June 26, 2011

Sebuah Kekuatan ~ Perisai mahkota

Posted by Lyla

..kita bukan seorang 'alim yang sengaja mengaku hebat di atas pentas pidato. Kita bukan seorang pendakwah yang ingin dipandang mulia 24jam. Kita bukan syeikh yang ingin dilihat sebagai ketua agama.

Tapi kita hanya orang biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa. Mengikut aturan alQuran dan Sunnah Rasulullah saw.

Maka untuk menjadi luar biasa, perlunya jalan mujahadah..

Dalam proses mujahadah, kita tak lepas dari halangan, hasutan dan kutukan. Pun begitu, sekuat mana angin lintang yang ingin melencongkan jalan perjuangan kita, sehebat mana musuh yang cuba menghalang gerak geri kita.. bukanlah menjadi suatu titik kejatuhan kita. Sebaliknya ambil ia sebagai perangsang.

Benar. Teramat sukar untuk kita mulakan kehidupan sebagai orang baik-baik..selagi mana,
kita merasakan hidup kita sebelum ni sebagai 'budak jahat'. Belum apa-apa lagi kita telah menjadikan masa silam sebagai penghalang utama.. maka kecundang di garisan permulaan.

Baiklah.. bila dah dibuang kelemahan masa silam, akan hadir satu rasa ingin menyambung kembali jalan mujahadah. Timbul rasa ingin berubah. Dari aku yang dulu, kepada aku yang kini. Tapi bukan bermaksud menjadi orang lain, cuma ingin menyingkap kembali sejarah matlamat kewujudan diri sendiri. Yakni sebagai hamba Allah.. wajib taat pada perintahNya.

Dan sekuat hati, kita berazam..
"Aku nak jadi baik.. Aku nak cari ilmu.. Aku nak tinggalkan maksiat dulu-dulu..
Mulai hari ini, aku nak pakai jubah.. Aku nak berkopiah.. Aku nak berserban..
Aku nak tutup aurat elok-elok.. Aku nak cuba pakai purdah.. Aku nak jaga maruah diri.."

Begitu suara keazaman yang mungkin kita dengar..

Maka dengan semangat yang tinggi.. perubahan bermula. dikerah sekuat tenaga untuk memusnahkan kelemahan masa silam dan hanya ingin mencipta kejayaan masa depan. Demi Allah untuk Islam..
...
Sampai satu episod, tiba-tiba terdengar suara hanyir yang bunyinya..

"Kamu tak boleh pakai kopiah putih dalam kerajaan..sebab undang-undang kita melarang."
"Kamu tak boleh pakai purdah..sebab kerajaan kita tak benarkan berpakaian macam ni."
"Kamu bukannya baik sangat, janganlah hipokrit."

Ahh.. penghalang sudah datang..
Menggigit tali ikatan jalan mujahadah yang bertahun-tahun kita bina. Hampir putus.. seakan-akan terus terhenti. Sayang sekali, kerana baru saja di awal perjalanan.

Suara hati tidak pernah berdusta. Dia takkan membiarkan pemiliknya terus berduka..
Dalam diam, dia memujuk..
"Jangan mengalah wahai hamba Allah..engkau telah berada di atas jalan kebenaran. Hanya tinggal selangkah untuk bersama menggapai cinta kekasih Allah. Hentikan tangisanmu.. bangunlah demi menyambung kembali usaha yang telah engkau sendiri impikan."

Soal perintah ulul 'amri (penguasa kerajaan)..
ya, tidak salah untuk kita taat kepada arahan mereka atas alasan-alasan tertentu..
Tapi jangan terus menguburkan niat untuk berubah.. Kerana mungkin hanya di sini kita dihalang..tapi di luar, kita masih boleh lakukan.



Duhai pencinta mujahadah.. aku teramat sayangkan kalian, kerana aku juga seringkali berusaha untuk menempatkan diriku di atas jalan mujahadah.. Aku juga pernah dihalang dan dihasut seperti mana kalian. Kerana tak semua mampu membawa roh Islam, di zaman-zaman akhir kehidupan dunia.

Namun, tak bermakna usaha kita harus dikuburkan.
Kita baru sahaja bermula.. ayuh kita selesaikan bersama!

Sesugguhnya jalan ini ghuraba'.. ghuraba'.. ghuraba'..
“Islam itu bermula sebagai (ghuraba') sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]
....................................................x.x.x.x.x.x.x.x........................................................... 
~ Petikan Artikel ini, ana terjumpa ketika sekian lamanya tidak meluangkan masa dihadapan laptop usang ana... ketika mungkin saat diri mulai takut, kekuatan mulai sirna, yang dulu kuat sedikit demi sedikit kelihatan lemah, dengan izin Allah yang begitu menyintai hambanya, malam ini ana bertemu artikel ini, dari seorang mujahid yang begitu halus dan berani tulisannya. 
Semakin pula diri ini kuat, terasa semangat perjuangannya dalam memberi semangat buat mukmin yang haus akan kekuatan diri tika dunia penuh kesakitan... 

Sungguh tak semua mampu membawa roh islam, di zaman akhir dunia, namun diri tidak mahu hanyut dan terus sesat dengan janji palsumu dunia... Usaha yang kubur harus dibangkitkan semula... untuk menjadi mujahidah yang sentiasa mencari hidayah Allah, dan mencuba yang sebaiknya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri... Biarlah yg silam terus luput ditelan waktu, walaupun sesekali cuba muncul disipi-sipi memori, akan ku tepis sebagai kebencian yang pasti... 

Ya Allah, kuatkan lah hati ini yang terkadang lemah, kuatkan lah hati yang dikelilingi kejahilan yang menyakitkan hati kecil ini.. sungguh jasad terdaya, namun hati begitu sesak menampung... 
Ya Allah.. kuatkan lah hati ini........
Amin.. amin.. amin ya rabbal alamin...

1 comments:

Mujahid Dakwah on July 2, 2011 at 4:28 AM said...

Salam...ana baru bertatih dalam dunia blog ni..harap beri tunjuk ajar...

p/s:layout blog ni amatlah cantik...huhu

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos