November 9, 2012

Tiada beza...

Posted by Lyla

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... syukur kita kerana masih berupaya berfikir, menulis, membaca.. segala nikmat yang masih kita dipinjamkan Allah SWT....
Terasa mood nak menulis datang pula... Sendirian di ruang masa, lewat berita yang tetap sama tentang dunia, cukuplah sedikit ilmu isu semasa dibingkaikan fikiran. Tak perlu banyak risau mempengaruhi.

Beberapa waktu jam berlalu, teringat kata seorang sahabat masa hendak makan tengah hari tadi, `Nampak bestnye pakai niqab`... Sedang setting2 niqab berpin dalam kereta, jiwa tersentak seketika, dalam hati bertandang kata, `Alhamdulillah... jauh sudah penerimaan niqab sahabat-sabahat ana ini.
Sering kedengaran ditelinga lalu segar sentiasa difikiran, kata-kata Prof Dr Muhaya di ikim, bahawa kita hadir dalam persekitaran yang negatif ada dua sebab, kerana Allah ingin kita bawa aura +ve atau kita sebenarnya diletakkan bersama golongan itu kerana kita sama seperti mereka.
ya Allah jujur sekalipun kadang diri ini tidak sedar mana satu tempatnya hamba... Tiap kali diri alpha kata-kata itu bermain difikiran, untuk jauh dari yang kedua tadi.

Berbalik pada apa yang sepatutnya ana ingin kongsi pada penulisan kali ini, cuma tentang bagaimana ana menyesuaikan diri dengan persekitaan yang mulanya ana berniqab, belajar di IPT yang meletakkan niqab di kedudukan yang melanggar peraturan IPT yang tersedia.
Masih segar diingatan saat mula-mula mendaftar masuk di IPT ini. Bermain seribu kali difikiran bait-bait pertanyaan, ragu-ragu, untuk mendaftar bersama sehelai kain ini di wajah atau tidak. Hati tetap kuat bersamanya, ana kuatkan diri memakainya, aneh sekali masa hari pendaftaran tidak seorang pun bertanya akannya, termasuk pensyarah yang ada menguruskan sesi itu. Cuma mata-mata ingin tahu memerhati dari sudut2 berbeza...

Pelbagai kerisauan muncul di benak fikiran ini, namun hati sedikit gembira kerana hari pertama Allah beri ketenangan dalam hati ini, namun ana yakin itu hanya permulaan, hari seterusnya ana mendaftar masuk untuk sesi orentasi selama seminggu yang telah ditetapkan untuk para pelajar baru duduk dalam asrama. Di dalamnya banyak yang ana belajar, dengan niqab ana menyesuaikan diri, walau sebenarnya ana sadar ramai yang mahu bertanya tentangnya. Sehingga suatu saat seorang Ustaz muda rupanya panggil bertanya.
Akhirnya jawapan yg selama ini tersimpan ana berikan, `Saya bersedia membuka apabila diminta`
Ustaz mengangguk tanda mengerti, ya ana sedar wajahnya betul-betul mengerti... Alhamdulillah ana teruskan juga kekuatan itu walau semakin lama, ana rasa makin ramai yang kurang selesa, termasuk pensyarah yang beragama lain. Walaupun pada mulanya kelulusan pengarah telah ana dapatkan untuk memakainya, demi kebaikan semua pihak dan keterbukaan hati yg Allah hadirkan, ana putuskan untuk menanggalkannya dalam tempoh sesi pembelajaran berlansung. Alhamdulillah sehingga kini Allah mempermudah jalan ini...

Pengalaman berniqab di dalam tempoh singkat itu lebih banyak memahamkan ana tentang insan sekeliling, lagipun masih baru di tanah semenanjung ketika itu, meskinya jauh sekali berbeza pemikiran mereka dengan asal tanah lahirku... Semasa waktu singkat ini rasanya mereka disekeliling yang cuba masuk untuk mendekati ana. Tanpa rasa sedikit perbezaan ana tetap ramah dengan mereka semua. Adik-adik yang manis perwatakan mereka masih segar dalam ingatan. Dengan panggilan `kakak` menjadikan ana lebih selesa mendekati mereka, sungguh mereka mengatakan diri ini matang, lagi-lagi sudah berumah tangga. :) Alhamdulillah....

Ana menerima pelbagai pertanyaan dari mereka yang jauh sekali tahu tentang niqab, malah sebutannya juga tidak diketahui... Semakin perhubungan itu serasi sehingga kini, pelbagai pertanyaan ana terima. Dalam tempoh itu juga,  ana semakin berminat dengan sejauh mana pemahaman dan penerimaan orang sekeliling tentang niqab ataupun wanita bertudung labuh ini. Agak terkejut apabila mereka berkata bahawa golongan ini sepertinya sukar didekati, kerana mereka merasakan mereka dan wanita seperti itu jauh berbeza. Malah segelintir mereka berkata bahawa golongan wanita bertudung labuh atau berniqab sekalipun tidak mahu mendekati mereka kerana mereka merasakan mereka tidak cukup sempurna malah tidak layak, ada pula menyatakan bahawa wanita berpewatakan solehah ini sombong dan tidak mahu bersahabat dengan mereka.

Sedikit kajian ana lakukan dari kedua pihak yang dikatakan berbeza ini, walaupun ana mungkin pada mereka dipihak yang satu lagi, tapi keyakinan ini melahirkan kepercayaan pada mereka. Alhamdulillah semoga kehadiran ana dalam tempoh sekejap itu meyakinkan mereka bahawa tidak ada bezanya wanita dari segi perwatakan, cuma cara fikiran dan penerimaan. Jujur hati ini tidak menyangka sebegitu pemikiran mereka, bukan dari seorang dua, tapi ramai memberi jawapan sama. Buat mereka yang beperwatakan muslimah, bertudung labuh dan sebagainya, dekatilah wanita-wanita diluar sana yang mungkin dikau anggap Muslimah metropolis, sungguh mereka menghauskan ilmu tentang mu, sungguh mereka kagumi pemakaianmu sehingga tidak mahu mendekati, bukan kerana mereka sombong, tapi kerana mereka takur dirimu tidak menerima mereka.
Mereka jahil kerana silap kita juga, yang tidak mahu mendekati mereka, mungkin ada bahagian dosa kita dalam hal itu. janganlah kita hadirkan satu tembok perbezaan kerana perwatakan kita semata-mata, tiadalah gunanya kalau dengan labuhnya jubah dan tudung itu lahir perasan sombong yang diheret kesana kemari.
Bersihkan cara pemikiran dan keterbukaan jiwa kita dalam persahabatan, tunjukkan pada mereka yang tidak tahu untuk tahu dan faham indahnya jubah, tudung labuh mahupun niqab.
Sungguh jelas perbezaan pada sahabat-sahabat ana tentang pemahaman mereka, kalau dulu memandang jubah sesuatu yang kekok dipakai, alhamdulillah jubah kini menjadi pilihan, kalau labuhnya tudung dianggap panas, kini menjadi kemanisan dala berpakaian, kalau dulu niqab pada mereka terlalu ekstrem, kini memakainya hendak merasa... Subhanallah terharu ana kadang terdengar sahabat-sahabat ana yang dahulu tidak tahu lansung tentang `niqab` malah namanya, berkata `Teringin nak pakai niqab, labuh2, nak rasa...mesti best kan?`... ya Allah, semoga selepas ini walau kerana izinmu jarak memisahkan kami, terangilah jalan-jalan kebaikan buat mereka... Berikanlah kami senantiasa petunjuk dan hidayahmu, agar terang hati-hati ini dengan cahaya mu... Amin ya rabbal alamin...



Sahabat-sahabat yang berwatakan solehah...
Pakaian yang kita sarungkan ini sememangnya menjaga kita...
Ingatlah mereka wanita metropolis juga memakai kerana menutupi tubuh mereka,
cuma mereka tidak tahu caranya.... kerana perlu kita menunjukkanya...
Sahabatku...
Jujur sebenarnya mereka ikhlas hendak mengenalimu, cuma mereka takut dirimu tidak menerima mereka...
Janganlah kita dilabelkan sombong, trip baik, merasa semurna kerana keegoan kita menyarung hati...
Biarlah labuhnya pakaian kita ini, tudung kita ini, niqab kita ini...sama labuhnya kasih sayang kita kepada wanita seagama kita....
Biarlah pakaian yang menghijab nafsu lelaki diluar sana ini, kita hijabkan juga untuk mereka, agar sama-sama kita jaga mereka, itukan tanggungjawab kita...
Jika risau melukai hatinya, biarlah nilai murni dahulu dikau hadirkan, barulah teguran sayang disalurkan, insya`Allah hatinya pasti terbuka, hidayah itukan rahasia Ilahi..
sama-samalah kita saling mendoakan :)

Ana selalu berpesan pada sahabat ana, insya`Allah niat yang baik tu pasti Allah tunaikan kerana Allah lebih tahu... tak pernah lambat untuk berubah.. so selalulah berniat kearah kebaikan..^^

Wanita yang solehah tidak pernah mengaku diri mereka solehah, tetapi sentiasa memperbaiki diri  Insya`Allah...

Wassalam...

1 comments:

al_ghumari on November 26, 2012 at 8:33 PM said...

Rasanya itu telah menjadi realiti pada siapa yg mengenakan niqab.
Banyakkan bersabar dan tabah, itulah rintangan yang dihadapi muslimah berniqab.
Kadang kala lebih menyedihkan ada juga ilmu agama yg mempertikaikannya.
Kita boleh menerima herdikkan mahu pun cacian dari mereka yang kurang fahamannya ttg niqab cuma kadang kala kita bimbang bila mana ianya melampau lampau hingga mampu mengoncangkan akidah mereka, tp bila mana ia di pertikaikan dari ilmuan agama agak menyedihkan.

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos