October 30, 2015

Nak pegi usrah ke nak pegi photoshoot?

Posted by Lyla 0 comments
Kemas-kemas beg camera, charge bateri penuh2.
Dslr di sandang, action camera didakap,
Seronok katanya nak jumpa teman2...

"Ni nak pegi usrah ke nak pegi photoshoot...?"
Tanya suami tiba2.

"Betulkan niat syg, abg tengok skrg ni muslimat buat usrah & program sana sini, hadiri majlis ilmu, posing dan ambil gambar je yang lebih2,
Ilmu yang dibawa pulang dan manfaat yg boleh dikongsi semacam nombor dua malah ada yg kosong bila hadirnya mahu ditunjuk-tunjuk.
Bukankah segala amalan bergantung dgn niat..?" Sambung suami panjang...

Hmm, muhasabah diri si isteri, malu...

Sebelum ini mungkin tidak terfikir pun soal itu.
Syukur, atas peringatan yg pasti dtg dari Allah kerana sayang.. :')

Excited mahu jumpa teman2 dan bersilaturrahim, Jangan smpai lari niat utama.

20% Usrah @ Majlis Ilmu, 30% Makan & Borak,
60% Tangkap2 gambar ;
Sebab itu 'Ilmu' yg dibawa pulang kadang tidak berhasil pun menyegar iman dan tidak terkesan pun mendidik akhlak, yang ada cuma check in & gambar-gambar di upload sana sini...

Ampun ya Rabb,
Banyak sekali kelalaian dalam amal.
Moga tidak rugi dan sia-sia segala perjalanan...

Maaf teman2,
Bukan salah camera yang diminati tuannya,
Yang salah diri ini yang suka menekan punat 'capture' dan menyimpan memoir tak bertempat.

(Perkongsian dari Fb sy)

'High Maintenance' Muslimat

Posted by Lyla 0 comments
Seorang rakan meminta di'usha'kan calon isteri,
selepas di'kenen'kan senarai calon,

Ditelitinya latar belakang,lalu dia menolak beberapa orang dengan alasan;

" High maintenance muslimat... " katanya.

" Maksudmu..?" tanyaku kehairanan.

" Kuat melawa ; dari segi pakaian, perhiasan, makeup dan sebagainya.
Suka shopping dan berjimba-jimba. Ada pula kat fb / ig suka tunjuk Hp, handbag @ barang2 mahal yang diorang ade..." sambungnya.

Aku angguk tanda setuju,
" Tapi bukan lelaki suka isteri yg lawa2 ke... ?" soalku lagi.

" Memanglah suka yg lawa, tapi sebelum jadi isteri dah suka melawa sana sini, utk siapa...?
Sederhana, sopan dan berakhlak ; itu dah cukup lawa pada aku.
Aku tak kisah isteri nak shopping atau berseronok, tapi biarlah berpada-pada.
Nak beli barang mahal-mahal pun aku tak kisah, tapi aku tak suka bila beli je nak tunjuk. Bila bujang dah terbiasa kononnya lifestyle mewah, agak-agak dia nak tak bila aku ajak shopping kat uptown..? " leterennya panjang dan tegas.

Aku angguk, diam dan terkelu. Tidak sangka dari sisi pemikiran seorang lelaki ada yang sebegitu teliti.

"Itu pendapat aku je, aku cuma nak elak petanda jelas di depan mata.
aku yakin mereka perempuan yang baik-baik, cuma sedikit cela yang boleh dididik. Tapi antara perak dengan emas...? mestilah kita mahu yg emas bukan...?" Sambungnya lagi.

Senyum...
Menurutku, mungkin yg dimaksudkannya perak dan emas itu ;
kedua-duanya bernilai, tapi pasti mahu memilih yang terbaik.

Allah S.W.T berfirman,
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (an-Nur':26).
Kalam Allah Sebagai penutup bicara.

Muhasabah diri,
Agak-agaknya kita dinilai sebagai muslimat bagaimana...?

Jangan pernah lupa sisi penilaian yang lebih penting, yang tidak wajar kita ketepikan, yakni bagaimana penilaian Allah s.w.t. terhadap kita.
Utamakan yang lebih utama, Kerana itulah yang memberi kesan dalam etika kehidupan (gaya hidup).

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos