangan... yang pastinya bermula dengan keriangan dan kesibukan, peluang untuk ana memulakan segalanya dengan penuh keceriaan dan catatan yang amat bererti buat ana dan sekeluarga.

MySpace... Karangan cerita bermula dalam sebuah bilik kecil yang kini menjadi milikku, hal milik persendirian, yang telah ana sesuaikan mengikut kenhendak diri di dalamnya, yang pastinya bertemakan warna lembut yang seringkali mendidik hati memahami penciptaan diri sebagai seorang wanita.

MySpace... Lesu, kepenatan seharian sejak semalam, tidak lelah menjayakan persediaan untuk adik kembar kesayangan ana, yang mungkin dulu di suatu ketika sering gaduh dan saling menyakiti. Saat henda menyerahkannya pada lelaki yg Allah pilih untukknya, saat ini baru merasakan bahawa kasih sayang itu tersemat rapi ingin mengalir melaluinya. Merenung wajahnya seperti kian kalinya melihat wajahnya, mungkin kerana selepas ini dia dimiliki orang lain, berjumpa saja mungkin kadang, apa lagi bercerita mesra yang sangat jarang semacamnya.

... Tawa dan Jeritannya mungkin tidak lagi didengari, rengekan manjanya mungkin tidak bermain lagi... mungkin itulah naluri yang ada pada seorang kakak, apatah lagi yang seperut dalam kandungan emak. Sekian lama dikejauhan, menjadikan kasih sayang pada keluarga menjadi lebih dalam,  kalau dulu sering menyakiti mereka dengan tingkah dan ragam yang melukakan, kali ini hanya kegembiraan dan kasih sayang yang hendak ana berikan. Mengubat segala duka yang dulu mungkin masih merah. Jauh disudut hati. merasa sayu,  ingin menghargai setiap detik bersama mereka, mahupun di bilik kecil ini ku meleraikan segala perasaan... Terasa seperti suatu saat, akan kutinggalkan mereka di kejauhan lagi, mungkin selamanya... Mungkin suatu saat, Allah mengizinkan seorang lelaki menjemput diri ini pergi meninggalkan keluarga seketika waktu. Kasih itu diselami lebih dalam, memperbaiki apa yang sebelumnya lemah.

...Dalam diam, diri menyulam secubit azam, yang sebelum ini di malam terakhir masa ragu.. azam yang disulami tiada pasti, menjadi jelas dan utuh. Azam yang mungkin akan merubah perasaan dan keadaan. Kini ku buka mata hati untuk melihat seterang-terangnya dalam meniti jalan untuk memperbaiki diri, mengenal dan mencari cinta yang sejati. memberi cinta dan hati serta seluruh jiwa ini kepada-Nya.
..Yang pasti semua ana serahkan segalanya kepada Allah. dan azam sebagai penguat smgt.. insya'allah.. :)


...................................................MySpace

1 comments:

Anonymous said...

salam alaik ukht

post yg mnrk..slm pknalan dr ana..zarifa..

thumbs up 4 u..

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos