About Me

Assalamualaikum... Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. =)

Nama diberi Nurlaila dikenali sebagai laila, dilahirkan pada 15 Disember. Lahir di Hospital besar Lahad Datu Sabah oleh seorang Ibu yg penyayang Siti Arsah, Membesar dengan didikan Bapa' terbaik Lamuning. Anak ke 5 dari 7 adik beradik alhamdulillah...
Sedikit tatapan Pekan Lahad Datu 2010
Alhamdulillah wa Syukurillah... Bersuamikan seorang Adam yg terbaik Allah hadirkan, Muhammad Sidek Ilyas. Lalu berhijrahlah bersama suami tercinta ke semenanjung, Shah Alam dimana bertapaknya ana sekarang...



Tiada apa-apa yg istimewa ttg diri ana, Cuma wanita biasa yang sentiasa mengharap dan memberi yang terbaik utk diri. Apa yg anda lihat hanyalah jasad yang tidak lama lagi menjadi jenazah berselimut kain putih yang rebah ketanah jua. Bertemankan ulat dan cacing yang akan memamamah ku nanti. 


Blog ini cuma blog individu ana untuk merungkaikan sedikit atau banyak bait-bait kata tentang kehidupan.
Lawati blog ana yg lain.. Mujahidah Pemburu Syahid (MPS)


InShaaAllah boleh ketemu ana dalam ruangan laman sosial
Facebook : Kasihnya Laila
Instagram : RuuhulHubbi
Youtube, Twitter, Tumblr : RuuhulHubbi


Sesungguhnya setiap apa disekeliling kita pengajaran buat kita dan org lain jg. 

Ana suka berpuitis, bermain dengan perasaan yang akan usaha dijaga lahirnya, insya`Allah. 

Ana seorang yg pendiam, tegas bg yang tdk mengenali, tapi seorang yg peramah pd yg tahu.

Dengan menulis dapat muhasabah diri, Demi Allah SWT, bukanlah jari menaip ini untuk meminta perhatian, malah jauh sesekali darinya. cuma hati yang berbicara minta bertapak...


Tidak semua manusia bisa menerima kita seadanya, jadi jika ada penulisan di dalamnya mengguris mana-mana pihak, sesungguhnya semua berlaku dgn izin Allah, tidaklah Allah menciptakan semua dgn sia-sia ( Ali ’Imran ayat 189 – 191) , insya`Allah apa yg ana tuliskan juga tidak Allah ciptakan dgn sia-sia.

Ana bukan seorang penulis, cuma sedikit kemampuan dan ruang masa yang diusahakan.
Andai suatu hari nanti ana sudah pergi meninggalkan dunia, inilah sahaja yang mampu ana pahatkan dalam memori sesiapa yang mengenali...
 
Cukuplah apa yang ana titipkan dalam blog ini menjadi kenangan ana dlm berkata-kata. 
Ana sentiasa membuka ruang buat shbt2 baru insya`Allah...

Seandainya ada kesilapan dan cadangan, dengan senang hati ana terima.. 

Salam perkenalan.. :) 


Laila @ RuuhulHubbi...



Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos