October 31, 2012

Sekarang

Posted by Lyla 4 comments
Assalamualaikum...

Sedang keletihan disudut masa, meneliti blog2 yang berlalu mencari sesuatu yang tidak berkesudahan, seketika berhenti sekejap mendengar Fiqh wanita Tv3.
Tesentak fikiran sekejap ingin menjenguk blog sendiri, lama rasanya tak menjenguk. Terbaca komen dari sahabiah yang menanti khabar terkini. Maafkan ana seketika menyepi dari berbicara, rentak kehidupan sekarang tidak mengizinkan. Sehingga kadang lupa berbulan melihat ini.



Alhamdulillah kini ana bahagia sentiasa insya`Allah disamping zauj, ilyas ismail. Menjadi isteri yang masih belajar dan mengurus suami. Sedar tak sedar lagi 2 minggu berakhir lagi sebuah perjalanan hidup sbg pelajar. Next week dah study week, nervous rasanya nak  menghadapi peperangan ini. Semoga semuanyan berjalan lancar. Amin...

Masih bertapak di shah alam, duduk bersama keluarga suami sekian lamanya, sudah setahun lebih usia perkahwinan, rasa baru seminggu lepas di ijab kabulkan. Masih berdua setia sekeluarga, masih belum Allah izinkan punya zuriat sendiri, Mungkin belum masanya, mungkin kami belum cukup bersedia, Allah lebih tahu bila masanya sesuai, ana dan zauj setia menanti masanya. Jujur lahir dari perasaan, kadang rasa sunyi bila berdua dgn suami, rindu rasanya ingin mendengar tangisan bayi, rasanya mendukung bayi. Tiada anak kecil di rumah ini, jarang sekali dapat bermain dengan anak kecil, bila melihat bayi kecil, betapa keinginan mendukung bayi sendiri terasa membuak, lantas sekalipun doa mengiringi, semoga masa itu semakin dekat.
Ya Allah, takut sekali hati ini merasa tidak redha akan rencanaya, semoga hati terus tabah menjalani hari-hari ini dan seterusnya. Insya`Allah... Sesekali mungkin kita fikir kita sudah cukup bersedia, Allah lebih tahu kan.. :)

Ya Allah, bersyukurnya hamba dikau hadirkan suami sepertinya, Suami yang memahami dan sentisa mengharap yang terbaik dari isterinya dan untuk isterinya. Walaupun sekarang masih banyak kelemahan sebagai isteri, dengan banyak kekangan yang mempengaruhi banyak hal, masih banyak yang harus dipelajari. Tidak sabar ingin memulakan semuanya kembali, semoga selepas hidup berdua bersama suami, semuanya lebih mudah, untuk tugas ini dimanfaatkan sepenuhnya, apatah lagi sebagai suri rumah sepenuh masa kelak, insya`Allah...  berkata soal suri rumah, bermain difikiran tentang perihal memilih bidang ini. Seringkali menerima pertanyaan tentang hendak berkerja `Apa` selepas ini. Dengan yakin sekali ana menjawab nak jadi suri rumah sahaja, kalau berkerja pun, beniaga dari rumah. Perhatian sepenuhnya ana ingin pada keluarga kelak, sungguh suri rumah ini juga satu bidang, yang gajinya sangat lumayan, berbanding pekerjaan yang ada didunia ini. Dapatnya pahala tdk terhingginga kan...tak putus-putus pula...

Jauh sekali cara berfikir orang di kawasan bandar, mendengar ayat `Suami isteri tak kerja tak boleh survive`, `Tak keja isteri tak boleh hidup`, `Gaji setakat 2000 susah nak hidup`.. macam-macam lagilah... Jujur dihati merasa sedih, kenapa mereka lupa yang rezeki Allah bagi sentiasa cukup. Berlatar belakang dari keluarga sederhana, dari negeri sederhana , ana melihat ramai mereka yang hidup susah, bisa hidup dengan gaji suami, isteri suri rumah dan anak ramai, tapi mampu bahagia dan hidup tenang. Apa bezanya hidup di bandar atau tidak, Rezeki semua datangnya dari Allah...  Apa gunanya makanan banyak tapi tidak kenyang, rumah mewah tapi tidur tak lena, kereta banyak tapi berjalan tak gembira. Sungguh benarlah dengan kemewahan adalah ujian yang lebih susah.....

Bila kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah beri, dan semua datangnya dari Allah, pasti hidup yang dilalui merasa bahagia... Ana dibesarkan di keluarga sederhana, ingat lagi masa kecil pernah gaji bapa` hanya RM300.00, tapi boleh membesarkan 7org anak. Mak pula suri rumah..  Emak tidak pernah memanjakan kami dengan wang ringgit, cuma disiplin dan perhatian yang rapi..... Rumah tidak seberapa, Walaupun makan tidak semewahnya, kami tetap kenyang, sedikit makanan pun tidak pernah dibuang... . Nasi berbutir menjadi makanan ayam.. Sudah rezeki sang ayam kan..Malah sedikit pun kami tidak pernah persoalkan dengan apa yang kami ada. Rindunya kehidupan lalu, bersyukur kerana Allah beri peluang itu.. Ana kagum dengan mereka yang lebih susah, kerana mampu bahagia dengan sedikit. Sungguh Nikmat susah itu lebih indah ....

Persekiran boleh mengubah kita, dari cara berfikir hingga kesemua segi cara, Dikelilingi mereka yang berpelajaran tinggi, mewah dengan segala macam segi mengajarkan diri ini lebih mengerti akan erti syukur. Ana melihat segelintir manusia memberi layanan kepada manusia lain berdasarkan pangkat, status dan harta, sedih melihat warga tua berkerja sebagai pembersih, orang yang susah, tdk bekerja, tdk berbelajaran tingi dilayan remeh, sinis malah dipandang hina. Manusia yang baik, tidak kira seseorang itu bekerja sebagai apa, apa status hartanya, selagi dia warga tua, tetap merasa hormat akan dia..! begitu ana tegaskan selalu...

Bukan pula diri menuding sesuka hati, sungguh ana sendiri menerima senasib itu, merasa diperlekeh malah menerima layanan dingin kadang kalinya kerasa status itu. Biarlah saja mereka manusia seperti ini, jangan hanyut seperti mereka yang menjadi pada hamba dunia ini... Ingatlah Allah hadirkan semuanya sebagai ujian, sungguh itulah tujuan kita dihadirkan sejak Adam dan Hawa diciptakan. Akan diuji hingga akhirnya...

Jauh sudah berpaling kata, walaupaun semua itu bertepis dalam kehidupan ini, suri rumah adalah pekerjaan terbaik bagiku, melihat anak membesar dihadapan mata, suasana jauh dari dosa di luar sana, yang ada cuma bermain difikiran untuk memantapkan institusi rumah tangga , bukan cuma kerja... itulah pilihanku. Titik...

Apa guna wanita berpelajaran tinggi, kerja tinggi2 tapi jadi hamba dunia..ada agama tapi tidak beragama.. Mengaku islam tapi tidak ikut islam, mengaku islam tapi tolak hukum islam... hilang arah tuju jehidupan sebenar, alpha dengan kehendak nafsunya sendiri, lalu tertawalah syaitan yang mengumpul teman di nereka jahanam kelak...

Jika benar kau  merasa kau islam itu benar-benar islam, patuhilah apa agama suruh, bermula perkara paling mudah sekali Allah SWT perintah, iaitu TUTUP AURAT DENGAN BETUL, kemudian SOLAT dan seterusnya.. kalau yang semudah itu pun pun kau tak mampu patuhi.. SHAME on you .. tak gunalah belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, punya kerjaya hebat, mewah hidup, duit byk, muka cantik,  kalau yang mudah tu tak boleh kau patuhi...  SHAME ON YOU



Astagfirullah.. terasa sedikit emosi, ya Allah semoga perasaan marah ini kerana benci akan perkara keji... benci akan perkara maksiat ..benci akan kemungkaran...  bukan pula prasangka buruk, agar diri ini sentiasa terjaga dan terhindar dari lalai dan jauh dari kesesatan, Semoga Allah memberikan kita petunjuk jalan yang lurus dalam segala hal yang kita hadapi. Termasuk arah tuju hidup kita...

Apa pun yang kita lalui saat ini, moga terus terjaga dan tersentak dari kealphaan. Jika Entri ni tertuding kalian, baguslah mungkin, jika hati itu masih hidup, pasti terasa, kalau hati yang mati, pasti sudah teguran ini dilewati begitu sahaja...

Sahabat pembaca sekalian, kehidupan ini bermula dan sekembali kita pada Allah semata-mata, tidak guna kesenangan dunia ini kalau kita lupa pada Allah SWT. Apa pun hidup kita lalui saat ini, tidak pernah lewat untuk kita betulkan niat dan cara kita berfikir dalam apa-apa hal... Jika masih hidup kita sekarang, selagi mata ada nafas dihembus, Allah sebenarnya masih beri peluang sentiasa untuk kita kembali pada Dia.. malah setiap saat, yakinlah...  kalau rasa susah, perlahan-lahan lah selangkah demi selangkah, semoga Allah memberi hidayah untuk kita, dan menerangi jalan-jalan kebaikan, jalan-jalan kebenaran ...

sungguh demi Allah , ana hormat  pada wanita bekerjaya yang sentiasa di jalan Allah... tapi simpati ana pada yang sebaliknya. Semoga kita sentiasa diperingati.... amin ya rabbal alamin.. T_T

October 26, 2012

Menuju Ke kampung Akhirat

Posted by Lyla 0 comments

RENUNGAN UNTUK PEDOMAN MENUJU KE KAMPUNG AKHIRAT
walau bagaimana besar sekalipun darjatmu didunia ini, satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.



sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.



walau banyakmanapun ketawamu di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.



sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.



walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.



walau banyak mana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.



walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di hina di dalam perut bumi.



walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan keseorangan dalam perut bumi.

10 ALASAN POPULAR YANG ENGGAN WANITA MENUTUP AURAT

Posted by Lyla 0 comments

10 ALASAN POPULAR YANG ENGGAN WANITA MENUTUP AURAT


1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!
sumber : http://www.mamat.my

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos