April 27, 2014

Warnai Hidup

Posted by Lyla 1 comments

Berbuat baik sehebat dan seikhlas mana pun, pasti ada manusia yg membenci dan menuduhmu dengan kejahatan. .

Kerana itu, elakkan beramal kerana ingin menikmati pujian ataupun menjauhkan kata-kata manusia itu, tetapi jadikan ia kerana melaksanakan kata-kata Allah.... .

Teruslah menuju kehadapan sambil memastikan jalannya diredhai Allah dan RasulNya..... .
InShaaAllah...
 

Suri Keluarga (Rumahtangga) : Bukan kosong tanpa cita-cita

Posted by Lyla 1 comments
Titipan nukilan gambar dari ana,  seorang suri keluarga... ^^

Saya kagum pd isteri yg memilih utk menjadi suri keluarga/rumahtangga dan Sy sgt hormati isteri yg bekerjaya. Kedua2 nya ibadah, walau jalannya berbeza...Semoga Allah meredhai apa pun jalan yang dipilih...^^ .
.
Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni : Engkau akan dapatkan kebahagiaan di dalam rumahmu. Jagalah kemuliaanmu, ketenanganmu dan kesantunanmu dari perosak. Sesungguhnya wanita murahan adalah mereka yang sering keluar untuk ke pasar tanpa ada kepentingan. Mereka bertujuan agar tidak ketinggalan zaman dan mengikuti trend.
.
Mereka memasuki pusat-pusat perbelanjaan serta mencari segala sesuatu yang baru dan aneh yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan masalah agama, tidak sejajar dengan risalah dakwah dan tidak berhubungan dengan pengetahuan, ilmu dan kebudayaan. Dia hanya berfoya-foya dan bergaya hidup berlebihan dan yang diperhatikannya hanyalah makanan dan pakaian.
.
Maka, berhati-hatilah ketika meninggalkan rumah, sebab ia merupakan tempat tinggal yang menyenangkan, tempat yang penuh keamanan dan ketenangan. Dia adalah gua yang nyaman dan Kaabah yang aman bagi manusia. Maka, jadikanlah rumah anda sebagai tempat menyemai cinta dan titik-tolak dalam memberikan anugerah sedekah dan keberkatan..

Wanita, Muslimah atau Perempuan...

Posted by Lyla 1 comments

'Ber' Doodle

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum.

Alhamdulillah berpeluang update sedikit blog sunyi ini.Alhamdulillah berkesempatan dan dipermudahkan Allah ana belajar melukis doodle. Selama ini memberi masa utk mengambil masa mempelajarinya, subhanallah rupanya sangat mudah. Benarlah peribahasa, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. InShaaAllah selepas itu ana berazam akan melukis doodle2 yang bermanfaat buat sedikit perkongsian di laman sosial seperti IG dan FB.. Semoga usaha sedikit ini dinilai baik disisi Allah, agar tidak sia-sia ilmu yang sedikit ini. 


InShaaAllah akan ana post gambar-gambar dari IG ana ke blog ini, kerana penulisan panjang tidak lagi terdaya dek kesibukan yang panjang. 


Apapun nikmat ilmu yang Allah berikan, adalah rahmah dari Allah SWT, sedikit kelebihan atau kemampuan dari beberapa segi, adalah bertujuan digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga apapun daya, apapun ilmu kita gunakan sebaiknya, yang InShaaAllah membantu kita dan membantu orang lain, memberi manfaat buat orang lain ;


Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya :

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." 

(Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ke-3, Beirut, 1408H, no:3289) 


Allahumma Aamin.. 

InShaaAllah...

April 10, 2014

Saya juga seorang Mad'u

Posted by Lyla 1 comments
Antara editing yang sy kongsikan di acc Instagram saya.


Dakwah-lah dgn hikmah, kesabaran, kelembutan dan rendah diri, sungguh ia melahirkan apa yg ada dari hati....

Sy bkn ustazah, yg mampu berbahas hebat ttg ilmu Allah yg luas. Tapi sy sedar tugas menyampaikan dakwah tugas setiap muslim. Sy juga seorang mad'u, yg Allah beri sdikit masa dan kemampuan dlm editing, dan pd sy memasukkan gmbr2 di dlmnya adalah cara berkesan utk lebih sampai kata2 ke dlm hati, sperti hati ini sndiri. Sy dpt menceritakan ttg diri sendiri dalam masa yg sama tdk mensia2 kan ruang dakwah di dlmnya agar gmbr2 tersebut membawa manfaat kpd org lain. 

Sedikit perkongsian dan pengalaman suka duka hidup, yg sy mampu tinggalkan di dunia bila saya 'pergi' nanti, dan mungkin menjadi ingatan dan doa buat sy nanti. Di dlmnya terselit setiap keikhlasan dan kasih syg, gmbr2 insan di dalamnya dah setiap raut wajah berkait rpt dgn ayat2 yang ditulis di dalamnya, bukanlah sekadar tatapan kosong. Dari kejahilan dan kelemahan ini, mohon dimaafkan segala kekhilafan...

Allah SWT berfirman, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [Surah An-Nahl 16:125]

Kita mempunyai cara kita tersendiri, apa yg penting matlamat dan niat kerana Allah, mencari keredhaan Allah semata2, pemilik setiap hati manusia. Kita hanya mampu berusaha selagi mana cara kita tdk melanggar hukum Allah, cubalah dgn cara tersendiri, kreatif maupun puitis, selagi hikmah, kasih syg , kelembutan ada di dalamnya..

“Tidaklah ada kelembutan pada seseuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali akan menjelekkannya.” [HR Muslim]

InShaaAllah, semoga Allah menerima, meredhai setiap usaha dakwah kita yg akan membantu kita di akhirat nanti... (⌒-⌒; )

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos