Niqab/purdah...
Bukan lagi niqab, Bukan lagi purdah apabila
sudah hilang fungsinya... Apabila hilang fungsinya, jadilah ia cuma
sekadar kain yang disarung diwa
Secara kefahamam umum, purdah berfungsi menutup/mengelakkan seseorang
melihat wajah pemakainya. Dalam sudut agama islam, purdah bukanlah
perkara wajib, dalam Mazhab Syafi'e sendiri pun mengharuskan untuk
didedahkan bahagian muka dan pergelangan tangan.
Purdah dipakai
kerana hikmahnya bagi yang mengetahui, ibadat yg tujuannya bg meluruskan
niat dan sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih dekat dgn Allah..
Niqab menyelamatkan diri wanita dari kejahatan-kejahatan lelaki yang
memandangnya, serta dapat menghindarkan rasa ujub, mendidik rasa rendah
diri yang mungkin akan membinasakan agamanya seperti pujian serta
kutukan daripada orang yang tidak mengetahui.
Bagaimana purdah yang dipakai seiring/menepati dengan fungsinya?
Perumpamaan seperti saat mahu memandu kereta, seseorang harus tahu cara
memandu. Lihat/tiru org lain pandu, hidupkan enjin, tekan pedal dan
gerak, pasti akan mengundang kecelakaan..
Bukan saja belajar sampai
pandai memandu, tapi mesti lulus JPJ dan memiliki lesen. Lesen pula
mesti selalu perbaharui. Sudah ada lesen pula mesti ikut undang2 jalan
raya..
Begitulah juga bila mahu memakai niqab, dimulai dgn tiru,
terus pakai tanpa ilmu yg betul pastinya bisa mengundang kecelakaan
seperti timbul syahwat. dan fitnah. Bukan pula mengisi diri dgn ilmu
saja, yg lebih utama niat mesti lurus. Bukan saja menjaga dan
memperbaharui niat saja tetapi berusaha mematuhi undang2 Allah SWT...
Memakai Niqab/Purdah dgn ilmu yang betul dan niat lurus pula tidak akan
sempurna tanpa rasa 'Malu'. Dari sifat malu itulah yg menjadikan
seseorang itu berjaga-jaga dalam segala hal. Bukan malu-malu kucing,
tapi malu dan rendah diri yang lahir kerana taqwa dan takut pada Allah.
Purdah dan Kecantikan
Harus tahu, memakai niqab bukanlah memadam erti 'cantik' atau tidak
boleh cantik2, tapi definisi cantiknya bukanlah semata-mata pada
perhiasan dan apa yang ditonton di depan mata.
Tapi pada kecantikan
adab dan akhlak yg menjadikan dia sendirinya cantik. Bukanlah kerana
NUR pakaian, perhiasan mahupun make up yang menyerikan wanita itu,
tetapi NUR dari Allah kepada orang yang melakukan ibadat dengan ikhlas
kerana Nya semata-mata...
Memakai purdah atau tidak, Itulah
cantik seorang muslimah sebenarnya. Yang adab dan akhlak sebagai
perhiasannya, malu dan rendah diri kerana taqwa yang melindunginya, dan
kesederhanaan menjadi pakaiannya...
Itulah yg menjadikan dia cantik yang terhormat, bukan cantik yang sekadar tontonan.
Pakai serba hitam pun orang akan pandang...!
Kita akui, Memakai purdah memang biasanya mengundang pandangan orang,
namun memadai dia dilihat kerana dia menutup wajahnya yakni kerana
pemakaiannya yg bukan sinonim dalam budaya di Malaysia, bukan dilihat
kerana perhiasanya yang menarik orang utk melihatnya.
Umpama
patung Mannequin yang digunakan untuk memperagakan sesuatu pakaian, yang
satu sekadar dipakaikan pakaian wanita, sederhana. Yang satu lain pula
dipakaikan pakaian dengan perhiasan pelbagai, wajah mannequin pula
dilukis2 (solek2) hingga menyerupai manusia (hilang keasliannya).
Patung Mannequin yang pertama pasti akan dilihat dan tidak menarik utk
dipandang orang. Tapi yang jelas patung kedua lebih tertarik utk orang
lihat2 kepadanya, mungkin saja ada yang datang menyentuh2 nya. Yang
lelaki pun boleh dua kali pandang/tergoda dgn muka patung td menyerupai
wajah wanita jelita dilukis.
Jika dilihat konsep purdah dan
perumpamaan tersebut, pasti tidak masuk dengan Patung Mannequin kedua
tadi. Konsep kehormatan dan perlindungan tidak ada padanya, kerana
perhiasan dan solekan berlebihan tadi menjadikan dia menarik dan mahu
dilihat dan didekati. Berbeza dgn Patung Mannequin yg pertama, pasti
akan ada orang melihatnya tapi bukan kerana tarikan yang menarik
padanya, tapi kerana dia patung dan dia ada dihadapan mata.
Disitulah hilang unsur maksud pemakaian kain yakni purdah sebenar boleh
hilang dan hanya menjadi sekadar kain yang dipakai diwajah tp tidak lagi
melindungi dan menghalang tarikan nafsu padanya.
Pakaian tidak
semestinya menzahirkan apa di dalam hati , tapi kita akui dalam soal
hati. Hati yang negatif akan berkata, melihat yang negatif. Seperti hati
yg bermasalah akan suka menimbulkan masalah, atau hati yang sakit akan
suka menyakiti..
Seperti jg hati yang dipandu iman menzahirkan adab
dan akhlak yang mulia, Tidak ada bezanya dengan rasa malu dan rendah
diri dari hati, akan menzahirkan pakaian yang sopan dan sederhana.
Fahamilah...
Buat masyarakat yang dikasihi Allah,
Fahamilah, Wanita memakai purdah ini tidak menjadikan dia bidadari,
tidak berbeza dari wanita lainnya, dia tetap sama dengan yang lainnya,
masih melakukan kesilapan dan tetap perlukan bimbingan. Bezanya Cuma dia
menyarung lebih meter kain ditubuhnya.
Apabila seseorang wanita
memilih untuk memakai purdah, bukanlah bermakna dia wanita yang
solehah, mulia mahupun jauh dari dosa. Namun purdah dipakai untuk
mendidik dirinya ke arah lebih baik lagi.
Purdah hanya secebis kain,
sebahagian dari pakaian wanita. Lihatlah seseorang wanita dari apa
adanya, akhlak dan kesopananya sebagai hamba Allah, bukan disimpulkan
dari penampilannya saja.
Setiap wanita berpurdah pula adalah
satu-satu individu yang membawa diri masing-masing. Yang A tidak sama
dengan B, begitulah hingga Z sekalipun. Masing-masing memiliki kehendak
dan tahap pemahaman yang berbeza, kerana itulah zahirnya/penampilannya
tidak sama. Jangan sesekali disamakan semuanya.
Purdah memang
sinonim dgn budaya arab, tapi ingat orang arab Jahiliyyah juga gunakan
purdah, tapi sebagai hiasan menjadikannya misteri dgn tujuan nampak
lebih seksi dan menggoda. Ditambah dengan solekan tebal, perhiasan yang
berkilauan, berbunyi-bunyian dan lentok tarian yang menggiurkan. Still,
dia seseorang yang memakai purdah bukan...?
Buat wanita berpurdah yang disayangi Allah,
Ayuh pakailah purdah dengan mencontohi wanita mukminah islam yang
sebenarnya, bukan hanya ikut-ikutan budaya wanita arab. Kenali purdah
dalam Islam dan purdah jahiliyyah. Purdah Islam mematuhi konsep diatas,
secara mudah yakni Melindungi, menjaga, menutup dgn tujuan asal tidak
mahu orang tertarik melihatnya.
Bukan Purdah Jahiliyyah yang cantikknya sekadar solekan, perhiasan dengan tujuan menggoda dan menarik perhatian.
Saat seorang wanita itu berpurdah, ketahuilah dia bukan saja menjaga
dirinya, tapi menjaga mata ajnabi yang melihatnya, agar tidak timbul
syahwat dan menundukkan pandangan mereka.
Itulah antara hikmah purdah salah satunya bagi orang yang mengetahuinya...
InShaaAllah Allah akan menjaga seseorang itu dari fitnah-fitnah mata
jahat andai purdah dipakai dengan niat yang betul. Jika tidak, jadilah
ia sekadar kain menutup muka, tidak lebih dari itu...
Kita Hamba, kita layak ditegur, kita layak diuji...
Kadang-kadang, datang teguran dari mulut2 manusia tentang kesilapan
dalam berpurdah. Bukankan itu berlaku dengan izin Allah.? Allah tidak
pernah menganiaya makhluk, namun menyediakan hikmah indah dalam semua
hal.
Allan izinkan mulut-mulut orang menyakiti kita, bukan untuk
melukai dan menghinakan kita, tapi untuk muhasabah melihat apa
sebenarnya yang tidak betul pada diri.
Ujian datang untuk mengingatkan...
Tuhan melontar kita dengan batu-batu kecil (ujian), tetapi sekiranya
kita masih alpa, Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu besar.
Jangan sampai dilontar dengan batu bata... untuk tersedar dari alpa.
Dengarlah bisikan, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan! ~ Ustaz Pahrol.
Berpurdah memang memerlukan benteng diri yang kuat, tapi bukan benteng
‘keras hati’ utk tidak peduli teguran. Seperti yang disebutkan di atas,
purdah bukan bermakna sudah ‘sempurna’, tetapi belajar dan membantu
untuk lebih dekat dengan Allah.
Bagaimana mahu dekat dgn Allah,
kalau hati dihijabkan terlebih dahulu dengan benteng nafsu yakni
(sombong dan ego). Itulah datang ujian seumpama teguran dan fitnah
seketika untuk mengingatkan.
Muhasabah...
Wahai wanita yang dicintai
Allah dan Rasul-Nya, ingalah apa yang kita pakai ini membawa bersama
maruah Islam. Pasanglah benteng keimanan untuk kental, agar bepasak
lebih kuat dengan ilmu dan niat yang betul.
Dibajai dengan adab dan akhlak yang sopan,
dihiasi dengan malu kerana taqwa pada Allah. Barulah purdah yang dipakai benar-benar bermakna.
Bukan bermakna berpurdah mesti meninggalkan hiasan dan kecantikkan,
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
Kita digalakkan untuk menghias diri tapi biarlah tidak menghilangkan
fungsi purdah itu. Berhiaslah, memadai secara kemas, bersih, cantik dan
sederhana.
Berpurdah atau tidak, asalah namanya insan beragama
islam, berpakaianlah sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat
Islam dengan penuh rasa ketaqwaan sepertimana firman Allah swt :
"Hai
anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk
menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian TAQWA
itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu
ingat"
( Al-A'raf : 26)
..................................
Pakaian, yang dipakai
bagi membantu manusia menutup auratnya, menuai pahala dengannya. Namun
boleh membakar (azab) si pemakainya, jika salah cara dan tujuannya..
Untuk tenangkan fikiran, hayati dua perkataan ini... SEMENTARA dan SEDERHANA...
( Saat ini, Allah mengizinkanmu membaca tulisan ini, lihatlah dengan
iman, bukalah hati melihat yg positif bagi memahami isinya. Ambillah apa
yang baik darinya, yang buruk jadikan tauladan. Semuanya dengan izin
Allah, ambillah hikmahnya... :')
Allah lebih tahu...
~ Dari hamba Allah yang jahil dan berdosa,
Laila)