June 26, 2011

Sebuah Kekuatan ~ Perisai mahkota

Posted by Lyla 1 comments

..kita bukan seorang 'alim yang sengaja mengaku hebat di atas pentas pidato. Kita bukan seorang pendakwah yang ingin dipandang mulia 24jam. Kita bukan syeikh yang ingin dilihat sebagai ketua agama.

Tapi kita hanya orang biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa. Mengikut aturan alQuran dan Sunnah Rasulullah saw.

Maka untuk menjadi luar biasa, perlunya jalan mujahadah..

Dalam proses mujahadah, kita tak lepas dari halangan, hasutan dan kutukan. Pun begitu, sekuat mana angin lintang yang ingin melencongkan jalan perjuangan kita, sehebat mana musuh yang cuba menghalang gerak geri kita.. bukanlah menjadi suatu titik kejatuhan kita. Sebaliknya ambil ia sebagai perangsang.

Benar. Teramat sukar untuk kita mulakan kehidupan sebagai orang baik-baik..selagi mana,
kita merasakan hidup kita sebelum ni sebagai 'budak jahat'. Belum apa-apa lagi kita telah menjadikan masa silam sebagai penghalang utama.. maka kecundang di garisan permulaan.

Baiklah.. bila dah dibuang kelemahan masa silam, akan hadir satu rasa ingin menyambung kembali jalan mujahadah. Timbul rasa ingin berubah. Dari aku yang dulu, kepada aku yang kini. Tapi bukan bermaksud menjadi orang lain, cuma ingin menyingkap kembali sejarah matlamat kewujudan diri sendiri. Yakni sebagai hamba Allah.. wajib taat pada perintahNya.

Dan sekuat hati, kita berazam..
"Aku nak jadi baik.. Aku nak cari ilmu.. Aku nak tinggalkan maksiat dulu-dulu..
Mulai hari ini, aku nak pakai jubah.. Aku nak berkopiah.. Aku nak berserban..
Aku nak tutup aurat elok-elok.. Aku nak cuba pakai purdah.. Aku nak jaga maruah diri.."

Begitu suara keazaman yang mungkin kita dengar..

Maka dengan semangat yang tinggi.. perubahan bermula. dikerah sekuat tenaga untuk memusnahkan kelemahan masa silam dan hanya ingin mencipta kejayaan masa depan. Demi Allah untuk Islam..
...
Sampai satu episod, tiba-tiba terdengar suara hanyir yang bunyinya..

"Kamu tak boleh pakai kopiah putih dalam kerajaan..sebab undang-undang kita melarang."
"Kamu tak boleh pakai purdah..sebab kerajaan kita tak benarkan berpakaian macam ni."
"Kamu bukannya baik sangat, janganlah hipokrit."

Ahh.. penghalang sudah datang..
Menggigit tali ikatan jalan mujahadah yang bertahun-tahun kita bina. Hampir putus.. seakan-akan terus terhenti. Sayang sekali, kerana baru saja di awal perjalanan.

Suara hati tidak pernah berdusta. Dia takkan membiarkan pemiliknya terus berduka..
Dalam diam, dia memujuk..
"Jangan mengalah wahai hamba Allah..engkau telah berada di atas jalan kebenaran. Hanya tinggal selangkah untuk bersama menggapai cinta kekasih Allah. Hentikan tangisanmu.. bangunlah demi menyambung kembali usaha yang telah engkau sendiri impikan."

Soal perintah ulul 'amri (penguasa kerajaan)..
ya, tidak salah untuk kita taat kepada arahan mereka atas alasan-alasan tertentu..
Tapi jangan terus menguburkan niat untuk berubah.. Kerana mungkin hanya di sini kita dihalang..tapi di luar, kita masih boleh lakukan.



Duhai pencinta mujahadah.. aku teramat sayangkan kalian, kerana aku juga seringkali berusaha untuk menempatkan diriku di atas jalan mujahadah.. Aku juga pernah dihalang dan dihasut seperti mana kalian. Kerana tak semua mampu membawa roh Islam, di zaman-zaman akhir kehidupan dunia.

Namun, tak bermakna usaha kita harus dikuburkan.
Kita baru sahaja bermula.. ayuh kita selesaikan bersama!

Sesugguhnya jalan ini ghuraba'.. ghuraba'.. ghuraba'..
“Islam itu bermula sebagai (ghuraba') sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]
....................................................x.x.x.x.x.x.x.x........................................................... 
~ Petikan Artikel ini, ana terjumpa ketika sekian lamanya tidak meluangkan masa dihadapan laptop usang ana... ketika mungkin saat diri mulai takut, kekuatan mulai sirna, yang dulu kuat sedikit demi sedikit kelihatan lemah, dengan izin Allah yang begitu menyintai hambanya, malam ini ana bertemu artikel ini, dari seorang mujahid yang begitu halus dan berani tulisannya. 
Semakin pula diri ini kuat, terasa semangat perjuangannya dalam memberi semangat buat mukmin yang haus akan kekuatan diri tika dunia penuh kesakitan... 

Sungguh tak semua mampu membawa roh islam, di zaman akhir dunia, namun diri tidak mahu hanyut dan terus sesat dengan janji palsumu dunia... Usaha yang kubur harus dibangkitkan semula... untuk menjadi mujahidah yang sentiasa mencari hidayah Allah, dan mencuba yang sebaiknya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri... Biarlah yg silam terus luput ditelan waktu, walaupun sesekali cuba muncul disipi-sipi memori, akan ku tepis sebagai kebencian yang pasti... 

Ya Allah, kuatkan lah hati ini yang terkadang lemah, kuatkan lah hati yang dikelilingi kejahilan yang menyakitkan hati kecil ini.. sungguh jasad terdaya, namun hati begitu sesak menampung... 
Ya Allah.. kuatkan lah hati ini........
Amin.. amin.. amin ya rabbal alamin...

June 17, 2011

Saat Waktunya Tiba

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur masih berpeluang menulis sedikit dalam blog  ne.. dah lama rasanya tidak coret-coret kat blog semangat cinta ni. Syukur segala puji bg Allah, Semangat cinta yang dipertahankan masih dipahat sebaiknya... Iman ada naik turunnya, namun bersyukur kerana masih terjaga ketika lemah, semangat masih datang ketika ia pergi. Semangat cinta buat Pencipta, Rasulullah ... datangnya buat keluarga, sahabat dan mereka yang turut menyintai. 
Dalam kasih ~ Jangan ada "kerana" yg lain... Jikalau ada yg lain, pasti hubungan itu tergugat jua walaupun bagaimana teguhnya janji dan peneguhan kata yg pernah dibina... bg mengekalkan kasih, yg bahagia di dunia maupun akhirat, berbuatlah apa saja kerana Allah.... Lurus dan tulus, tanpa belok dan bengkok.... (Wall post yg ana beri pada seorang rakan yg begitu istimewa dalam hidup ana, yg memberi semangat ketika runtun, memberi kegembiraan dalam kepiluan, membawa sinar ketika suram, membawa cahaya ketika gelita..... )


Melalu hari-hari yang datang seperti biasa, ini berubah sekelip mata, tanpa sadar dan jaga. Alhamdulillah, sungguh Allah s.w.t mendengar rintihan kalbu, yang disalurkan pada doa dan harapan. 29.May hari indah, dimana terukir mentari, saat mula diukirkan sebuah harapan dan mehnah dalam kehidupan ana. Menerima panggilan dari sabahat yang begitu istimewa dalam diri, yang sudah bersedia membina mahligai indah impian setiap insan. Dalam keadaan bersedia atau tidak, begitulah cerita dan takdir yg telah diukirkan untuk kita... Kala hati tak terkata, pelbagai perasaan yang berbaur menjadi satu, antara gundah dan gabra, risau dan takut.. 


Bersedia kadang datang dengan kergaun, namun keyakinan hadir bila segalanya diatur dgn penuh rapi,Hendak maju haruslah berani menghadapi ketakutan yg ada, hendak mara haruslah berani menghadapi segala kemungkinan, apa pun ujian yg datang, tidaklah mustahil dalam menghadapi... 


Senyuman terukir setiap hari, bait-bait indah mula mengiringi setiap saat... Bersyukur tiada henti kerana doa dan ruuhul hubbi yang diukir termakbul, berkat kesabaran dan tawakal tiada henti. Walaupun pada mulanya agar sukar, dengan mehnah yang datang, alhamdulillah segalanya kini rapi, dan masanya hampir tiba...Menanti saat indah, selangkah maju dalam mengharungi jalan menuju cinta sejati..tiada terkata debaran ini hingga merasa ari mata mengalir gembira, tanda syukur kerana apa yang dipertahankan telh dibalas begitu indah sekali...  hanya diri dan Allah SWT yg tahu akan Debaran menanti saat pertama melihat wajahnya dihadapan mata.. Sebagai suri yang bakal taat untuknya... insya'allah...     


Semoga Allah menjaga cinta dihati kami, agar tidak dicemari dengan kehinaan yang membinasakan kami dan keturunan kami, hingga saat yang tercatit tiba, sabar menanti masanya, kami disatukan dgn akad suci... 
Allahumma amin ya rabbal alamin... 

June 6, 2011

BERSEDIAKAH AKU UNTUK SI DIA...

Posted by Lyla 2 comments

Assalamualaikum.... 
Berlalu lagi sebuah kata dalam perjalanan dalam menuju cinta sejati...  Ketika saat merasa kesunyiaan malam yang meresahkan, ana terlihat satu note dari sahabat buat perkongsian, sesuai sekali rasanya buat ana, dalam mengumpul keberanian  insya'allah, untuk bergelar zaujah buat adam yang Allah pilih untuk ana tidak lama lagi..... 
-adakah aku sudah bersedia untuk melayani seorang suami?

-adakah aku sudah bersedia untuk mentaati seorang suami?

-adakah aku sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami?

-adakah aku sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami?

-adakah aku bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?

-adakah aku bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?

-adakah aku bersedia untuk mendahulukan ibu mertuanya melebihi ibunya sendiri?

-adakah aku bersedia mengasihi ibu mertuanya dan sanggup bekorban demi beliau?

-adakah aku bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suaminya yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?

-adakah aku bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kesakitan?

-adakah aku bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?

-adakah aku bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suaminya meminta dia berbuat demikian?

-adakah aku bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?

Maha suci Allah pemilik sekalian alam, pemilik hati hamba-hambanya, pemilik rasa cinta yang ditanamkan indah dalam hati-hati hamba-Nya....... sungguh pun jujur hati merasa bersedia, tidak dapat menipu diri sendiri dengan perasaan takut dan penuh debaran... Adakah aku bersedia, sungguh ya Allah, berilah hamba-Mu ini kekuatan, dalam mengumpul semangat yang kuat menghadapai hari itu....  Bila cinta diukir kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ~ kesakitan dan kesedihan ditelah sebagai juadah..... Kebahagiaan dianggap satu mimpi indah. Andai ditakdirkan rebah, hati tetap redha kerana Allah... T_T

~ menanti cinta seorang suami dalam perjalanan menuju cinta sejati ~ Insya'allah...

June 1, 2011

Bisikan Malam

Posted by Lyla 0 comments



بسم الله الرحمن الرحيم
  
Malam terasa begitu panjang

Mungkin kerana ia antara malam yang paling berharga
buat insan pencinta yang setia merindui
umpama sang bulan yang merindui malam,
umpama sang embun setia menanti pagi...

Pagi mula menyusul perlahan, sungguh dekat ku dengar ayam berkokok keriangan...
suasa yang jarang-jarang sekali dirasa sebelumnya... 
Bertemankan secawan teh hangat menggantikan kopi sekian kalinya...
bukan ingin berdusta , tetapi keadaan diri yang kurang sempurna sihatnya...
dalam doa agar kafarah dosa diterima Ilahi... T_T

Malam terasa begitu panjang, 
air mata yang mengalir memberi tekanan pada sang mata,
mata kemerahan yang bukan pedih, 
hanya tanda yang sedikit ketara, mencerminkan perasaan yang tadi berlalu...

Setiap apa yang dilalui, ada yang tercalit sebuah perasaan, yang pasti sebuah memoir yang kapankan akan dilupai insan pengarangnya... Malam ini sama seperti malam lainnya, cuma ia lebih bermakna kerana teukir sebuah perasaan yang begitu menakjukkan menjadikan diri insan lebih bersyukur dan  kagum dengan hati yang dimiliki-Nya...

Setelah lama dinanti, impian yang dulu mula sirna... Bersyukur kepada Allah SWT, jalannya kini terbuka...yang dulu hanya impian insya'allah menjadi kenyataan...  Doa ku tidak berhenti disini, tetapi baru sahaja bermula, agar perancangan dan urusan seterusnya dipermudahkan-Nya... Dan Cinta yang terukir di hati nya serta insan-insan yang bakal ku kenali. 

Bersyukur yang tiada henti dirasai tika saat doa ku di makbulkan-Nya, kejutan masih kini dirasai... menciptakan sebuah perasaan baru yang mula menguasai, mungkin kegembiraan, keceriaan, kebahagiaan...? mungkin jua ketakutan, kegundahan, kerisauan dan segala macam perasa jiwa.... 

Namun.... Keikhlasannya menjadikan diri terasa yakin melaluinya...
Ketulusannya menjadikan diri halus lembut menerima apa adanya...
Semangatnya menjadikan diri tabah menghadapai apa pun dugaan yang bakal ditempuhi...
Dorongannya menjadikan diri membina hati yang kental lagi berani melalui rona kisah..

Pengorbanannya menjadikan diri kagum akan keikhlasan, ketulusan, semangat dan dorongannya..., yang dulu ditutupi kabus kerisauan, kini angin lembut kasihnya menjadikan sinar mentari membawa sinar kebahagiaan serta harapan yang semakin mengunung....

Indahnya malam membawa ketenangan... serta harapan baru dalam mengukir ketabahan ranjau kehidupan, dalam menuju cinta sejati....  Masanya hampir tiba, dengan izin Allah SWT, suatu saat yang pasti kan tiba.. menjadi zaujah buat bakal zauj pilihan yang selalu mengagumiku, mendekatkan ku kepada-Nya, pemilik segala sesuatu.... serta hati kecil ini, yang punya impian besar dalam ruang hidupnya...

Ya Rabb…. Saat aku menyukai dia, ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir, sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir….
Ya Rabb…. Ketika aku merindukan bakal zaujku, rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati-Mu, agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi….
Ya Rabb…. Jika aku mesti mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu, agar bertambah kuat cintaku pada-Mu….
Ya Rabb…. ketika aku merasa  cintanya, jagalah cinta ini, agar tidak melebihi cintaku pada-Mu….
Ya Rabb…. ketika aku berucap “aku mencintaimu”, biarlah aku katakan kepada orang yang hatinya tertaut pada-Mu…. 
Ya Rabb..... Jagalah cinta dihati kami... agar tidak jauh dari cinta-Mu.... 
Izinkanlah ku terus menyintainya sepertimana dia menyintai....

Amin ya rabbal alamin....
  


Sahabat...

.......

 

Ruuhul Hubbi Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos