June 24, 2014

KISAH : Ya Allah terima kasih ambil aku yang kotor ini

Posted by Lyla 0 comments

Sebuah kisah benar yang bisa mengalirkan air mata dan keinsafan dari Ustaz Ebit Lew.. :')

http://3.bp.blogspot.com/-oXCJ5F__Mj4/UyRHPR7qVbI/AAAAAAAAM88/YbYOXuEb3bs/s1600/Ust-Ebit-Lew.jpg 

 


Rindu nak cerita juga pasal seorang kawan yang banyak saya belajar darinya. Walaupun dia bekas penagih dadah. Dan pelbagai kejahatan dia buat. Satu hari bila dia taubat. Waktu malam dia menangis dalam sebuah bilik yang kami kurung dia sehingga dia sihat dari ketagihan dadah.

Dia tidak pernah berhenti berdakwah. Dia hanya diam waktu tidur. Seronok sangat dia suka cakap pasal Nabi saw dan sahabah, dan segala kebesaran Allah. Bila bangun tidur tengah malam jika dia jumpa orang muda disekitar masjid juga dia akan dakwah.

Dia benar-benar bertaubat. Sehingga bila mak ayahnya sakit. Dia balik kampung jaga mak ayahnya. Mak ayahnya halau dan marah dia. Tapi dia, bila mak dia kata bodoh kau ni. Dia kata, ya mak betul saya bodoh. Segala makian dia iyerkan. Dia buat sehingga maknya letih nak makinya. Akhirnya mak dia sangat sayang pada dia. Dulu dia paling baran, tapi bila dia mengenal Allah. Dia tidak peduli lagi orang kata apa, sebab dia sedar memang kita hina dan tiada apa-apa.

Waktu malam dia selalu menangis dan saya tidak pernah lihat orang yang lebih merendahkan diri di depan Allah lebih darinya. Dia doa Ya Allah kau kutip saya dari lubang najis, saya najis yang busuk dan kotor. Bahkan lebih busuk dan kotor dari semua najis. Ya Allah terima kasih ambil aku yang kotor ini dan jadikan aku khadam pada orang yang berbuat baik.

Dia khidmat pada mak ayahnya macam hamba. Dia seronok dan senyum dan tidak langsung mengeluh. Mak dia nak apa-apa ,dia berlari dapatkan. Dia betul2 buat saya belajar pasal anak soleh.

Dia baca Quran tak sedap, tapi asyik menangis sepanjang baca Al-Quran. Bukan dia, kalau tak menangis baca AL-Quran.

Sehingga dia khidmat mak ayahnya macam raja sehingga keduanya meninggal.

Satu hari saya dapat berita kawan yang saya sayang itu meninggal dunia dalam keadaan sangat baik dan khidmat masjid.

Saya rindu nak dengar nasihatnya. Orang seperti ini boleh khidmat mak ayahnya. Bagaimana kita yang belajar tinggi2, penceramah agama, Daie Allah, hidup di bandar-bandar. Jangan sombong. Jangan lupa diri. Jangan lupa doakan mak ayah kita.

Di akhirat seorang anak akan diminta baca Al-Quran di atas mimbar, setiap ayat dia baca, mak ayah dia akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah ayat terakhir yang kita baca. Janganlah lupa banyak baca Al-Quran. Untung mak ayah yang anak rajin baca AL-Quran. Malangnya mereka yang anak sudah lupa baca Al-Quran sebab hanyut dengan dunia-



oleh ustaz ebit liew

June 16, 2014

Cerita mengenai si Selfie

Posted by Lyla 1 comments
Assalamualaikum, sedikit kisah yang ana ambil di FB...


...................................................................................

Ingin saya berkongsi satu cerita penghijrahan harini.
Cerita mengenai si Selfie.
Semoga bermanfaat.

Si Selfie:
Sama seperti remaja . apa yang dia buat, makan, pakai, semua akan di upload di laman sosial. Setiap kali dia post, mesti akan ramai LIKE dan COMMENT.

Adatlah di laman Insta.
Setiap kali dia makan, mesti dia upload.
Setiap kali dia beli barang baru, upload juga.
Setiap kali dia keluar, upload .

Tak kurang juga dengan teknologi kini, dengan fish eye dan sebagainya. Menambah menarik ketika upload gambar.

Baru-baru ni, trend pakaian semakin menarik. Paplumnya, wide shawlnya, hijabistanya.
Semua dia upload.

TETAPI,
Apa yang menarik sekarang adalah fashion Niqab dan Purdah. Dia sentiasa perhati bila niqabis upload gambar, mesti beribu LIKE dan COMMENT, terutama ustaz-ustaz laman sosial.

Dia mencuba untuk upload gambar berniqab dan memang ramai yang LIKE berbanding gambarnya yang biasa. Semenjak itu, caption si selfie adalah "niqabis part time" Hakikatnya, di luar, dia masih berpakaian seperti biasa. Menutup aurat tapi tidak sempurna tertutup.

Dia berasa gembira bila orang LIKE gambarnya, dan cinta akan seorang ustaz di laman sosial yang selalu COMMENT di gambarnya. Ustaz itu sentiasa chat dengan dia dan hampir setiap hari si selfie akan upload gambar baru. Ramai yang menegur si selfie kerana perubahannya ke arah yang lebih baik dan lebih ramai lelaki yang add si selfie di laman sosial.

Pernah sekali, ada seseorang hamba Allah menegur perbuatannya yang selalu selfie.
"Assalamu'alaikum si selfie. Maafkan saya menegur cuma saya nak tegur, kurangkanlah berselfie dengan niqab. Tajdid niat tu."

Si selfie hanya balas, "Biarlah, bukannya aku full time. Part time je. Nk cari yg soleh utk bimbing diri ini."

Ditakdirkan si selfie untuk hadir di satu majlis ilmu di tempat belajarnya. Tajuk ceramah adalah "Di Sebalik Lensa." Naqibah itu seorang yang berniqab dan majlis itu hanya untuk muslimat sahaja. Lalu, dia berkata kepada semua muslimat mengenai keburukan di sebalik selfie.

"Wahai semua adik yang ku sayangi, mesti semua tahu akan fenomena Selfie yang melanda kini bukan?" "Dengan makanannya, barangnya, dan semua lah. Tapi paling famous sekarang selfie di kalangan muslimat." "Tak kira lah yang bertudung labuhnya, berniqabnya dan semua. Semua yang bergelar wanita."

"Wahai bakal bidadari Syurga, sukakah kamu menjadi ratapan rakus kaum Adam dengan menayang gambar mu?" "Mungkin kamu akan kata yang aurat kamu sudah tertutup, tapi sempurnakah?" "Kalau sempurna, Alhamdulillah. Tapi, apakah kamu yakin kaum Adam tak mampu berimaginasi akan tubuh mu?" "Kamu tak mampu halang mereka daripada berimaginasi tapi kamu boleh halang diri dari mengupload gambar kamu." "Kamu marah orang save gambar kamu tapi mereka tak akan mampu untuk save kalau kamu sendiri tak upload gambar."

"Akak menegur kerana sayang, kerana akak dah pernah buat salah yang sama. Jangan ulang kesalahan akak. Berubahlah sayang."

"Terutama bagi mereka yang suka upload gambar berniqab sedangkan kamu bukan niqabis." "Kain itu adalah penutup pintu fitnah bagi kita dan jangan cemari dengan sifat suka selfie dan upload." "Ya, kamu dapat ramai followers dan like. Ya, alasan kamu berdakwah dengan berniqab. Bagus tp tak kena dengan caranya." "Mesti ramai ustaz laman sosial suka akan kamu tapi adakah itu niat anda? Tajdid niat, Lillahi ta'ala. "Sekarang, nak mencari niqabis yang sejati, bukan mereka yg ada di laman sosial, tapi mereka yang malu untuk pamerkan diri di laman sosial."

"Sebenarnya, diri muslimat kini semakin terhakis rasa malu di dalam diri. Bukan seperti muslimat di zaman dahulu." "Kenapa sekarang susah ada srikandi Islam? Muhasabah diri bersama. Pesanan buat diri akak juga."

"Seandainya tiada rasa malu dekat manusia, mana hilang rasa malu kepada Allah SWT?" "Wahai bidadari, jom kita berubah? Jom sempurnakan aurat kita, tak lupa juga solat kita. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT sentiasa."

Kata-kata naqibah amat memberi kesan kepada si selfie. Balik rumah, dia terus scroll gambar-gambarnya. Di delete satu demi satu gambarnya. Kemudian dia terbaca satu post di FB.

"Tak berasa kasihankah kamu pada saudara kamu yang tak mampu makan semewah kamu, membeli barang seperti kamu? Untuk apa tayang?" "Semua itu pinjaman. Seandainya riak muncul, lebih baik kamu buang semua. Astaghfirullah."

"Seandainya aurat kamu itu sudah ditegur, kamu sendiri yang menanggung dosa. Kata impikan syurga, tapi? Muhasabah."

Ibarat diri di tikam pedang seribu. Semua gambar si selfie di delete satu demi satu. Dalam hatinya berkata

" Allahu, masihkah ada ruang untuk ku bersujud bertaubat kepada Mu?" "Sesungguhnya, aku malu pada Mu, Ya rabb. Ampuni aku kerana hanyut dengan dunia."

Pesan si selfie kepada semua muslimat yang membaca kisahnya ini.

"Jangan ulang kesalahan yang dia dah lakukan. Ubahlah selagi sempat." "Nak selfie? Boleh tapi cuba jangan upload. Buat satu album untuk, suami. Baru sweet." "Kalau menjual barang muslimat, apa salahnya guna patung untuk peragakan jualan kamu."

Alhamdulillah, tamat sudah kisah Si Selfie. Semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya.

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos