January 29, 2011

Perasaan cinta

Posted by Lyla 0 comments

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. 
~ Hamka ~

Tentang Cinta

Posted by Lyla 0 comments
Cinta……
Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
 Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu........ 
http://cintadearhaniey.wordpress.com

Ingin...cuma ingin....

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum...

Berteman malam yang sunyi, berteman bingit2 suasana malam yang menyelinap masuk ke dalam minda..
Teringin pula jiwa mengeluarkan kata cinta buat insan yg telah Allah pilih untuk bertakhta dihati ini. namun apalah daya tiada singgah... tidak tahu apa yang hendak dikongkisan, tapi cuma satu perasaan yang ingin berkata2..

Sebuah buku putih kemas dengan ukiran comelnya baru selembar dicoretkan, sekian lamanya yang menjadi luahan ... terluput kini,dan memori tidak lagi dalam ingatan, tapi cuma bermain2 tak kala mengingat.

Teringin pula diri ini menulis sebuah cerita, akan sebuah kisah cinta... teringin pula diri ini mengukir sebuah lukisan, lukisan yang bisa mendalam dalam sanubari... teringin pula diri ini bermain lensa, menjadikan segalanya berharga... teringin pula diri ini mengintai ilham mencipta sebuah gambar menarik, menjadikan kepuasan dalam melalui masa... namun apakan daya... masa tiada menentu, dan mood yang sering merubah2....

Aku ingin menjadi seperti insan yg lain, yang mudah mengeluarkan kata-kata manis dalam menulis cerita dan sebuah pengajaran,jika berkata2 jauh sekali aku bisa.Mungkin aku belum bersedia untuk menjadikan sebuah kisah realiti yg ku lalui sebagai pengajaran  buat orang lain.

Hati ini masih belum bersedia... kekuatan yg masih belum tiba, dan mungkin ada baiknya segalanya biarlah tersimpan indah dalam memoir duka semalam... Segalanya telah Allah aturkan hikmah.. redha dan teruskan kehidupan.. insya'allah suatu hari, kapan akan ku tuliskan cerita buat tatapan bersama. kerana aku juga ingin.. sekali.. ingin sekali.... insya'allah...

January 20, 2011

Persoalan Cinta Suci

Posted by Lyla 1 comments
Apakah cinta suci itu? Bila seseorang lelaki mencintai seorang wanita dengan tulus, suci dari pengaruh nafsu, Sebuah cinta yang jauh dari kekejian dan terhindar dari perbuatan tidak senonoh. Cinta seperti ini biasanya didorong oleh rasa taqwanya kepada Allah. Dan kefahaman tentang pengertian cinta menurut Islam yang didukung keinginannya yang kuat dalam menjaga kesucian sesugguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan (Yusuf: 53). Termasuk paling rendah keteguhan wara’ adalah hendaklah seorang Muslim menundukkan pandangan dari seorang wanita yang bukan mahramnya (An-Nur: 30-31) Keteguhan taqwa adalah hendaknya seorang lelaki menghindari berkhalwat dengan seorang wanita bukan mahramnya.

Namun begitu apabila seseorang itu dilamun cinta maka nilai-nilai seperti romantik, caring, sentimental value, sehati sejiwa, fantastik akan terjadi dan terserlah. Apakah semuanya ini benar atau hanyalah palsu?

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih menghala kepada rangsangan nafsu yang disalah ertikan kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan Islam.
Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat, masakan sanggup mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar-benar pencinta-pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.

Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati. Itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa? Rasa rindu yang amat sangat, sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keuAllah pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keuAllah pendirian responden.

Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga.

Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta, contohnya ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik, bercakap yang baik-baik di depan orang yang di cintainya. Almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu, maka hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Ini disebabkan ianya lebih ke arah mengheret masalah baru yang mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati, perhati kan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui maka ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidakfahaman konsep cinta berasaskan islam. Biarlah di katakan diri kita ego atau sombong. Ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik. Persoalannya dengan cara yang bagaimana? Jawapannya sudah tentulah dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya, tentulah terfikir di hati mereka. "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai, kerana apabila diberinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan ‘Berkawan biar beribu bercinta biar satu’ tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah dengan bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.


Rayuan Manja atau Cumbu Rayu

Rayuan manja atau cumbu rayu adalah kata-kata indah, sebagai ungkapan yang menarik dan tertarik hati. Dalam kaca mata Islam cumbu rayu ada dua macam :
1.Yang diharamkan, iaitu cumbu rayu yang dapat membangkitkan nafsu syahwat. Ianya diharamkan kerana dapat menimbulkan kemerosotan nilai moral, untuk menutup pintu kerosakan dan menghindari fitnah. Jika Islam mengharamkan sesuatu, pasti akan mengharamkan juga hal-hal yang boleh menghantarkan kepada sesuatu yang haram tersebut. Contohnya, bila Islam mengharamkan zina maka ia mengharamkan pula aktiviti yang boleh mendekatkan kepada perzinaan.
2.Yang dibolehkan, iaitu rayuan jenis ini adalah rayuan yang tidak membangkitkan nafsu syahwat. Contohnya, seperti nasihat menasihati ke arah kebaikan dan sabar.


Renungkanlah Bersama

Islam adalah agama yang menggabungkan dengan fitrah manusia, dengan perilaku dan undang-undangnya, juga mengakui adalah fenomena cinta yang melekat sebagai fitrah manusia (Ar-Rum:30). Jika memang demikian, maka jadikanlah cinta penuh kasih sayang sebagai pendorong kemajuan, untuk membina ketinggian yang kekal, sebagai jalan menuju kediaman yang kekal abadi di syurga. Tentu sahaja hal di atas tidak mungkin wujud jika tidak menjadikan cinta kepada Allah, kepada Rasulullah, dan jihad fi sabilillah di atas cinta kepada kehidupan, keluarga, kerabat dan tanah air, cinta kepada dunia, harta dan kesenangan lainnya. Betapa mudah jalannya dakwah Islam yang dilakukan oleh para prajurit dan para da’i yang mukmin dan mukhlis, para pemuda yang saling membina persaudaraan Islam dalam kehidupan sehari-hari, dan saling bertukar fikiran dengan penuh kasih sayang, serta menunjukkan sikap-sikap yang mulia di dalam tingkahlaku mereka.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya, dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. wallahu'alam bissawab.

Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.

January 19, 2011

KASIH SAYANG DALAM ISLAM

Posted by Lyla 0 comments

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).

AJARAN Islam tentang kasih sayang telah lama di kumandangkannya dengan sempurna dan indah. Namun, kebanyakan dari manusia tidak menyadari apa arti sesungguhnya dari kasih sayang itu sendiri, sehingga dapat terhenti dan menyimpang dari aturan-aturan yang telah di firmankan oleh Allah SWT dan sabda-sabda Rasul-Nya. Sebagaimana syair yang mengatakan, “mawaddatuhu taduumu likulli haulin, wa hal kullun mawaddatuhu taduumu”, kasih sayangnya (manusia) selalu kekal untuk segala hal yang menakutkan, dan apakah setiap orang itu kasih sayangnya selalu kekal. (Jawaahirul Balaaghah:407). Hal ini karena tidak diniatkan semata karena Allah yang tidak dijadikan sebagai ladang amal bahkan hanya untuk memperoleh keuntungan dan kesenangan duniawi saja.Makna kasih sayang tidaklah berujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama sepanjang kehidupan di dunia ini ada, tentunya dalam koridor-koridor Islam. Ini berarti bahwa Islam tidak mengenal waktu, jarak, dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.
Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah” Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (H.R. Turmudzi). Dalam hadis tersebut kasih sayang seorang Muslim tidaklah terhadap saudara se-Muslim saja, tapi untuk semua umat manusia. Rasulullah saw. bersabda, “Sekali-kali tidaklah kalian beriman sebelum kalian mengasihi.” Wahai Rasulullah, “Semua kami pengasih,” jawab mereka. Berkata Rasulullah, “Kasih sayang itu tidak terbatas pada kasih sayang salah seorang di antara kalian kepada sahabatnya (mukmin), tetapi bersifat umum (untuk seluruh umat manusia).” (H.R. Ath-Thabrani). Bahkan, bukan hanya kepada manusia saja ajaran Islam yang tinggi ini telah mengajarkan bagaimana kasih sayang terhadap hewan dan tumbuhan yang harus direalisasikan. Abu Bakar Shiddiq r.a. pernah berpesan kepada pasukan Usamah bin Zaid, “Janganlah kalian bunuh perempuan, orang tua, dan anak-anak kecil. Jangan pula kalian kebiri pohon-pohon kurma, dan janganlah kalian tebang pepohonan yang berbuah. Jika kalian menjumpai orang-orang yang tidak berdaya, biarkanlah mereka, jangan kalian ganggu.” Sebuah nasihat ini walau dalam keadaan untuk perang, ajaran Islam tetap memancarkan kasih sayangnya terhadap manusia, hewan, dan tumbuhan. Sebuah kisah lain yang menarik ketika Amr bin Ash menaklukkan kota Mesir, saat itu datanglah seekor burung merpati di atas kemahnya.
Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas kemahnya. Tatkala ia mau meninggalkan perkemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada. Ia pun tidak mau mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang ia buat. Maka kota itu dijuluki sebagai kota fasthath (kemah).
Jelaslah bahwa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi akan kasih sayang. Kita perlu mencontoh teladan Nabi saw. dan para sahabatnya yang benar-benar merealisasikan makna kasih sayang yang tanpa batas itu, tentunya untuk mencapai keridaan Allah semata yang bukan untuk mencari kesenangan dunia. Maka memang pantas bahwa Islam dikatakan sebagai agama rahmatan lil ‘alamiin. Sifat kasih sayang adalah termasuk akhlak yang mulia yang dicintai Allah. Sebaliknya Allah sangat membenci akhlak yang rendah. Di antaranya kepada orang-orang yang tidak memiliki rasa belas kasih sayang. Ditegaskan hadis Rasulullah saw., Laa tunza’ur rahmatu illaa min syaqiyyin. Rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan hanya dari orang-orang yang celaka.
(H.R. Ibn. Hibban).
Yang dimaksud dengan orang celaka adalah orang yang tidak memiliki rasa kasih sayang di dalam hatinya baik untuk dirinya maupun orang lain. Di sinilah perlunya kita bermuhasabah, bertafakur, apakah diri ini sudah benar menjalani hidup. Bagaimana kita mengasihi dan menyayangi ciptaan Allah sebagai akhlak yang mulia. “Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah, Dia mencintai sifat pemurah, dan Dia mencintai akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah.” (H.R. Na’im melalui Ibnu Abbas r.a.).
Cinta kepada Allah
Di antara manusia banyak yang cinta dan mencintai Allah, tapi lebih banyak yang mencintai dunia. Mencintai Allah adalah fardu bagi kaum Muslimin dan Muslimat yang bukan sekadar dikata saja. Dan jika kita benar-benar mencintai Allah secara kesungguhan hati, maka proses “rasa kasih sayang” untuk makhluk ciptaan-Nya akan terbentuk dalam hati kita. Selain itu, jati diri kita sebagai seorang Muslim akan tampak lebih kokoh serta mampu menjalani syariat-syariat Islam yang diridai dan di berkahi oleh Allah SWT. Cinta kepada Allah adalah hal yang utama, sebagai jalan untuk memperoleh kebaikan dunia dan akhirat dengan melaksanakan perintah-Nya, menjauhi larangan-larangan-Nya. Cinta kepada Allah hendaklah melebihi cinta kepada segala yang maujud yang selain Allah. Mencintai Allah berarti juga mencintai Rasul-Nya, yakni mengikuti segala petunjuk Rasul dengan sepenuh-penuhnya. Firman Allah SWT, “Katakanlah (hai Muhammad), ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S. Ali Imran [3]:31). Ketahuilah, kehidupan akhirat adalah kehidupan yang lebih baik dan kekal. Wallahu a’lam bishshawab.***
(Penulis Marsudi Fitro Wibowo, seorang editor, designer, dan layouter pada sebuah penerbitan di Bandung Sumber : http://www.pikiran-rakyat.com, Jumat, 11 Februari 2005

January 13, 2011

aku dilamun Cinta,padamu Ya Robb....

Posted by Lyla 0 comments

Cinta yang tak bisa diungkap dengan perkataan selain dirimu
Cintaku tiada tandingannya kecuali dirimu
Cintaku tersemat dan abadi dilubuk hatiku hanya untukmu
Cintaku tidak dapat dijual beli dan tidak jua sama sepertimana aku pernah mengalaminya dulu
Cinta suciku tidak aku buat buat atau pura pura ia dengan sendirinya melekat dihatiku
Tidak dapat dipisahkan itulah membuat aku selalu merinduimu

Bagaikan burung pungguk rindukan bulan?
Kerinduan aku padamu melebihi segala-gala yang ada dihadapan
Tiada perkataan atau perbuatan yang bisa menerangkan
Kerinduan aku padamu membuat aku tidak keharuan
kecuali yang bisa aku ungkapkan Laa illaahaillaallah
Kerna aku akan mengadapmu, Taat diatas perintahmu, Mengikut sunnah Rasulmu
Lantas, Aku mencuci jari jemariku, mulutku, hidungku, mukaku, tanganku, umbum umbumku, telingaku, tengkokku, dan kakiku kerana mu

Walaupun panas, berpeluh peluh itu tidak menghambat aku mengadapmu
Demi kerana cintakku padamu, aku lepaskan rinduku mengadapmu dan bersujud padamu 
Barulah aku rasakan sesuatu nikmat, nikmatnya ketenangan ketika mengadapmu, Ketenangan dan Kedamaian dihatiku

Aku jua tahu Dikau teramat dekat padaku, sedekatnya urat leherku
kerna Dikau jua Maha suci Allah yang Maha Esa dan yang Maha Satu dan Maha Menghidupkan dan yang Maha Mematikan kerna Dikau jua, Maha suci Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa dan Maha Esa,


Apa yang aku lihat semuanya adalah hakmu, kepunyaanmu, ciptaanmu kerana Dikaulah Maha SuciAllah yang Awal dan yang Akhir lagi Maha Kekal

Makhluk ciptaanmu semuanya sujud padamu kerana Dikau Maha Suci Allah  yang Maha Pengampun lagi Maha Pencinta, Maha Kaya
 Demi kerana Cintaku padamu setiap waktu yang ada akan aku luangkanuntukmu, kerna Dikau Maha suci Allah, Maha mengawasi, Maha Melihat lagi Maha Mendengar, Maha Mulia lagi Maha Bijaksana,

Walau dimana saja aku berada aku tahu Dikau memerhatikan aku,
Kerana Dikau senantiasa memerhatikan makhlukmu, dan Dikau Maha Pemberi kurniaan Rahmatmu pada siapa saja yang Dikau mahu, kerna dikau Maha Pemurah dan Maha Memenuhi segala keperluan makhlukmu.

Lihatlah saja cakrawala dan alam semesta ciptaamu, Bulan, Bintang, Matahari, Langit, Bumi, Laut, Gunung ganang semuanya taat diatas perintahmu kerna Dikau Maha Suci AllahMaha Halus lagi Maha Mengetahui.
Kerana padamu tiada yang mustahil dan sekiranya Dikau menghendaki sesuatu maka Unkapanmu “Kun FaYaKuun” maka Jadilah ia mengikut kehendakmu….

Keranamu Yaa Rabb, cukuplah bagiku hanya adanya MU Ya Allah, Aku memperhambakan diriku hanya untukmu Ya Allah, ya Rahman ya Rahim ya Malikil Quddus...Amin

January 6, 2011

Rahsia Dan Keajaiban Menangis & Ketawa

Posted by Lyla 0 comments
SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja. Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Bagaimanapun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita. Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia. Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i. Air mata basal (untuk melembapkan mata).

ii. Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).

iii. Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).

Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi. Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi. Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang. Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).

Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi. Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.

Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan. Jadi jika anda sedih., tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa. Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja. Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori.

Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah. Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan. Ini sebabnya orang yang menghidap penyakit perlu mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan untuk menguatkan semangat kerana kesedihan hanya memburukkan keadaan penyakit mereka.

Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa. Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan. Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.

Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

a. Merendahkan tekanan darah
b. Merangsang mood.
c. Meningkatkan daya ketahanan badan.
d. Memperbaiki fungsi otak
e. Melindungi jantung.
f. Merapatkan hubungan dengan orang lain.
g. Melegakan perasaan.
h. Membuatkan kita berasa selesa.

Malah, ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung. Kajian mendapati seseorang itu berisiko diserang sakit jantung jika sentiasa dalam keadaan tertekan, resah, gelisah dan marah.

Bahkan, ada juga kajian mendapati ketawa boleh melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan. Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental. Apabila kita berfikiran tenang dan melihat masalah daripada sudut positif, ia juga boleh dijadikan bahan ketawa. Ketawa pada diri sendiri juga boleh mengubah persepsi kita terhadap masalah dihadapi. Mungkin anda tidak sedar, ketawa sebenarnya membolehkan kita menangani masalah atau tekanan dengan lebih baik

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos