December 15, 2015

Niqab dan Isu yang tidak pernah basi

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum.

Disepertiga malam, tekun membaca satu penulisan ilmuan, soal isu yang tampaknya tidak pernah habis.
Niqabis itu dan ini. Malangnya di ruangan komentar, yang dirasakan hanya kebencian dan permusuhan, yang ada banyak cuma cercaan dan dokongan yang tidak sudah. Solusi masih samar sejak dulu tiada kelihatan.

"Kasihan Niqabi..." Bisikku perlahan, merenung jauh sepanjang jalan bersama pakaian ini, air mata mulai hening di kelopak mata. Bukan kerana sakit akan tomahan, tapi merenung bibit sukar dan sakit sepanjang memakainya. Hanya yang bergelar niqabi sahaja yang memahami, bukan mudah melalui jalan itu. Kasihan pada anak muda, yang mula mempelajari, menyintainya, takut dan gentar akhirnya dek kebingungan dan kekeliruan yang dilemparkan sesama ilmuan sendiri. Sepatutnya, jika terlihat salah, kita menghulur tangan membantu, ajarkan yang tampak silap, bukan terus-terusan mencerca seolah niqab itu bom tangan yang hanya bakal memusnahkan fitrah pemakainya...


Kelopak Air mata mulai kering, tidak jadi memperlihatkan diri.
Ada kekuatan yang mulai lahir, jika banyak tangan yang mengusir, jika banyak mulut yang mengherdik, biarlah diri yang hina ini menjadi tangan dan mulut yang memanggil... " Kita masih ada peluang, kerana Allah tetap sayang...."




Kita sama-sama pendosa, jika kita fahami hakikat itu, kita tidak akan rela terus-terusan menjadi semacam tuhan yang suka memberi murka dan hukuman.





















Perkongsian di fb ini saya kongsikan ;
Kasihan niqabi, dengan isu yang nampaknya tidak pernah basi.
Patutlah makin hari makin ramai sahabat mengambil keputusan membuka niqab, "Masih belum kuat" kata sekalian adinda. Diri yang hampir 6 tahun menyarungnya saja lahir tanda tanya, sampai kapan mampu bertahan.

Tomahan dan kritikan tak sudah, dari satu isu ke satu isu. Dari isu warna baju hingga isu upload gambar.
Walaupun bukan 'direct' pada individu, tapi sebagai niqabi umumnya, yang pasti tempiasnya tercalit pada semua.

Muslimah yang baru belajar mempelajari dan menyintainya, namun pakaian itu disentap dari mereka. Takut dan gentar dek kebingungan dan kekeliruan yang dilemparkan sesama ilmuan sendiri. 
Sepatutnya, bersatu memberi bantuan agar mereka istiqamah memakainya bukan memaksa mereka membukanya; ajarkanlah yang tampak silap, bukan terus-terusan menjatuhkan & mencerca seolah niqab itu bom tangan yang hanya bakal memusnahkan fitrah pemakainya... 

Akhirnya niqab itu tercabut jatuh bersama air mata, peliknya senyap sunyi sudah 'singa2' yang menerkam pada mulanya. 

Adakah seluruh wanita berniqab yg tidak sedap dipandangan matamu, mencabut niqabnya baru lahir kepuasan hatimu..?

Terkaman hebat sana sini, kata itu fitnah ini fitnah, sedangkan yg menyebar dan meluas fitnah itu mereka sendiri. Yang kecil diperbesarkan, yang dingin diperhangatkan. Sibuk dan lantang sentap menyentap, keluar hujah ilmu dan fakta, tapi tidak pun membantu mahupun menyediakan solusi...!
Yang ada cuma celaan dan hujah berbalas tubi.

Wanita ini bukankah lembut lahirnya...?
Jika rasa tahu, ajarilah bukan diejek
Jika rasa tersimpang, ajak lah bukan diusir,
Jika rasa ada ilmu, didik lah bukan mengherdik.

Jangan terus dimusuhi tanpa cuba memahami...
Rasulullah sendiri mendoakan musuhnya,
kenapa kita tega menzalimi saudara sendiri?

Bukankah wanita itu umpama tulang rusuk, sekirannya engkau berusaha membetulkannya (dengan kasar) ia akan patah. Sekiranya engkau membiarkannya, ia akan berterusan bengkok atau bertambah bengkok. 
(HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

" Umpamakan begini...
Seseorang datang bertemu mu membawa teguran dengan menjerit-jerit sambil mengherdik dan menghinamu, tangannya pula membalingmu batu kerikil yang tajam. Pasti dikau akan amuk, marah, memberontak atau membalasnya bukan...?
Jika di situasi itu perempuan, mungkin saja dia lari menangis dan bakal membencimu, jangan kata baling batu, kata2 sinis saja bisa membuatkannya dendam seumur hidup kepadamu...! "

Begitulah dalam teguran dan nasihat mahupun yang dipanggil dakwah. Biar bijak membawa kata. Bukan semua malah hanya sebahagian kecil yang mampu menghadam teguran sekeras itu. Pada akhirnya, masalah atau isu itu tidak pun mempelihatkan keberhasilannya, malah yang terdidik hanyalah api kebencian dan permusuhan yang tak sudah.

Jika makian dan hinaan diolah sebagai nasihat, 
Tidak peliklah jika hanya pemberontakan yang bakal diterima, lebih2 lagi dari akal yang 1 dikelilingi 9 nafsu.

Ketahuilah, 
Disebalik insan yang berniqab itu, 
Ada hati yang sedang bermujahadah melawan nafsu yang meronta hendakkan dunia.
Ada jiwa yang bergelut untuk istiqamah berselindung, dari bisikan syaitan yang merayu menuruti dosa, malah makin dasyat dan licik langkahnya mengotori niqab yang asalnya suci itu..
Tidak hairanlah jika sesekali terlihat kepincangan dari pemakainya. Jangan dilihat kesilapan seseorang seperti keaiban & dosa yang amat besar, sehingga merasa murka kepada pelaku seperti tuhan, padahal kita juga melakukan dosa dan keaiban, cuma dalam bentuk yang tidak sama. Tapi Allah masih menutupnya dari penglihatan orang lain.

Hari ini, tika kita seronok menyebut2 kesilapan dan kejahilan orang, jangan sesekali lupa Allah Maha Pengampun, Maha Menerima Taubat. 
Kita tidak tahu kedudukan kita disisi Allah, yang kita hina-hinakan mungkin lebih tinggi kedudukannya. Malah, kita sendiri belum tahu, solat kita diterima atau tidak...

Jika kita x mampu mengubah dengan baik atau tidak mampu menyediakan solusi dalam sesuatu perkara, just please don't make it worse. Jika dicari cara hikmah tidak ketemu, mafkan dan doakan, bukakah itu lebih baik dari melayan tindakan api amarahmu...

Kata-kata ini, akan dihadapkan di hadapan Allah kelak, akan ditanya dan dipertanggungjawabkan.
Begitu juga seluruh bait tulisan & katamu pada insan, apatahlah yang sudah disakiti. Bukan mahu turut menyakiti, tapi ajak bermuhasabah hakikat kita hanya hamba dan pendosa tegar.

Ayuh betulkan persepsi ;

"Pakai purdah tidak boleh upload2 gambar selfie dan menggoda."
"Pakai purdah tidak boleh pakai blink2 @ warna terang2."
"Pakai purdah mesti tudung labuh, baju x boleh ikut body."
"Pakai purdah mana boleh tabarruj."
"Pakai purdah mesti jaga ikhtlat, pergaulan."
"Pakai purdah mesti jaga sifat malu."
"Pakai purdah mesti sopan santun jaga akhlak."
"Pakai purdah mesti bersederhana...!"
"Pakai purdah mesti ada ilmu...!"

Eh!

- Tidak boleh upload2 gmbr selfie dan menggoda,
- Pakaian tidak menonjol, 
- Tudung dilabuhkan dan tak ikut bentuk tubuh,
- Tidak tabarruj,
- Jaga pergaulan,
- Jaga sifat malu,
- Sopan, Jaga adab dan akhlak,
- Bersederhana,
- Tuntut Ilmu...

Suruhan itu bukan bila pakai purdah atau yang bertudung labuh saja...!
Tapi tuntutan itu pada SEMUA yang namanya perempuan @ wanita @ muslimah.
Mengakui "aku seorang wanita beragama islam",
Tuntutan itu WAJIB berusaha dipatuhi...!

Niqab di akhir zaman ini ;
Bukan dipakai kerana pemakai itu rasa suci atau baik,
Tapi kerana merasakan dirinya adalah pendosa tegar, yang mengejar kasih dan merayu ampun tuhannya.
Bukan dipakai kerana mereka kuat atau hebat,
Hakikatnya, merekalah wanita paling lemah, berselindung di balik kain dari kejahatan dunia yang semakin tua. 
Hakikatnya, jangan pandang niqabi seperti bidadari seolah tidak boleh melakukan khilaf, tapi pandanglah mereka seperti dirimu sendiri, jatuh tersadung berulang kali dalam berjuang menuju Allah... Yang pasti peluang sentiasa ada InShaaAllah... :')

Apa pun bentuk pakaian atau penampilan,
Itu bukan tiket apatah lagi satu jaminan.
Itu hanya satu bentuk usaha dalam banyak usaha lainnya. Purdah itu satu pilihan dalam banyak pilihan lainnya, hormati pilihan orang lain, sejauh mana mahu orang lain menghormati pilihan kita.

Tidak guna saling terus bertelagah, pada akhirnya kita sama-sama mahukan kebaikan juga. Jangan mencari musuh, kerana pasti diakhirat yang kita harap-harapkan bukan musuh tapi sahabat jua...

Saling sayang, ajak dan seru pada kebaikan dengan kebaikan, dunia sudah sangat penuh dengan kekejaman, kekerasan dan penghinaan, sudah-sudahlah mendidiknya dan membawanya ke dalam masyarakat...

Ayuh tanya pada hati yang paling dalam ;
Biarkan Iman yang menjawabnya...

"Purdah ini dipakai untuk siapa...?"

Bukan itu saja... 

Mari semua tanya pada diri ;

"Seluruh pakaian ditubuhku ini, 
Baju ini, serban @ tudung ini utk siapa...?"

Tanya kan lagi...

"Aku hidup untuk siapa...???"

Jangan culas mencari jawapan, kerana imanmu akui jawapannya... ALLAH TAHU... :')

Semoga Allah memberi ampun pada kita hamba-Nya yang sering menyakiti hamba-Nya yang lain.. Aamin

#MohonMaaf #RaihlahPendapatku #DenganIzinAllah #JomMuhasabah #TajdidNiat #AllahTahu

October 30, 2015

Nak pegi usrah ke nak pegi photoshoot?

Posted by Lyla 0 comments
Kemas-kemas beg camera, charge bateri penuh2.
Dslr di sandang, action camera didakap,
Seronok katanya nak jumpa teman2...

"Ni nak pegi usrah ke nak pegi photoshoot...?"
Tanya suami tiba2.

"Betulkan niat syg, abg tengok skrg ni muslimat buat usrah & program sana sini, hadiri majlis ilmu, posing dan ambil gambar je yang lebih2,
Ilmu yang dibawa pulang dan manfaat yg boleh dikongsi semacam nombor dua malah ada yg kosong bila hadirnya mahu ditunjuk-tunjuk.
Bukankah segala amalan bergantung dgn niat..?" Sambung suami panjang...

Hmm, muhasabah diri si isteri, malu...

Sebelum ini mungkin tidak terfikir pun soal itu.
Syukur, atas peringatan yg pasti dtg dari Allah kerana sayang.. :')

Excited mahu jumpa teman2 dan bersilaturrahim, Jangan smpai lari niat utama.

20% Usrah @ Majlis Ilmu, 30% Makan & Borak,
60% Tangkap2 gambar ;
Sebab itu 'Ilmu' yg dibawa pulang kadang tidak berhasil pun menyegar iman dan tidak terkesan pun mendidik akhlak, yang ada cuma check in & gambar-gambar di upload sana sini...

Ampun ya Rabb,
Banyak sekali kelalaian dalam amal.
Moga tidak rugi dan sia-sia segala perjalanan...

Maaf teman2,
Bukan salah camera yang diminati tuannya,
Yang salah diri ini yang suka menekan punat 'capture' dan menyimpan memoir tak bertempat.

(Perkongsian dari Fb sy)

'High Maintenance' Muslimat

Posted by Lyla 0 comments
Seorang rakan meminta di'usha'kan calon isteri,
selepas di'kenen'kan senarai calon,

Ditelitinya latar belakang,lalu dia menolak beberapa orang dengan alasan;

" High maintenance muslimat... " katanya.

" Maksudmu..?" tanyaku kehairanan.

" Kuat melawa ; dari segi pakaian, perhiasan, makeup dan sebagainya.
Suka shopping dan berjimba-jimba. Ada pula kat fb / ig suka tunjuk Hp, handbag @ barang2 mahal yang diorang ade..." sambungnya.

Aku angguk tanda setuju,
" Tapi bukan lelaki suka isteri yg lawa2 ke... ?" soalku lagi.

" Memanglah suka yg lawa, tapi sebelum jadi isteri dah suka melawa sana sini, utk siapa...?
Sederhana, sopan dan berakhlak ; itu dah cukup lawa pada aku.
Aku tak kisah isteri nak shopping atau berseronok, tapi biarlah berpada-pada.
Nak beli barang mahal-mahal pun aku tak kisah, tapi aku tak suka bila beli je nak tunjuk. Bila bujang dah terbiasa kononnya lifestyle mewah, agak-agak dia nak tak bila aku ajak shopping kat uptown..? " leterennya panjang dan tegas.

Aku angguk, diam dan terkelu. Tidak sangka dari sisi pemikiran seorang lelaki ada yang sebegitu teliti.

"Itu pendapat aku je, aku cuma nak elak petanda jelas di depan mata.
aku yakin mereka perempuan yang baik-baik, cuma sedikit cela yang boleh dididik. Tapi antara perak dengan emas...? mestilah kita mahu yg emas bukan...?" Sambungnya lagi.

Senyum...
Menurutku, mungkin yg dimaksudkannya perak dan emas itu ;
kedua-duanya bernilai, tapi pasti mahu memilih yang terbaik.

Allah S.W.T berfirman,
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (an-Nur':26).
Kalam Allah Sebagai penutup bicara.

Muhasabah diri,
Agak-agaknya kita dinilai sebagai muslimat bagaimana...?

Jangan pernah lupa sisi penilaian yang lebih penting, yang tidak wajar kita ketepikan, yakni bagaimana penilaian Allah s.w.t. terhadap kita.
Utamakan yang lebih utama, Kerana itulah yang memberi kesan dalam etika kehidupan (gaya hidup).

August 27, 2015

Tiada yang mustahil bagi Allah SWT

Posted by Lyla 0 comments
Otaknya mati sejak 15 tahun yg lalu..
Kisah benar yg sangat memberi kesan..


Seorang wanita warga saudi menceritakan kisah suaminya yg mati otak sejak 15 tahun yg lalu..katanya:

"Suamiku asalnya seorang pemuda yg periang, bersemangat, cergas, segak, sasa, berpegangan agama, berakhlak dan berbakti kpd kedua orang tuanya..dia mengahwiniku pd tahun 1390 H dan aku tinggal bersamanya di rumah ayahnya sebagaimana adat kebiasaan keluarga org saudi..
Melihat kebaktiannya kpd kedua ibu bapanya, aku mula rasa takjub dgnnya dan aku bersyukur kpd Allah krn menjodohkanku dgn suami ini..Kami dikurniakan seorng ank perempuan setelah setahun perkahwinan kami berlangsung..kemudian tempat kerjanya berpindah ke daerah timur..Dia berulang alik ke tempat kerjanya selang seminggu..seminggu di sana dan seminggu bersama kami..sehingga ia berlangsung selama tiga tahun, manakala anak perempuan kami sudah berumur 4 tahun..
Tanggal 9 Ramadan 1395 H, ketika dlm perjalanan pulang ke kediaman kami di Riyadh, beliau terlibat dlm kemalangan jlnraya..ekoran itu beliau dimasukkan ke hospital dlm keadaan tidak sedarkan diri..Para doktor pakar yg merawatnya mengisytiharkan keadaannya sebagai 'mati otak' kerana kerosakan saraf otaknya pd kadar 95%..
Peristiwa itu sangat menyedihkan kami, terutamanya bagi kedua ibubapanya yg telah lanjut usia..Menambahkan lagi keperitanku, pertanyaan oleh anak kami Asma' tentang ayahnya yg sangat dirinduinya, lebih-lebih lagi dia telah menjanjikannya permainan yg disukainya..Kami bergilir-gilir menziarahinya setiap hari..sedangkan keadaannya tidak berubah sedikitpun..
Setelah 5 tahun masa berlalu..ada yg menasihatiku supaya menuntut cerai darinya melalui mahkamah, ats alasan penyakitnya itu tiada lagi harapan sembuh..bahkan sebahagian ulama telah memberi fatwa kpdku hukum keharusan cerai dlm keadaan kesihatan yg sebegitu..Namun, aku menolak sepenuhnya idea itu, bahkan aku tidak akn sekali2 menuntut cerai selagi dia masih ada di ats muka bumi ini, sama ada dia dikebumikan sama seperti si mati yg lain atau mereka biarkan saja dia bersamaku sehingga Allah melakukan apa yg dikehendakinya..
Sebaliknya tumpuanku terarah kpd ank perempuanku yg masih kecil..aku masukkannya ke sekolah tahfiz al-Quran..sehingga dia hafaz keseluruhan al-Quran sebelum umurnya melewati 10 tahun..Selepas itu, aku memberitahunya berkenaan hal ayahnya..dan dia tidak lekang mengingatinya..kadangkala dia menangis dan kadangkala dia diam membisu...Anak perempuanku seorang yg berpegangan agama..dia solat setiap fardu pd masanya..dia bangun solat di akhir malam, sedangkan dia belum berumur 7 tahun..
Aku bersyukur kpd Allah krn memberi hidayah kpdku utk mentarbiahnya seperti al-marhumah neneknya yg sangat akrab dgnya, juga seperti al-marhum datuknya..Dia mengikutiku menziarahi ayahnya dan dia membaca al-quran kpdnya dari semasa ke semasa..bahkan dia bersedekah bagi pihaknya..
Suatu hari pd tahun 1410 H. dia berkata kpdku: "Wahai ibuku! biarkanlah aku tidur di sisi ayahku pd mlm ini"..aku menerima permintaannya walaupun dalam keadaan teragak-agak.
Kemudian, anakku ceritakan kpdku (apa yg berlaku ke atas dirinya):
"Aku duduk di sisi ayahku sambil membaca surah al-Baqarah sehingga khatam, kemudian aku rasa mengantuk lalu tertidur..aku bermimpi seolah-olah satu senyuman melewati kehidupanku, justeru aku merasa tenang dgn keadaan itu..aku tersedar dari tidurku, lalu aku mengambil wuduk dan bersolat..ma sya Allah tanpa henti..tetapi aku tertidur semula di tempat solatku..
tiba2 ada seseorang berkata kpdku: "Bangunlah..apakah wajar kamu tidur, sedangkan Tuhan yg Maha Pemurah sentiasa jaga? Adakah wajar, sedangkan sekarang waktu penerimaan yg Allah tidak menolak permintaan hambanya?
Kemudian aku terjaga, terasa seolah-olah ada sesuatu yg hilang dariku..lalu aku angkat kedua tanganku, sambil melihat kpd ayahku, sedang air mataku berlinangan..aku berdoa:
"Wahai Tuhanku! wahai Tuhan yg Maha Hidup! wahai Tuhan yg Maha Berdiri! wahai Tuhan yg Maha Agong! wahai Tuhan yg Maha Perkasa! wahai Tuhan yg Maha Besar! wahai Tuhan yg Maha Tinggi! wahai Tuhan yg Maha Pemurah! wahai Tuhan yg Maha Penyayang..
Ayahku ini seorang hamba dari sekelian hamba-Mu..dia telah ditimpa kesusahan, namun kami tetap bersabar, tetap bersyukur dan tetap beriman dgn segala ketentuan-Mu terhadapnya..
Ya Allah! sesungguhnya dia berada di bawah rahmat dan kehendak-Mu..ya Allah! Engkau telah sembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya, Engkau juga telah kembalikan Nabi Musa kpd bondanya, Engkau juga telah selamatkan Nabi Yunus dlm perut ikan, Engkau juga telah tukar api menjadi sejuk dan selamat utk Nabi Ibrahim..
Sembuhkanlah ayahku drpd penyakit yg menimpanya..ya Allah! mereka dakwa tiada lagi harapan sembuh baginya..Ya Allah! engkau memiliki segala kekuasaan dan keagongan..maka kasihanilah dia dan sembuhkanlah penyakitnya..
Mataku rasa mengantuk..lalu aku tertidur sebelum terbit fajar..tiba2 terdengar suara perlahan membisikku: "Siapa kamu? apa kamu buat di sini? Lalu aku bangkit disebabkan suara itu..aku pandang ke kiri dan ke kanan tapi tiada sesiapa..kemudian suara itu berulang lagi..rupa2nya ia suara ayahku..justeru tanpa berlengah lagi, aku terus bangkit dan memeluknya dgn gembira...tetapi dia menjauhiku..sambil beristighfar dia berkata: "Bertaqwalah kamu kpd Allah..kamu tidak halal bagiku". Pantas aku menjawabnya: "Aku Asma', anakmu". Lalu dia terdiam..
Aku keluar memberitahu para doktor..sebaik mereka tiba mereka terkejut melihatnya..seorang doktor warga Amerika yg tidak fasih bahasa arab berkata: "Subhanallah!, manakala seorang lagi doktor warga mesir berkata: "Maha Suci Tuhan yg menghidupkan semula tulang temulang yg hancur"..manakala ayahku tidak tahu apa2 pun yg berlaku..sehinggalah kami memberitahunya hal itu..lalu dia menangis seraya berkata:
"Hanya Allah sebaik2 penjaga dan Dialah yg menjaga para solihin, demi Allah, aku tidak ingat apa2, cuma sebelum kemalangan itu berlaku aku niat ingin berhenti utk solat sunat duha..kemudian aku tak ingat lagi, sama ada aku solat atau tidak".
(Menyambung ceritanya) Si Isteri berkata: "Akhirnya Abu Asma' kembali ke pangkuan kami, sebagaimana aku harapkan..umurnya telah hampir 46 tahun..bersamanya, aku dikurniakan seorang lagi anak lelaki..segala puji bagi Allah..sekarang umurnya dua tahun dan sudah boleh merangkak..
Maha suci Allah yg telah mengembalikannya kpdku setelah 15 tahun berlalu..Dialah (Tuhan) yg menjaga anak perempuannya untuknya..Dialah jua (Tuhan) yg memberi hidayah kpdku untuk tetap setia dgnnya dan berlaku jujur terhadapnya meskipun dlm keadaan dia telah hilang dari dunia..
Oleh itu, janganlah sekali2 kamu abaikan doa..sesiapa yg menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaganya..dan jgnlah kamu abaikan kebaktian terhadap kedua ibubapamu..ketahuilah bhw di Tangan Allah jualah pengurusan dan penentuan segala perkara..tiada sesiapa pun selain-Nya yg melakukan semua itu.."
Kisah ini untuk pengajaran
Melaluinya, mudah mudahan Allah memberi manfaat bagi org yg berada dlm kesukaran atau ditimpa malapetaka besar atau tertutup baginya pintu penyelesaian atau terputus darinya jalan keselamatan..lalu dia ketuk pintu langit dgn doanya sambil meyakini pemakbulan oleh-Nya..justeru jgnlah berputus asa..selagi Tuhan kamu itu ialah Allah..hantarkan saja segala doa dan balutkanlah ia dgn sangkaan baik terhadap-Nya yg Maha Suci..kemudian yakinlah dgn hampirnya saat kejayaan dan kemakbulan..dan akhir doa kita ialah (pengakuan) bhw segala puji bagi Allah.

(Sumber : FB)

August 21, 2015

Kalau begitu, Aku lebih jijik

Posted by Lyla 0 comments
KISAH : Borak antara sahabat 
Kelihatan dari jauh sahabatku Fatimah di meja kelas sedang mengulang kaji pelajaran bersama sahabat lain. Namun dia hanya tunduk termenung dan wajahnya gusar. Dia sepi hari ini, tidak macam selalu.

Aq yang lahir pertanyaan datang mendekatinya.

"Are u ok? Diam je..."

"Mcm ni.... masa sy baru balik dr mall bersendirian tadi, Ada seorang perempuan melayu x tutup aurat dgn seorang lelaki. Dia lalu tepi sy dan kata 'eeuwwww' dgn pandangan sinis dan jijik. Sy tersentak, rasa pelik apa yg tidak kena, sy sekadar memakai niqab dgn pakaian serba hitam... 

Mula-mula sy nak rasa sedih, tapi bila difikirkan...
Andai saja dosa dan aib sy ni kelihatan, siapapun pasti akan jijik memandang sy. Bukan sekadar 'ewww',  boleh jadi ludah sy terima...

Mungkin... sy perlu lebih kerap &  ikhlas dlm muhasabah...." 

Sumber gambar dari internet
Ceritanya ringkas lalu kembali termenung panjang... Kelihatan air matanya bergelinang tetapi tidak jatuh.

Aku terdiam malu, kalau aku disakiti begitu pasti aku melenting dan geram tak sudah. Tapi dia boleh menerima itu sebagai ibrah... 

Dia yang banyak beribadat, masih malu akan keadaan dirinya. Sedangkan aku yang baru dalam hijrah mudah merasa suci dan meninggi diri. Maka aku jauh lebih jijik, sudah berulat dan mulai reput barangkali. Muhasabah saja tidak memadai, tapi perlu taubat berulang-ulang kali... :'(

Benarlah kata2 ini ;  andai saja seseorang sedar dia hamba Allah,  merasa berdosa dan penuh keaiban, pasti dia tidak rela sedikit pun untuk meninggi diri apa lagi menyakiti... 

"Terima kasih..." Ucapku menahan sebak sambil mencapai tanganya...

August 10, 2015

Hati yang dilukai juga sering melukai...

Posted by Lyla 0 comments

Daripada kebencian seseorang kita belajar membetulkan kesalahan dan memperbaiki kelemahan...

Daripada kasih sayang seseorang kita belajar membina keyakinan dan kekuatan diri...

Syukurlah, jika masih ada yang membenci dan menyayangi, 
itu petanda Allah sedang mendidik mu melalui musuh dan sahabat mu...

Bukan utk melemahkan, tapi untuk menjadi hamba yg lebih baik...

Ada masanya jalan sudah lurus tetapi langkah kita yg bengkang bengkok kerana hati tidak tulus...

Allah... tuluskan hati kami yg kotor ini.... cry emoticon

Aamin..

Wanita Cantik Menurut Al-Quran dan Hadis

Posted by Lyla 0 comments
(Click untuk besarkan)

Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih.
Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa..
Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan...

Moga kita menjadi wanita baik yg 'cantik' acuan Al-Quran dan Hadis, bukan acuan fesyen dan nafsu .. Aamin..
 

Berhati-hati memilih teman

Posted by Lyla 0 comments

Allah Maha Kaya... tetapi tidak bakhil. 
Allah Maha Berkuasa... tetapi tidak zalim. 
Allah Maha Mengetahui... tetapi tidak membuka aib...

Apa kita lebih hebat dari Tuhan..? Bakhil memberi kasih sayang dan zalim menyakiti hingga suka mencanang aib insan sana sini...

Tiada faedah menjadi si 'talam dua muka'
yang jadikan ghibah (mengumpat) sebagai hiburan,
kita mungkin lega rasa seronok seketika.
tapi bahagia di dunia mahupun akhirat tak akan kita dimiliki,
mana ada ketenangan dalam perkara dosa....
Yang ada cuma kerunsingan yang berpanjangan, lalu mencarik-carik ikatan kasih dan ukhwah...

Justeru, telitilah teman yang layak untuk kita rapati...

Moga sentiasa hidup rasa taqwa dlm diri kita, agar sentiasa dipandu iman setiap lisan dan tindakan.
Moga kita dijauhi dari dosa besar ini.. InShaaAllah Aamin.. :')

“Sesungguhnya termasuk dari dosa-dosa besar yaitu seorang yang menjatuhkan kehormatan seorang muslim (dengan membicarakan aibnya) tanpa alasan yang haq “.
( HR Imam Abu Dawud )

Kita Semua Cantik!

Posted by Lyla 0 comments

Kita kadang tertanya, kenapa jerawat tak pernah berhenti hadir, 
padahal munculnya di pipi, tidak pun menghilangkan pipi...Timbulnya di hidung tidak pun menghilangkan hidung...!

Wahai Hati, kenapa tidak pernah syukur..? cry emoticon

Begitulah mainan syaitan, fitrah mau cantik mengalahkan iman. Sebab terlalu banyak perbandingan menghilangkan rasa syukur...

Kadang, kita sering kata si polan hodoh, tak cantik, gemok, hitam dan itu ini.Tidak sedarkah kita sedang menghina ciptaan Allah, Hati2...

Ingat, Yang kurang sedang diuji apakah dia bersyukur, yg lebih juga diuji apakah dia takbur...
#Muhasabah #KitaSemuaCantik

Tukar cara hidupmu

Posted by Lyla 0 comments
Sedikit perkongsian ana nukilkan dari facebook.


Suatu ketika...
Borak antara sahabat ;


"Pendapatmu, bagaimana aku mahu meninggalkan hiburan dari media, tv, gossip artis yang jelas makin parah..? Aku mahu istiqamah dalam hijrah tapi sering terjatuh ke jurang yang sama...!"

"Tukar...."


"Tukar...?"


" ya... :)
  • Tukarkan dari membaca gossip, novel cinta cintun yang tidak bermanfaat kepada baca Al-Quran, hadis, sirah dan buku2 ilmiah.
  • Tukarkan dari melihat movie, drama, cerita yg tidak memberi manfaat kepada merenung hakikat kehidupan.
  • Tukarkan bazir masa dan wang shopping kepada banyak melakukan kebaikan dan bersedekah.
  • Tukarkan topik borak bersama kawan2 yang menjerumus ke arah umpatan kepada usrah yang membawa Cinta pada Allah dan kerinduan pada Rasulullah...
  • Tukarkan aktiviti 'lepak2' di hujung minggu kepada hadiri majlis2 ilmu.
  • Tukarkan mata yang liar 'usha' jejaka hensem/wanita cun kepada melihat wajah orang tuamu, suami/isterimu.
  • Tukarkan keluhan tentang apa yang kau tiada kepada bersyukur dengan apa yang kau ada..

Tukarkan dan ubah apa2 yang mengganggu dan melarikanmu dari jalan hijrah, dalam masa sama fokuskan niat perubahan itu kerana Allah semata2, pasti akan ada kekuatan... "

"Tapi...."

"Hmmm... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan...?
Sebenarnya kita ramai tidak mahu berubah kerana selesa dengan keadaan jahil. Itu bukan kerana kita jahil tapi itu sebab kita degil... Allah tahu... "

"Ya... tapi semacam sukar.."

"Aku sendiri rasakan sukar, tapi belum cuba belum tahu kan... :')
Hmmm. Setiap kali dikau rasakan sukar, ingat2lah kematian... pasti kelazatan dunia makin pudar dihatimu.
Sesekali tenung dan lihat2lah kuburan, tutup mata, cuba feeling gelapnya liang lahat, bayangkan keadaan dirimu sesuai dengan amalanmu... InShaaAllah kembali tunduk hati yg degil.
Sebagaimana kau mampu menghayati filem, drama & novel sampai menangis. Lebih2 lagi kau perlu hayati waktu itu.
Sebagaimana hatimu berbunga, excited melihat romantiknya dan sweetnya cerita cinta di tv dan buku walaupun kadang palsu. Bayangkan syurga yang jauh lebih indah malah ia sesuatu yg sgt pasti. "

"Baiklah... doakan aku ye shbt... :') "

"Doakan aku juga... kerana aku juga sedang bermujahadah sepertimu... :') "

*sama2 muhasabah sambil mengelap air mata...

We're so lost and dead

Posted by Lyla 0 comments

Yes, He cried, he cried for the sinners due to the punishment of the fire while we don’t even cry for ourselves...!
Ya Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wassalam...We Miss You so much.. cry emoticon
May peace and blessings be upon you forever, you give us courage. Your example gives us strength.
You went through so much Ya Rasulullah, so much yet you still smiled and you were still kind.
And when the people of At-Taif almost stoned you, and you were all alone, you still did not allow Jibreel, alayhisalam to destroy, you still had patience.
Your example teaches us patience. That no matter what I go through or any of us as your Ummah go through, we have no excuse not to smile because you went through more and were still able to smile.
How we wish you were here, How much we wish you would give us advice, this world is too harsh and sometimes we feel like giving up but you never gave up.
You said that we will be with those we love, and we love you, so We hope we will get to be with you.....
Ya Rasulullah, the beloved of my Rab, We cannot wait for the day till you hand us our own cup from the fountain of Kauthar... Inshaa’Allah. :')
And If we don’t make it to there, please ask Allah to save us from the fire, We love you and we love the one who Created you even more....
May peace and blessings be forever upon you.. :') 
~ Close your eyes , and think you 're saying this in front of him... :')
~ Moga rindu yg sering dilupakan mekar semula 😢 ~

May 4, 2015

Upload / Update : Motif...?

Posted by Lyla 0 comments



Jangan lihat kiri kanan (orang lain), lihat diri sendiri...
tidak mengapa, seringkali 'aku terjatuh juga', dia , orang lain pun sama..

Bukankah dgn izin Allah, kita baca peringatan ini..
Allah tidak pernah lukai makhluk, apa lagi aniaya hamba-Nya...

Seringkali kita tersentak dan terpukul,
tanda hati kita haus mahu Kasih Tuhannya...


Jadikan resah di hati mu sebagai isyarat untuk membetulkan niat...
Jika semua kerana Allah, insyaAllah tidak gelisah..

Kembalikan ia (hati) pada Pencipta, itu sudah memadai untuk bahagia..

 
(Sedikit perkongsian dari IG ana)

Kesilapan ketika Selfie / Wefie

Posted by Lyla 0 comments

Sifat dan cara hidup seorang Mukmin adalah menjauhi perbuatan yang sia-sia.
Selalu muhasabah diri dalam banyak hal, walau tampak remeh.
Semua kan akan ditanya nanti...

Apa kita nak jawab bila ditanya ;
'Ko upload nak tunjuk kat sapa..?'

Kita....

Semua kita akui hakikat, bahawa mati itu datang tiba-tiba.
Tetapi aneh kan , kita yang pasti mati ni terus hidup sambil lewa...


‪#‎MuhasabahDiri‬ ‪#‎Selfie‬ ‪#‎Wefie‬ ‪#‎JagaNiat‬

(Perkongsian ana dari IG) 


January 12, 2015

Dalam Berdakwah

Posted by Lyla 0 comments

Dakwah ini, tujuannya untuk kita baikkan diri kita.
Dakwah bukan untuk betulkan orang lain,

Zahirnya kita tegur orang salah, hakikatnya sebenarnya apa yang kita cakapkan itu, kita juga berhajat kepada perkara yang sama.

Bila kita cerita tentang maksiat, neraka dan sbgnya, lihat diri kita. Bukan orang lain, Kita tidak tahu apa pandangan Allah pada kita, pada orang lain....

Ikhlaskan diri dalam dakwah, lakukan kerana Allah SWT. 'Walaupun sedang melakukan kebaikan, masih mencari keburukan & kelemahan diri, masih melihat keaiban diri, itulah ikhlas'...

Tanda hati tidak ikhlas dan niat sudah salah.
Apabila kita marah ketika org tak dengar... muhasabah diri...

Allah, berilah kami 4 sifat ini ketika dakwah kami. Jadikan kami ikhlas. Ampunkan kami kerana membawa 'dakwah' sesuka hati kami.... Aamin :')
 

Aku hanya seorang hamba

Posted by Lyla 0 comments
Perkongsian dari IG

Biarkan iman berkata saat rasa hadir ingin mengeji;
" Apakah kau yakin kedudukan mu di sisi Allah lebih baik daripada orang yang kau cela? "

Tenung diri...

Hebatnya peribadi mu wahai Rasulullah,
Sucinya kasihmu ya Habiballah....

kau mampu mendoakan musuh-musuh mu....
memberi kebaikan buat yang menyakitimu.....

kami pula... masih tega menyakiti, mengumpat sahabat dan saudara sendiri.. kami kah yang mengaku cintakan mu...?

Allah.... Hinanya kami ini..
Ampunkan kami....

Nak Jadi Mukminah Solehah...

Posted by Lyla 2 comments

Terkesan dgn kata2 ustaz ;

"Wanita ini dia hanya seorang muslimat, belum sampai ke tahap mukminat, apabila dia tidak mampu menahan dirinya utk suka dilihat cantik/ mengutamakan kecantikan luaran.
Dan seorang lelaki itu belum mukmin, cuma seorang muslim, apabila dia tidak mampu menahan pandangannya / suka lihat wanita cantik. "

Tenung diri
Allah... Masih jauhnya dari menjadi 'mukminah solehah' ini..
InShaaAllah shbt, 
Bukakan hati,
mari sama2 mengorak langkah menjadi wanita yg lebih baik.
Ayuh letakkan azam nak jadi Mukminah Solehah..
Pasti jalannya sukar, namun pengorbanan yg menuju Redha Allah,
pasti tak sia2, akan ada bahagia menanti, tidak disini, disana nanti... Percayalah... :')

Jom kuatkan smgt dgn kisah ini :
"Imam Ibn Jawzi mencerita kisah lelaki soleh yg ingin memotong pokok yg disembah masyarakatnya bagi mengelak syirik, namun berjaya dipujuk oleh syaitan (dlm rupa manusia) agar tidak menebangnya dengan menjanjikan 2 dinar setiap pagi sebagai balasan.

Namun di satu pagi, lelaki soleh mendapati tiada dua dinar lagi, dia bergegas ingin menebang pokok. Tetapi, syaitan memukulnya dan mengalahkannya dgn mudah.

Syaitan mengatakan jika dahulu dia gagal menewaskan pemuda tersebut kerana niat ikhlas pemuda utk menebang pokok syirik itu hanya kerana Allah, namun kini niat TELAH terpesong KERANA MARAHKAN TIADA DUA DINAR. Atas sebab itu, dia mudah dikalahkan oleh Syaitan.

Begitulah juga Fesyen dan PENUTUPAN AURAT.
Barangsiapa yg BERHABIS WANG DAN FIKIRAN bagi mencari jalan menutup aurat kerana ALLAH swt, maka syaitan tiada dapat menguasainya dan menipunya,

Barangsiapa menurut aurat kerana ingin dilihat cantik menawan, lebih ayu, mengikut aliran fesyen dan lain-lain. Wanita sebegini BAKAL di kuasai dan ditewaskan oleh Syaitan. Moga diselamatkan oleh Allah swt.

(Petikan ceramah Dr Zaharuddin A Rahman "fesyen & Aurat, Masjid Rahimah, 21 Dis 14)"

InShaaAllah, mari sama2 jadikan azam untuk menjadi Mukminah Solehah... :')

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos