November 29, 2011

KEMBALI BERBLOGGING

Posted by Lyla 0 comments

Assalamulaikum…

Alhamdulillah... lama benar ana tak buka blog RuuhulHubbi.. senyi sepi ana dari ber blogger.. kali terakhir tahun lepas.  Banyak juga ana terima email dan pm dari mereka yang bertanya tentang blog ana. Bukanlah niat hendak menghilang diri, tapi blog terkena virus, ana sendiri tak dapat buka, malah dengan kesibukan kehidupan baharu sekarang, masa untuk update malah buka blog sendiri tersisih.
Alhamdulillah, hampir 8 bulan sudah ana bergelar isteri kepada Muhammad Sidek Ilyas… J Terasa cepatnya masa berlalu, sekalipun terkenang kembali masa lalu, kehidupan kini banyak berbeza dan begitu berbeda.  Ramai yang bertanya tentang update skrg. Lagi2 sejak berkahwin ana berpindah ke Shah Alam mengikut suami. Alhamdulillah, ana skrg melanjutkan pengajian dlm Elektronik Perubatan, tinggal 1 semester lagi.  Belajar di tempat baru, ya for sure pengalaman baru, kawan2 baru.. dan masa itu juga kita boleh pilih hendak menjadi seorang yang bagaimana, ana memilih untuk menjadi orang yang lebih senyap di tempat baru. Tapi tidak dapat elak dari sifat agak tegas dan agak garang. Mungkin itulah didikan Mak Bapa yang sentiasa tegas dengan anak-anaknya. Itulah sifat yang masih mengalir dalam darah Isteri muda ni..

Sekian lama disini, ana mendapat ramai kawan baru.. ramai sangat. Dari pelbagai pelosok semenanjung. Belajar  pelbagai budaya melayu yang banyak ana tak tahu. Dari makanan dan macam-macam lagi.  Tak dapat ana lupakan pengalaman pertama mengikuti orentasi memakai niqab di IPTA . Insya`Allah kisahnya ana kongsikan kelak. 

Beralamat  Shah Alam sudah kini dalam iC.. tapi seriously ana sangat2 rindukan  Sabah.  Hanya doa dan khabar ana utuskan buat keluarga dan sahabat disana. Meniti kehidupan yang serba serbi ujian kini banyak membuatkan ana menghargai masa lalu, apa-apa jua yang pernah hadir, Insya`Allah  dengannya akan lebih bijak merancang masa hadapan.

Bahagia disamping suami, itulah ana ungkapkan sekarang… Letih menjawab pertanyaan, belum ada rezeki bertiga. Alllah lebih tahu masa yang sesuai bila mungkin kami memiliki peluang  itu. Mungkin jua masih banyak yang tidak lengkap kami sediakan buat yang akan datang. Banyak perkara baru tentang hidup ini ana belajar, tentang manusia , tentang hidup dan banyak lagi akan datang. Apapun yang datang menyinggah persediaan perlu ada J . Walaupun kesendirian disini, hanya suamilah disisi yang sentiasa menjadi penguat dan penyokong… Dengan kekuatan yang Allah berikan insya`Allah sentiasa mengiringi langkah ana di kejauhan ini. Indahnya bersuami , itulah yang ana mampu katakana… terima kasih ya Allah dengan apa yang ana miliki sekarang, masih kurang apa yang ana persembahkan, namun rahmat Allah sentiasa mencurah indahnya.

Banyak nya tiada putus andai mahu diceritakan, seperti berjumpa kembali kawan lama , pelbagai kisah untuk diceritakan. Bukan pada dunia, tapi pada hati yang ingin menerima. Menjeritnya perasaan seseorang insan terbaiklah jika diluahkan pada penciptanya. Insya`Allah…

November 27, 2011

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 1

Posted by Lyla 0 comments


MANDI BERSAMA-SAMA ISTERI
Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ

Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)[1]


HURAIAN

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana indah dan romantiknya Nabi Saw dengan Isteri-isterinya. Gambaran romantic ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَنَحْنُ جُنُبَانِ

Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub[2]


Tindakan nabi SAW ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah[3].

Dan pernah sambil mandi, mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW[4].

Bahkan dalam hadis yang lain, Ummu salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa[5].

Dengan ulasan ini, penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW ini.

Anggapan yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan Isteri merupakan amalan jelek, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran islam. Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.

Sebagai isteri pula, tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Sekian


[1] Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253.
[2] Sahih Muslim : 482.
[3] Sahih Muslim : 498.
[4] Sunan An-Nasai : 239.
[5] Mushad Ahmad : 25355.

Sahabat...

.......

 

Ruuhul Hubbi Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos