Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts

March 9, 2016

5 THINGS YOU NEED TO KNOW ABOUT NIQABIS (WITH GIFs)

Posted by - 0 comments
1- Do you bath with your Niqab? 


No really, we do get this question a lot.
Besides being a major face-palm moment, the answer is no; we have a bath like all human beings do.
Some also assume that Niqabis have the Niqab on all round the clock too. We wear the Niqab only when we’re out of our homes or in the presence of any men other than our immediate family. 


2- Oooooh, here comes a Darthvader! 

Oh, we get that a lot!! From being called Death Eaters, Darth Vader, Ninja, Osama Bin Laden’s wife and in some instances, mothers use our mere presence to try and terrorize their children into submissiveness (poor kids, we love you!) and they expect us to be terrified…




… but we are not. Most of the time, when we do come across such pleasant behaviour, our expressions tend to be more like this:



Try something new people, we are bored!


3-  Niqabis are dominated by their men and live like caveman


Ahhh, the age-old allegation against the Niqab. Everyone “assumes’ that the men in our lives forced the Niqab on us. That the men in our lives dictate how we live, the men in our lives force us to live like slaves, yada, yada, yada…. We even had people asking us if we were using the internet without our fathers knowing! Seriously, people!

And no matter how many time we Niqabis scream ourselves hoarse saying that the Niqab is OUR choice, nothing in our lives is forced on us; we work if we want too, we study is we want too, we choose who we want to get married too, we wear what we want too, people conveniently ignore us and think themselves clever in assuming that we are oppressed and live like the Croods, er, cavemen….And as for us Niqabis not being able to use technology, well, you wouldn’t have all these Niqabi blogs and Twitter accounts if we were not allowed to use technology, right? Honestly, my father has a hard time prying me away from the computer most of time. 



But certain folks go far as to say: “Ah but you are not a woman, you are a maniac man masquerading as a woman and tweeting about the Niqab because you want the women to be subservient to you…”
                                        
Clever, real clever… 




4- Niqabis are restricted, oppressed and are not permitted to have fun


Au Contraire my friend... we do have fun, LOTS of fun! The only thing is we have fun with only those who are close us instead of random people… Our Niqab is and never will be a barrier for us having fun!



5- If you have a question ask. We don't bite! 



Niqabis are very nice people so if you have a doubt about the Niqab or Islam in general, ask us instead of happily assuming. We’ve had a lot of tweets about how people say that Niqabis are unapproachable because we’re covered.  It's just an extra bit of clothing people, I've not built a brick wall around me! Le sigh.....







* This is a guest post from my sister and as a side note, all the GIFs used are not depicting Niqabis in any way, but just used to lighten up the post. (She had a really hard time getting the appropriate GIFs by the way)


- niqablovers.blogspot

January 24, 2016

Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Posted by - 0 comments
Suami yang dicintai...
Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.
Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim :  Siapakah kamu?
Menantu :  Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim :  Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu :  Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya).
Menantu :  Ya, baiklah.
Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail :  Apa jawapanmu?
Isteri :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail :  Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.
Nabi Ismail :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.
Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim :  Dimana suamimu?
Menantu :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim :  Baguslah kalau begitu.
Menantu :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan.
Nabi Ibrahim :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail :  Apa katanya?
Isteri :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail :  Apa jawapanmu?
Isteri :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.
Nabi Ismail :  Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri :  Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.
Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.
http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.my/

December 15, 2015

Niqab dan Isu yang tidak pernah basi

Posted by - 0 comments
Assalamualaikum.

Disepertiga malam, tekun membaca satu penulisan ilmuan, soal isu yang tampaknya tidak pernah habis.
Niqabis itu dan ini. Malangnya di ruangan komentar, yang dirasakan hanya kebencian dan permusuhan, yang ada banyak cuma cercaan dan dokongan yang tidak sudah. Solusi masih samar sejak dulu tiada kelihatan.

"Kasihan Niqabi..." Bisikku perlahan, merenung jauh sepanjang jalan bersama pakaian ini, air mata mulai hening di kelopak mata. Bukan kerana sakit akan tomahan, tapi merenung bibit sukar dan sakit sepanjang memakainya. Hanya yang bergelar niqabi sahaja yang memahami, bukan mudah melalui jalan itu. Kasihan pada anak muda, yang mula mempelajari, menyintainya, takut dan gentar akhirnya dek kebingungan dan kekeliruan yang dilemparkan sesama ilmuan sendiri. Sepatutnya, jika terlihat salah, kita menghulur tangan membantu, ajarkan yang tampak silap, bukan terus-terusan mencerca seolah niqab itu bom tangan yang hanya bakal memusnahkan fitrah pemakainya...


Kelopak Air mata mulai kering, tidak jadi memperlihatkan diri.
Ada kekuatan yang mulai lahir, jika banyak tangan yang mengusir, jika banyak mulut yang mengherdik, biarlah diri yang hina ini menjadi tangan dan mulut yang memanggil... " Kita masih ada peluang, kerana Allah tetap sayang...."




Kita sama-sama pendosa, jika kita fahami hakikat itu, kita tidak akan rela terus-terusan menjadi semacam tuhan yang suka memberi murka dan hukuman.





















Perkongsian di fb ini saya kongsikan ;
Kasihan niqabi, dengan isu yang nampaknya tidak pernah basi.
Patutlah makin hari makin ramai sahabat mengambil keputusan membuka niqab, "Masih belum kuat" kata sekalian adinda. Diri yang hampir 6 tahun menyarungnya saja lahir tanda tanya, sampai kapan mampu bertahan.

Tomahan dan kritikan tak sudah, dari satu isu ke satu isu. Dari isu warna baju hingga isu upload gambar.
Walaupun bukan 'direct' pada individu, tapi sebagai niqabi umumnya, yang pasti tempiasnya tercalit pada semua.

Muslimah yang baru belajar mempelajari dan menyintainya, namun pakaian itu disentap dari mereka. Takut dan gentar dek kebingungan dan kekeliruan yang dilemparkan sesama ilmuan sendiri. 
Sepatutnya, bersatu memberi bantuan agar mereka istiqamah memakainya bukan memaksa mereka membukanya; ajarkanlah yang tampak silap, bukan terus-terusan menjatuhkan & mencerca seolah niqab itu bom tangan yang hanya bakal memusnahkan fitrah pemakainya... 

Akhirnya niqab itu tercabut jatuh bersama air mata, peliknya senyap sunyi sudah 'singa2' yang menerkam pada mulanya. 

Adakah seluruh wanita berniqab yg tidak sedap dipandangan matamu, mencabut niqabnya baru lahir kepuasan hatimu..?

Terkaman hebat sana sini, kata itu fitnah ini fitnah, sedangkan yg menyebar dan meluas fitnah itu mereka sendiri. Yang kecil diperbesarkan, yang dingin diperhangatkan. Sibuk dan lantang sentap menyentap, keluar hujah ilmu dan fakta, tapi tidak pun membantu mahupun menyediakan solusi...!
Yang ada cuma celaan dan hujah berbalas tubi.

Wanita ini bukankah lembut lahirnya...?
Jika rasa tahu, ajarilah bukan diejek
Jika rasa tersimpang, ajak lah bukan diusir,
Jika rasa ada ilmu, didik lah bukan mengherdik.

Jangan terus dimusuhi tanpa cuba memahami...
Rasulullah sendiri mendoakan musuhnya,
kenapa kita tega menzalimi saudara sendiri?

Bukankah wanita itu umpama tulang rusuk, sekirannya engkau berusaha membetulkannya (dengan kasar) ia akan patah. Sekiranya engkau membiarkannya, ia akan berterusan bengkok atau bertambah bengkok. 
(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

" Umpamakan begini...
Seseorang datang bertemu mu membawa teguran dengan menjerit-jerit sambil mengherdik dan menghinamu, tangannya pula membalingmu batu kerikil yang tajam. Pasti dikau akan amuk, marah, memberontak atau membalasnya bukan...?
Jika di situasi itu perempuan, mungkin saja dia lari menangis dan bakal membencimu, jangan kata baling batu, kata2 sinis saja bisa membuatkannya dendam seumur hidup kepadamu...! "

Begitulah dalam teguran dan nasihat mahupun yang dipanggil dakwah. Biar bijak membawa kata. Bukan semua malah hanya sebahagian kecil yang mampu menghadam teguran sekeras itu. Pada akhirnya, masalah atau isu itu tidak pun mempelihatkan keberhasilannya, malah yang terdidik hanyalah api kebencian dan permusuhan yang tak sudah.

Jika makian dan hinaan diolah sebagai nasihat, 
Tidak peliklah jika hanya pemberontakan yang bakal diterima, lebih2 lagi dari akal yang 1 dikelilingi 9 nafsu.

Ketahuilah, 
Disebalik insan yang berniqab itu, 
Ada hati yang sedang bermujahadah melawan nafsu yang meronta hendakkan dunia.
Ada jiwa yang bergelut untuk istiqamah berselindung, dari bisikan syaitan yang merayu menuruti dosa, malah makin dasyat dan licik langkahnya mengotori niqab yang asalnya suci itu..
Tidak hairanlah jika sesekali terlihat kepincangan dari pemakainya. Jangan dilihat kesilapan seseorang seperti keaiban & dosa yang amat besar, sehingga merasa murka kepada pelaku seperti tuhan, padahal kita juga melakukan dosa dan keaiban, cuma dalam bentuk yang tidak sama. Tapi Allah masih menutupnya dari penglihatan orang lain.

Hari ini, tika kita seronok menyebut2 kesilapan dan kejahilan orang, jangan sesekali lupa Allah Maha Pengampun, Maha Menerima Taubat. 
Kita tidak tahu kedudukan kita disisi Allah, yang kita hina-hinakan mungkin lebih tinggi kedudukannya. Malah, kita sendiri belum tahu, solat kita diterima atau tidak...

Jika kita x mampu mengubah dengan baik atau tidak mampu menyediakan solusi dalam sesuatu perkara, just please don't make it worse. Jika dicari cara hikmah tidak ketemu, mafkan dan doakan, bukakah itu lebih baik dari melayan tindakan api amarahmu...

Kata-kata ini, akan dihadapkan di hadapan Allah kelak, akan ditanya dan dipertanggungjawabkan.
Begitu juga seluruh bait tulisan & katamu pada insan, apatahlah yang sudah disakiti. Bukan mahu turut menyakiti, tapi ajak bermuhasabah hakikat kita hanya hamba dan pendosa tegar.

Ayuh betulkan persepsi ;

"Pakai purdah tidak boleh upload2 gambar selfie dan menggoda."
"Pakai purdah tidak boleh pakai blink2 @ warna terang2."
"Pakai purdah mesti tudung labuh, baju x boleh ikut body."
"Pakai purdah mana boleh tabarruj."
"Pakai purdah mesti jaga ikhtlat, pergaulan."
"Pakai purdah mesti jaga sifat malu."
"Pakai purdah mesti sopan santun jaga akhlak."
"Pakai purdah mesti bersederhana...!"
"Pakai purdah mesti ada ilmu...!"

Eh!

- Tidak boleh upload2 gmbr selfie dan menggoda,
- Pakaian tidak menonjol, 
- Tudung dilabuhkan dan tak ikut bentuk tubuh,
- Tidak tabarruj,
- Jaga pergaulan,
- Jaga sifat malu,
- Sopan, Jaga adab dan akhlak,
- Bersederhana,
- Tuntut Ilmu...

Suruhan itu bukan bila pakai purdah atau yang bertudung labuh saja...!
Tapi tuntutan itu pada SEMUA yang namanya perempuan @ wanita @ muslimah.
Mengakui "aku seorang wanita beragama islam",
Tuntutan itu WAJIB berusaha dipatuhi...!

Niqab di akhir zaman ini ;
Bukan dipakai kerana pemakai itu rasa suci atau baik,
Tapi kerana merasakan dirinya adalah pendosa tegar, yang mengejar kasih dan merayu ampun tuhannya.
Bukan dipakai kerana mereka kuat atau hebat,
Hakikatnya, merekalah wanita paling lemah, berselindung di balik kain dari kejahatan dunia yang semakin tua. 
Hakikatnya, jangan pandang niqabi seperti bidadari seolah tidak boleh melakukan khilaf, tapi pandanglah mereka seperti dirimu sendiri, jatuh tersadung berulang kali dalam berjuang menuju Allah... Yang pasti peluang sentiasa ada InShaaAllah... :')

Apa pun bentuk pakaian atau penampilan,
Itu bukan tiket apatah lagi satu jaminan.
Itu hanya satu bentuk usaha dalam banyak usaha lainnya. Purdah itu satu pilihan dalam banyak pilihan lainnya, hormati pilihan orang lain, sejauh mana mahu orang lain menghormati pilihan kita.

Tidak guna saling terus bertelagah, pada akhirnya kita sama-sama mahukan kebaikan juga. Jangan mencari musuh, kerana pasti diakhirat yang kita harap-harapkan bukan musuh tapi sahabat jua...

Saling sayang, ajak dan seru pada kebaikan dengan kebaikan, dunia sudah sangat penuh dengan kekejaman, kekerasan dan penghinaan, sudah-sudahlah mendidiknya dan membawanya ke dalam masyarakat...

Ayuh tanya pada hati yang paling dalam ;
Biarkan Iman yang menjawabnya...

"Purdah ini dipakai untuk siapa...?"

Bukan itu saja... 

Mari semua tanya pada diri ;

"Seluruh pakaian ditubuhku ini, 
Baju ini, serban @ tudung ini utk siapa...?"

Tanya kan lagi...

"Aku hidup untuk siapa...???"

Jangan culas mencari jawapan, kerana imanmu akui jawapannya... ALLAH TAHU... :')

Semoga Allah memberi ampun pada kita hamba-Nya yang sering menyakiti hamba-Nya yang lain.. Aamin

#MohonMaaf #RaihlahPendapatku #DenganIzinAllah #JomMuhasabah #TajdidNiat #AllahTahu

August 27, 2015

Tiada yang mustahil bagi Allah SWT

Posted by - 0 comments
Otaknya mati sejak 15 tahun yg lalu..
Kisah benar yg sangat memberi kesan..


Seorang wanita warga saudi menceritakan kisah suaminya yg mati otak sejak 15 tahun yg lalu..katanya:

"Suamiku asalnya seorang pemuda yg periang, bersemangat, cergas, segak, sasa, berpegangan agama, berakhlak dan berbakti kpd kedua orang tuanya..dia mengahwiniku pd tahun 1390 H dan aku tinggal bersamanya di rumah ayahnya sebagaimana adat kebiasaan keluarga org saudi..
Melihat kebaktiannya kpd kedua ibu bapanya, aku mula rasa takjub dgnnya dan aku bersyukur kpd Allah krn menjodohkanku dgn suami ini..Kami dikurniakan seorng ank perempuan setelah setahun perkahwinan kami berlangsung..kemudian tempat kerjanya berpindah ke daerah timur..Dia berulang alik ke tempat kerjanya selang seminggu..seminggu di sana dan seminggu bersama kami..sehingga ia berlangsung selama tiga tahun, manakala anak perempuan kami sudah berumur 4 tahun..
Tanggal 9 Ramadan 1395 H, ketika dlm perjalanan pulang ke kediaman kami di Riyadh, beliau terlibat dlm kemalangan jlnraya..ekoran itu beliau dimasukkan ke hospital dlm keadaan tidak sedarkan diri..Para doktor pakar yg merawatnya mengisytiharkan keadaannya sebagai 'mati otak' kerana kerosakan saraf otaknya pd kadar 95%..
Peristiwa itu sangat menyedihkan kami, terutamanya bagi kedua ibubapanya yg telah lanjut usia..Menambahkan lagi keperitanku, pertanyaan oleh anak kami Asma' tentang ayahnya yg sangat dirinduinya, lebih-lebih lagi dia telah menjanjikannya permainan yg disukainya..Kami bergilir-gilir menziarahinya setiap hari..sedangkan keadaannya tidak berubah sedikitpun..
Setelah 5 tahun masa berlalu..ada yg menasihatiku supaya menuntut cerai darinya melalui mahkamah, ats alasan penyakitnya itu tiada lagi harapan sembuh..bahkan sebahagian ulama telah memberi fatwa kpdku hukum keharusan cerai dlm keadaan kesihatan yg sebegitu..Namun, aku menolak sepenuhnya idea itu, bahkan aku tidak akn sekali2 menuntut cerai selagi dia masih ada di ats muka bumi ini, sama ada dia dikebumikan sama seperti si mati yg lain atau mereka biarkan saja dia bersamaku sehingga Allah melakukan apa yg dikehendakinya..
Sebaliknya tumpuanku terarah kpd ank perempuanku yg masih kecil..aku masukkannya ke sekolah tahfiz al-Quran..sehingga dia hafaz keseluruhan al-Quran sebelum umurnya melewati 10 tahun..Selepas itu, aku memberitahunya berkenaan hal ayahnya..dan dia tidak lekang mengingatinya..kadangkala dia menangis dan kadangkala dia diam membisu...Anak perempuanku seorang yg berpegangan agama..dia solat setiap fardu pd masanya..dia bangun solat di akhir malam, sedangkan dia belum berumur 7 tahun..
Aku bersyukur kpd Allah krn memberi hidayah kpdku utk mentarbiahnya seperti al-marhumah neneknya yg sangat akrab dgnya, juga seperti al-marhum datuknya..Dia mengikutiku menziarahi ayahnya dan dia membaca al-quran kpdnya dari semasa ke semasa..bahkan dia bersedekah bagi pihaknya..
Suatu hari pd tahun 1410 H. dia berkata kpdku: "Wahai ibuku! biarkanlah aku tidur di sisi ayahku pd mlm ini"..aku menerima permintaannya walaupun dalam keadaan teragak-agak.
Kemudian, anakku ceritakan kpdku (apa yg berlaku ke atas dirinya):
"Aku duduk di sisi ayahku sambil membaca surah al-Baqarah sehingga khatam, kemudian aku rasa mengantuk lalu tertidur..aku bermimpi seolah-olah satu senyuman melewati kehidupanku, justeru aku merasa tenang dgn keadaan itu..aku tersedar dari tidurku, lalu aku mengambil wuduk dan bersolat..ma sya Allah tanpa henti..tetapi aku tertidur semula di tempat solatku..
tiba2 ada seseorang berkata kpdku: "Bangunlah..apakah wajar kamu tidur, sedangkan Tuhan yg Maha Pemurah sentiasa jaga? Adakah wajar, sedangkan sekarang waktu penerimaan yg Allah tidak menolak permintaan hambanya?
Kemudian aku terjaga, terasa seolah-olah ada sesuatu yg hilang dariku..lalu aku angkat kedua tanganku, sambil melihat kpd ayahku, sedang air mataku berlinangan..aku berdoa:
"Wahai Tuhanku! wahai Tuhan yg Maha Hidup! wahai Tuhan yg Maha Berdiri! wahai Tuhan yg Maha Agong! wahai Tuhan yg Maha Perkasa! wahai Tuhan yg Maha Besar! wahai Tuhan yg Maha Tinggi! wahai Tuhan yg Maha Pemurah! wahai Tuhan yg Maha Penyayang..
Ayahku ini seorang hamba dari sekelian hamba-Mu..dia telah ditimpa kesusahan, namun kami tetap bersabar, tetap bersyukur dan tetap beriman dgn segala ketentuan-Mu terhadapnya..
Ya Allah! sesungguhnya dia berada di bawah rahmat dan kehendak-Mu..ya Allah! Engkau telah sembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya, Engkau juga telah kembalikan Nabi Musa kpd bondanya, Engkau juga telah selamatkan Nabi Yunus dlm perut ikan, Engkau juga telah tukar api menjadi sejuk dan selamat utk Nabi Ibrahim..
Sembuhkanlah ayahku drpd penyakit yg menimpanya..ya Allah! mereka dakwa tiada lagi harapan sembuh baginya..Ya Allah! engkau memiliki segala kekuasaan dan keagongan..maka kasihanilah dia dan sembuhkanlah penyakitnya..
Mataku rasa mengantuk..lalu aku tertidur sebelum terbit fajar..tiba2 terdengar suara perlahan membisikku: "Siapa kamu? apa kamu buat di sini? Lalu aku bangkit disebabkan suara itu..aku pandang ke kiri dan ke kanan tapi tiada sesiapa..kemudian suara itu berulang lagi..rupa2nya ia suara ayahku..justeru tanpa berlengah lagi, aku terus bangkit dan memeluknya dgn gembira...tetapi dia menjauhiku..sambil beristighfar dia berkata: "Bertaqwalah kamu kpd Allah..kamu tidak halal bagiku". Pantas aku menjawabnya: "Aku Asma', anakmu". Lalu dia terdiam..
Aku keluar memberitahu para doktor..sebaik mereka tiba mereka terkejut melihatnya..seorang doktor warga Amerika yg tidak fasih bahasa arab berkata: "Subhanallah!, manakala seorang lagi doktor warga mesir berkata: "Maha Suci Tuhan yg menghidupkan semula tulang temulang yg hancur"..manakala ayahku tidak tahu apa2 pun yg berlaku..sehinggalah kami memberitahunya hal itu..lalu dia menangis seraya berkata:
"Hanya Allah sebaik2 penjaga dan Dialah yg menjaga para solihin, demi Allah, aku tidak ingat apa2, cuma sebelum kemalangan itu berlaku aku niat ingin berhenti utk solat sunat duha..kemudian aku tak ingat lagi, sama ada aku solat atau tidak".
(Menyambung ceritanya) Si Isteri berkata: "Akhirnya Abu Asma' kembali ke pangkuan kami, sebagaimana aku harapkan..umurnya telah hampir 46 tahun..bersamanya, aku dikurniakan seorang lagi anak lelaki..segala puji bagi Allah..sekarang umurnya dua tahun dan sudah boleh merangkak..
Maha suci Allah yg telah mengembalikannya kpdku setelah 15 tahun berlalu..Dialah (Tuhan) yg menjaga anak perempuannya untuknya..Dialah jua (Tuhan) yg memberi hidayah kpdku untuk tetap setia dgnnya dan berlaku jujur terhadapnya meskipun dlm keadaan dia telah hilang dari dunia..
Oleh itu, janganlah sekali2 kamu abaikan doa..sesiapa yg menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaganya..dan jgnlah kamu abaikan kebaktian terhadap kedua ibubapamu..ketahuilah bhw di Tangan Allah jualah pengurusan dan penentuan segala perkara..tiada sesiapa pun selain-Nya yg melakukan semua itu.."
Kisah ini untuk pengajaran
Melaluinya, mudah mudahan Allah memberi manfaat bagi org yg berada dlm kesukaran atau ditimpa malapetaka besar atau tertutup baginya pintu penyelesaian atau terputus darinya jalan keselamatan..lalu dia ketuk pintu langit dgn doanya sambil meyakini pemakbulan oleh-Nya..justeru jgnlah berputus asa..selagi Tuhan kamu itu ialah Allah..hantarkan saja segala doa dan balutkanlah ia dgn sangkaan baik terhadap-Nya yg Maha Suci..kemudian yakinlah dgn hampirnya saat kejayaan dan kemakbulan..dan akhir doa kita ialah (pengakuan) bhw segala puji bagi Allah.

(Sumber : FB)

August 10, 2015

Hati yang dilukai juga sering melukai...

Posted by - 0 comments

Daripada kebencian seseorang kita belajar membetulkan kesalahan dan memperbaiki kelemahan...

Daripada kasih sayang seseorang kita belajar membina keyakinan dan kekuatan diri...

Syukurlah, jika masih ada yang membenci dan menyayangi, 
itu petanda Allah sedang mendidik mu melalui musuh dan sahabat mu...

Bukan utk melemahkan, tapi untuk menjadi hamba yg lebih baik...

Ada masanya jalan sudah lurus tetapi langkah kita yg bengkang bengkok kerana hati tidak tulus...

Allah... tuluskan hati kami yg kotor ini.... cry emoticon

Aamin..

Wanita Cantik Menurut Al-Quran dan Hadis

Posted by - 0 comments
(Click untuk besarkan)

Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih.
Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa..
Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan...

Moga kita menjadi wanita baik yg 'cantik' acuan Al-Quran dan Hadis, bukan acuan fesyen dan nafsu .. Aamin..
 

Kita Semua Cantik!

Posted by - 0 comments

Kita kadang tertanya, kenapa jerawat tak pernah berhenti hadir, 
padahal munculnya di pipi, tidak pun menghilangkan pipi...Timbulnya di hidung tidak pun menghilangkan hidung...!

Wahai Hati, kenapa tidak pernah syukur..? cry emoticon

Begitulah mainan syaitan, fitrah mau cantik mengalahkan iman. Sebab terlalu banyak perbandingan menghilangkan rasa syukur...

Kadang, kita sering kata si polan hodoh, tak cantik, gemok, hitam dan itu ini.Tidak sedarkah kita sedang menghina ciptaan Allah, Hati2...

Ingat, Yang kurang sedang diuji apakah dia bersyukur, yg lebih juga diuji apakah dia takbur...
#Muhasabah #KitaSemuaCantik

Tukar cara hidupmu

Posted by - 0 comments
Sedikit perkongsian ana nukilkan dari facebook.


Suatu ketika...
Borak antara sahabat ;


"Pendapatmu, bagaimana aku mahu meninggalkan hiburan dari media, tv, gossip artis yang jelas makin parah..? Aku mahu istiqamah dalam hijrah tapi sering terjatuh ke jurang yang sama...!"

"Tukar...."


"Tukar...?"


" ya... :)
  • Tukarkan dari membaca gossip, novel cinta cintun yang tidak bermanfaat kepada baca Al-Quran, hadis, sirah dan buku2 ilmiah.
  • Tukarkan dari melihat movie, drama, cerita yg tidak memberi manfaat kepada merenung hakikat kehidupan.
  • Tukarkan bazir masa dan wang shopping kepada banyak melakukan kebaikan dan bersedekah.
  • Tukarkan topik borak bersama kawan2 yang menjerumus ke arah umpatan kepada usrah yang membawa Cinta pada Allah dan kerinduan pada Rasulullah...
  • Tukarkan aktiviti 'lepak2' di hujung minggu kepada hadiri majlis2 ilmu.
  • Tukarkan mata yang liar 'usha' jejaka hensem/wanita cun kepada melihat wajah orang tuamu, suami/isterimu.
  • Tukarkan keluhan tentang apa yang kau tiada kepada bersyukur dengan apa yang kau ada..

Tukarkan dan ubah apa2 yang mengganggu dan melarikanmu dari jalan hijrah, dalam masa sama fokuskan niat perubahan itu kerana Allah semata2, pasti akan ada kekuatan... "

"Tapi...."

"Hmmm... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan...?
Sebenarnya kita ramai tidak mahu berubah kerana selesa dengan keadaan jahil. Itu bukan kerana kita jahil tapi itu sebab kita degil... Allah tahu... "

"Ya... tapi semacam sukar.."

"Aku sendiri rasakan sukar, tapi belum cuba belum tahu kan... :')
Hmmm. Setiap kali dikau rasakan sukar, ingat2lah kematian... pasti kelazatan dunia makin pudar dihatimu.
Sesekali tenung dan lihat2lah kuburan, tutup mata, cuba feeling gelapnya liang lahat, bayangkan keadaan dirimu sesuai dengan amalanmu... InShaaAllah kembali tunduk hati yg degil.
Sebagaimana kau mampu menghayati filem, drama & novel sampai menangis. Lebih2 lagi kau perlu hayati waktu itu.
Sebagaimana hatimu berbunga, excited melihat romantiknya dan sweetnya cerita cinta di tv dan buku walaupun kadang palsu. Bayangkan syurga yang jauh lebih indah malah ia sesuatu yg sgt pasti. "

"Baiklah... doakan aku ye shbt... :') "

"Doakan aku juga... kerana aku juga sedang bermujahadah sepertimu... :') "

*sama2 muhasabah sambil mengelap air mata...

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos