October 28, 2013

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

Posted by Lyla 0 comments

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH


1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

"Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.."

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

FIRMAN ALLAH SWT:

Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

FIRMAN ALLAH SWT :

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.

Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

FIRMAN ALLAH SWT :

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.

(Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

- See more at: http://rahmanhatim93.blogspot.com/2013/03/7-jenis-sombong-yang-dilaknat-allah.html#sthash.BRLMJgwv.dpuf

October 12, 2013

Sahabat datang dan pergi , Jujur dan Palsu...

Posted by Lyla 1 comments
Assalamualaikum...

Dunia oh dunia, indah penuh warna, bait-bait lagu yang sering bermain di telinga. Menusuk dalam maksudnya. Alhamdulillah masih berpeluang singgah menulis sedikit kata sebelum lena.
Alhamdulillah, terasa tenang dengan hari-hari mendatang, segalanya dilalui dengan mudah, apatah lagi jika mendidik diri dengan penuh kesyukuran dengan apa yang datang.Masih sibuk dengan pekerjaan dan tugas sebagai isteri, menumpu perhatian sepenuhnya pada tugas sehari-hari. Tenang rasanya kerana banyak menghabiskan masa di rumah, kereta kecil senyap parking di hadapan rumah, bergerak jarang sekali, cuma kadang-kadang menghidupkan enjin untuk kebaikannya...

Begitulah kehendak manusia kadang-kadang berubah, kalau sebelum ini suka berjalan menghabiskan masa diluar, kini lebih suka duduk di rumah. Jujur lebih senang begini, terjaga dan jauh dari fatamorgana diluar yang merosakkan. Alhamdulillah... kadang kesendirian itu lebih baik..

Seperti berubahnya kehendak, perasaan pun apatah lagi, sungguh Allah yang berkuasa membolak balikkan perasaan kita manusia, dengan sangat mudah benci bertukar sayang, ataupun sebaliknya. Mahupun dengan dorongan insan lain atau sendirinya, semuanya dengan izin Allah SWT, namun yang baiknya jelas Allah pampangkan untuk memilih, yang mana lebih baik hanya Allah yang tahu, kita hanya memohon yang terbaik. 

Terasa kekok tidak seperti dulu mula-mulanya, sukar untuk mengerti hati manusia yang mungkin kita fikir sudah tahu, tapi ternyata jauh sekali pengertiannya. Lantas hati kecil ini merelakan dan membiarkan, mungkin ini lebih baik. Yang ana maksudkan disini, adalah sahabat... sahabat datang dan pergi, relakan sahaja yang pergi, mungkin kerana ruang yang lebih baik akan terisi, mungkin dia tak layak untuk kamu, atau sebaliknya.
Seperti kita tahu tiada insan yg sempurna begitu juga sahabat, tiada yg sempurna, jelas yang perlu ada saling menerima. 

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 
Sungguh sangat sukar mencari teman sejati, sungguh kadang menyesal pernah hadir mengenali insan yang pernah digelar sahabat, tapi hadirnya kerana Allah sebagai tarbiyah dalam perjalanan menuju yang hakiki. Ana sedar mungkin kesilapan diri kerana terlalu mudah untuk percaya, akhirnya terketuk sendiri dengan kepercayaan itu. Sejak dahulu ana sangat berhati-hati memilih sahabat, lama menyendiri bertemankan muhabsabah diri, berpindahnya ana ke semenanjung bukan bererti jauh dari perkhianatan, penipuan ternyata semua satu permulaan dalam hidup baru.

Bersyukur Allah kenalkan dengan ramai insan-insan baru, Muslimat-muslimat baik terutamanya, yang dekat dengan agama, mahupun para ilmuan atau seadanya. Banyak yang ana belajar dengan mereka mahupun dengan pengenalan singkat, membuka mata dan jelas dalam menilai dan mentafsir. 

Kalau dulu terfikir merekalah terbaik, semua itu palsu... ternyata masih banyak yang Allah mahu kita pelajari, masih ramai yg hendak Allah kenalkan. Sebaik manapun rupa dan pakaian, sebaik mana pun tutur dan kata, setinggi manapun ilmu di dalami tidak membedakan  melainkan hati. Hati itu yang kita tak nampak. Tidak mahu disakiti , ana memilih untuk berhati-hati lagi dan berhenti menaburkan kasih yang tak tentu disakiti atau dihargai.Mahupun sahabat-sahabat banyak telah jauh dari khabar dan pandangan, inShaaAllah dalam doa sentiasa dalam ingatan, alhamdulillah kejauhan saling mambawa kebaikan untuk hidup kita..^^

Alhamdulillah, semakin tenang dalam menilai hadirnya penasihat terbaik yakni suami sendiri, sungguh dialah sahabat sejati yang Allah hadirkan, tidak lekang mendidik diri ini yang punya banyak kelemahan, tak pernah undur walau ana lemah, tidak pernah jauh tika ana tiada. Alhamdulillah walaupun ada menyakiti, rupanya banyak nya insan yang Allah hadirkan menceriakan hari-hari ini, terutamanya sahabat-sahabat di dalam FB, Instagram, dan sebagainya, mahupun maya mungkin itu lebih baik. Jika telah Allah tentukan pertemuan inShaaAllah di negera lain sekalipun pasti bertemu juga, seperti suami yang dulu beribu batu kini tegar disisi^^ . 

Bagaimana kita menilai sahabat, pasti lain dari setiap individu, mungkin subjektif untuk dititikkan maksudnya jauh sekali. Pelajaran buat diri, setelah bertahun ber 'aktiviti' di dunia maya (laman sosial), dan akhirnya banyak pengalaman sepanjang tempoh tarbiyah ini, yang takkan pernah berhenti untuk belajar. Ini hanya pandangan ana, dari hati yang lemah, sungguh pandangan agama itu yang terbaik. InShaaAllah
  • ·         Dalam bersahabat di dunia maya, Jangan mudah terlalu percaya dan elakkan berkongsi terlalu banyak hal peribadi mahupun rahsia. Be careful who you trust because as quickly as they say they're your friend is how quick they can turn their backs on you.
  • ·         Jika Niqabis, minta ingin melihat wajah , elakkan kerana mungkin itu hanya penyamaran. Anyway, pada ana, jika beria-ria ingin berkawan untuk hanya melihat wajah, dia tidak ikhlas, kerana tujuannya hanya untuk itu.
  • ·         Jangan tertipu dengan pendidikan agamanya yang ada padanya, sungguh jika dia dapat menjatuhkan kamu, pengaruhnya lebih besar untuk memperbodohkan kamu.
  • ·         Kawan yang ikhlas tidak akan membandingkan kamu dengan kawan yg lain, mudah dikatakan talam dua muka, depan kamu baik tapi di belakang menikam dengan cara halus.Real friends are always there for you, you can trust them to keep your secrets, share you laughter and your tears, fake friends are never around when you really need them, they want to know about you so they can tell others and most of the time they laugh at you instead of with you.
  • ·         Elakkan jatuh kedalam perangkap kawan yang hanya menggunakan kamu bila perlu, contoh mencari kamu bila perlukan pertolongan, menggunakan kamu sebagai teman bila perlu sahaja, hilang bila kita perlukan mereka. Ingin meminta bantuanmu saat dia perlu, tapi saat kamu perlukan bantuan, macam-macam alasan yang dia berikan. contoh yang ana pernah lalui, mengajak keluar untuk urusannya, tapi mengelak bila ana perlukan dia.. Before you count your friends, make sure you can count on them. Some friends are only around when they want something from you but are never there when you need something from them.
  • ·         Jika pertemuan pertama/ kedua dengan sahabat itu, dia asyik memandang kamu dari atas sampai bawah dan memandang benda2 yang kami miliki,contohnya HP, Handbag, brgn kemas dan sbg... dari hatinya yang tidak ikhlas, pasti terpampang wajahnya yang sinis. Tandanya dia hanya merendahkan kamu. 
  • ·         Hati-hati dalam terlalu menghargai sahabat, mungkin kamu mengaggunginya, dengan meletakkan gambar-gambar bersama dia di FB, Instagram atau laman sosial yang lain, tapi tiada gambar kamu padanya, jelas dia tidak seikhlas kamu menyayanginya. Risau jika dia hilang kamu yg kecewa.
  • ·         Layanan sahabat yang tidak ikhlas ini jelas bertalam dua muka, Every coin has two sides, just like most people have two faces. Ketika dia bersama sahabat-sahabatnya yang lain, dia melayanimu dengan dingin , lebih parah lagi tidak mahu mendekatimu malah melupakanmu sama-sekali, dan tiba-tiba muncul saat memerlukanmu.
  • ·         Elakkan sahabat yang merapati untuk megetahui kelemahanmu, penyamaran semata-mata, lantas dia akan menjatuhkan saat berjaya mengumpulkan kesemua kelemahan mu, dan akan menjatuhkan mu apabila bersama orang lain, insan begini suka membuatkan orang lain menjauhimu. Ciri-ciri yang jelas yang ada pada mereka, adalah kecemburuan saat kau memiliki sesuatu yang dia tidak senangi atau cemburu dengannya. " Beware of enemies who come disguised as friends, if a person hates you they won't want to see you succeeding at anything and they will try to discourage you whenever they get the chance" ~  Rashida Rowe quotes  
Terlalu banyak sebenarnya , cuma ini yang terlintas yang pernah ana lalui. Jangan tertipu dengan labuhnya tudung atau mantapnya ilmu yang kawan miliki, Sungguh dengan kelabuhan dan ilmu itu akan lebih kuat menyakitimu, saat kita fikirkan mereka yang terbaik, kepalsuan itu pasti lebih sakit dari biasa. 
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • ·         sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • ·         sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • ·         sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
  • ·         sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

Ciri sahabat-sahabat baik pula :

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • ·         Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • ·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • ·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • ·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • ·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • ·         Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • ·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • ·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • ·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • ·         Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • ·         Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • ·         Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
·         Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
·         Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Semua mengimpikan sahabat bercirikan yang diatas, inShaaAllah pasti akan hadir, dan ana telah ketemukan insan ini... Sayang mereka kerana Allah^^ Semoga Allah meramaikan lagi insan-insan baik seperti ini dalam hidup kita, dan kita tidak buta memilihnya. 

Semoga dengan pertemuan kita dengan sahabat-sahabat yang telah menyakiti, mengkhianati menjadikan pengajaran besar dalam hidup kita. Jelas pelajaran dari Allah tidak akan berhenti, semoga Allah menghadirkan kita hati yang jaga dan lalai dalam menilai sentiap insan yang ingin mendekati atau hadir dalam hidup kita. Aamiin ya Rabbal Alamiin...

Bersyukurlah kita dihadirkan insan yang pelbagai karenah, gaya dan topeng sebagai satu pengajaran penting, belajar dan menilai darinya dalam memilih arah tuju, yang jelas Friends sometimes are fake, Best Friends are only for a while, But family, Sisters  Husband are Real.  InShaaAllah . Suka dengan status fb ni, You want to come in my life, the door is open. You want to get out of my life, the door is open. Just one request. Don't stand in the door, you're blocking the traffic.... 

~ Bless the ones that walk away from you, they're just making room for the ones that won't...





October 10, 2013

Different Ways to wear Niqab Yemen (HD)

Posted by Lyla 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum... Alhamdulillah tenang malam berlalu, bersama emosi yang letih terbawa-bawa hendak tidur...
selesai edit video Tutorial Niqab Yemen, sebenarnya dah lama rakam video ini, cuma baru kali ini berkesempatan untuk edit dan upload. Sengaja kecilkan video tutorial dalam vid background supaya tidak terlalu jelas. Alhamdulillah gaya-gaya yang tertera dalam video ini ada 7 gaya kesemuanya, ada diantara gaya-gaya ini inspirasi dari sahabat-sahabat juga...

Alhamdulillah, semoga video ini bermanfaat, untuk niqabis di luar sana yang inginkan kelainan dalam pemakaian Niqab jenis ini. Semoga dengan usaha ini membuktikan niqab ini bukan hanya sekadar lapuk ketinggalan zaman dan kosong, tapi turut indah dan pelbagai, agar tidak diremehkan wanita-wanita metropolitan akannya...

Yang jelas video ini hanya sedikit perkongsian Idea, terpulang pada yang mahu menerimanya atau tidak, sungguh Dalam perjalanan kehidupan, yang positif ada pengganding nya , yakni negatif... Begitulah juga manusia, dlm segala hal yang dilakukan, tak semua insan dapat menerimanya, pasti ada yg tentang, secara terang-terang mahupun bermuslihat.. Namun Allah sebaik-baik penilai, teruskan menjaga hatimu, jangan timbul hasad dengki dengan usaha maupun apa org lain miliki.. Sungguh jika insan lain cuba melakukan kebaikan, hatimu tidak suka, cuba check hati itu... risau yang hadir cuma hasad, busuk ....yg hadir sia2 amalmu...nauzubillahminzalik.. teguran buat diri dan semua...







In life, there is always someone out there, who won't like you, for whatever reason, don't let the insecurities in their lives affect yours... Well, no matter how you decide to act or how good you try to live it, others are always going to talk bad, criticize and have their own opinion about your life... But always remember that this is tarbiyah from Allah and indeed only Allah knows best..! Lovers or haters they all human and so we are, live, learn, love, laugh and don't forget to grow....... Say Alhamdulillah 

September 29, 2013

Al-Quran (Kalam Allah)

Posted by Lyla 0 comments
  • 1) WE ALWAYS ASK: Why was I TESTED?
  • AL-QURAN ANSWERS: "Do men think that they will be left alone saying,'We believe', and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false." [29:2-3]
  • 2) WE ALWAYS ASK: Why I never get what I wanted?
  • AL-QURAN ANSWERS: "It is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing, which is bad for you. But Allah knows, while you know not." Surah Al-Baqarah [2:216]
  • 3) WE ALWAYS ASK: Why was I burdened this way?
  • AL-QURAN ANSWERS: "Allah does not place a burden to a soul greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns." Surah Al-Baqarah [2:286]& " So verily, with every difficulty there is relief: (repeated) Verily, with every difficulty there is relief." Surah Al-Insyirah [94:5-6]
  • 4) WE ALWAYS ASK: Why am I losing hope?
  • AL-QURAN ANSWERS: "So lose not heart, nor fall into despair: For you will be superior if you are true in Faith." Surah Al-Imran [3:139]
  • 5) WE ALWAYS ASK: How can I face it?
  • AL-QURAN ANSWERS: "O you who believed! Persevere in patience and constancy; vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah that you may prosper." Surah Al-Imran[3:200] & "And seek(Allah's) help with patient, perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a humbly submissive (to Allah)." Surah Al-Baqarah [2:45]
  • 6) WE ALWAYS ASK: What do I get from all these?
  • AL-QURAN ANSWERS: "Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and properties (in exchange) for that they will have the garden (of Paradise)..." Surah At-Taubah [9:111]
  • 7) WE ALWAYS ASK: To whom could I depend?
  • AL-QURAN ANSWERS: "(Allah) suffice me: there is no god but He: On Him is my trust- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme." Surah At-Taaubah [9:129]
  • 8) WE ALWAYS ASK: But I can't take it anymore!
  • AL-QURAN ANSWERS: "...and never give up hope of Allah's Soothing Mercy; truly No one despairs of Allah's Soothing Mercy. except Those who have no faith." Surah Yusuf [9:87]& "Despairs not of the Mercy of Allah: for Allah forgives All sins for He is Often- Forgiving, Most Merciful." Surah Az-Zumar [39:53]
islamicthinking:


Alhamdulillah: All praises are due to God alone.

March 20, 2013

TINGGALKANLAH ORANG-ORANG YANG BODOH ITU…

Posted by Lyla 0 comments

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: “Jika anda diuji dengan orang-orang yang dungu, maka serahlah jasadmu dan pergilah bersama rohmu, jauhi dan pergi, pasang telinga tuli dan mata buta, hingga ALLAH memberikan  jarak antara dirimu dengan dirinya.”

Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasan.
( Al-Kahfi :28 )

Assalamualaikum....

Orang yang bijak adalah orang yang tahu & faham tentang “the big picture” kehidupan ini. Manusia sebenarnya hidup di dalam 5 alam… iaitu alam luh mahfuz, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan juga yang terakhir alam akhirat.
Manakala, orang yang bodoh, adalah orang yang lalai & terpedaya di dalam kehidupan di dunia ini..
Kata-kata hikmah yang ana share di facebook...
Rasullullah SAW mengajarkan kita supaya tidak mudah melabelkan orang lain. Cuma gambar-gambar yang menguatkan tegasnya ayat Dari Surah Al-Kahfi:28 .
Pasti siapa sahaja pernah berhadapan dengan insan sebegitu, ayat pasar, tak makan saman... Sudah hakikatnya tidak semua orang boleh terima apa kata yang kita tuturkan, selembut mana pun ia, sesingkat mana pun ia.
Simpati pada sahabat yang dihina dan dimaki hamun di laman twitter dek menasihati sahabatnya yang lain dengan niat baik. Allah, begitulah manusia yang hatinya keras seperti batu...  Cuma tindakan bodohnya memaki hamun sahabat ini di laman sosial adalah satu tindakan yang 'kesian' , walaupun mungkin difikirannya tiada siapa tahu. Jelas hanya mencari perhatian yg mengundang bahana sendiri.
Walaupun kadang kita tak puas hati pada seseorang dengan sifatnya atau caranya, janganlah melakukan perkara2 bodoh begitu, sungguh Allah tahu dan dengan izin Allah lah orang yang dihina boleh tahu, lantas kencundanglah sudah dia dengan labu2 nya... menyebar saham dosa bagi dirinya. Nauzubillah min zalik...

Bahanaya mendekati orang-orang yang sebegini jelas menjadi nasihat, kalau jelas tindakannya menjadi bahana buat diri, baik jauhi dan lupuskan kesalahannya, maafkan dia, semoga dengan kemaafan kita melembutkan hatinya yang sekeras batu yang boleh hancur juga. 

Dan kita yang menasihat mungkin tiada daya melembutkan insan2 yang jauh hatinya dari Allah.. kita manusia tidak ada hak merubah manusia, hanya Allah yang berhak, kita hanya menyampaikan, jika penyampaian kita mengundang susah keselamatan diri dan jiwa, baik jauhkan sahaja insan2 'bodoh' ini... cukuplah kita sudah sampaikan padanya, in Shaa Allah diterima tugas kita.. biarlah doa pula diusul pada batin yang tak mampu.

Sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga, peribahasa melayu yang 'femes' yang pasti sume faham. So, janganlah sampaikan ketidak puas hatian anda di laman sosial yang setiap orang boleh tengok. berhati-hatilah dalam memilih arah tuju hidup dalam dunia maya... sungguh seinci pun tidak lari dari dihitung Allah SWT kelak diakhiratNya.

Jadilah orang yang bijak yang menganggap dunia cuma persinggahan, jangan jadi orang yang bodoh menjadi badut dunia yang hancur bersamanya kelak.

Semoga Allah beri kekuatan menghadapi insan2 seperti diatas, dan Allah berikan hidayah dan jauhkan kita sume dari sifat2 sedemikian..

Aamiin ya Rabbal Aalamiin..


February 28, 2013

Dia Suami Terbaik

Posted by Lyla 1 comments
Assalamualaikum...

Cinta diukur bukan kerna rasa cinta itu sendiri,
Cinta diukur bukan sejauh mana ia menyintai,
Cinta diukur bukan sejauh mana ia memberi,
Cinta dikukur bukan kerna rasa rindu yang menggunung.
Tapi
Sejauh mana lillahi ta'alla dipatri,
Sejauh mana saling memperbaiki,
Sejauh mana saling menemani,
Sejauh mana terpaut pada yang hakiki.
semuanya kerana Allah SWT semata. itulah cinta yang abadi...

Alhamdulillah, cinta yang diidam akhirnya dimiliki jua,
Dialah peminat setia,
Dialah perindu setia,
Dialah sahabat terbaik,
Dialah penasihat terhandal,
Dialah pembimbing terbaik,
Pencinta, pengasih terbaik. Dialah suami yang mengalir air mata tanda tulus ikhlasnya...

Muhammad Sidek Ilyas bin Ismail.
Suami yang terbaik mengasihi tidak pernah bertepi.
Dia suami terbaik, jelas pengorbanannya datang membawa hajat dari jauh penuh yakin pd Allah walau tak pernah bersua.
Masih teringat saat pertama melihatnya dihadapan mata, sebagai tunangku yang berseri wajahnya. Senyuman dan pandangan pertama masih segar diigatan, membuat diri senyum bahagia bila mengingatinya.
Masih teringat saat kedua kedua bertemu. Dialah lelaki yang telah mengambil ku dari jagaan kedua orang tuaku, dialah lelaki yang akan menjaga dan menemani langkah hidupku. Dialah juga lelaki yang tampak begitu ikhlas menyayangi dan mencurah kasihnya sejak pertama mengenalinya.
Masih teringat saat dipelaminan, lirikan matanya yang tidak putus2 sehinggakan seperti hanya ada dia dihadapanku. Nikmatnya cinta yg Allah hadirkan kerana dia tahu inilah yang terbaik buatku lantas menagislah para iblis, sah sudah segalanya. . .

sifat penyayang mengagumiku.. 


1 tahun, 5 bulan, 3 minggu dan 6 hari akhirnya, semuanya masih tidak berubah.
Dia tetap suami yang terbaik, sentiasa sabar dengan karenah ku.
Dia tetap suami yg terbaik, yang sentiasa cuba memberi dan menyediakan yg terbaik buat isterinya.
Dialah sentiasa suami dan imam yg terbaik, akhlaknya diusaha disarungkan sunnah Rasulullah.
Diala suami yang terbaik, memahami, menyayangi, melindungi dan segalanya... dialah tetap yang terbaik.

Memilikimu membutakan mata melihat lelaki lain, memilikimu, tangisan yang ada menjadi indah...
Memilikimu segalanya menjadi bermakna..

begitu banyak pun kata puji ingin diatur, menggunung perasaan syukur yang ingin terluah tak mampu.
Isterimukan akan sentiasa mencuba yg terbaik untukmu .. menjadi penyeri yang menanti cintamu sentiasa agar bertemu di syurgaNya.. begitu banyak pun cuba diungkapkan, melambung rasa rindu walau dihadapan mata, Isterimu akan setiasa mendoakan kesejahteraan mu. Agar langkahmu sentiasa diterangi cahaya Ilahi,,, cahaya yang menjemput ku ke syurga Allah kelak. Aamiin ya Rabbal Aalamiin...

Sungguh hanya sedikit yang bisa ku tuturkan, namun berjuta kali ganda yang dirasa...
Sungguh dia lah suami terbaik.. Terima kasih suamiku...
Syukur Alhamdulillah...

February 26, 2013

NIQAB OPPRESSES WOMEN: AN IGNORANT ASSUMPTION

Posted by Lyla 0 comments
So, people assume our Niqab to be oppression. Why? Because it covers our faces and oppression- according to them- is probably restricted to not showing the face and being modest.

For everyone who think the Niqab oppresses us, I'd like to ask you'll a few questions. If you think it's covering the face that make us oppressed, what would you call this:



This motorist has his face covered as well and if covering of the face is considered oppression, would you call him oppressed too?

That's one example. Here's another one:



She's a surgeon an as you can see, she's wearing a surgical mask- which isn't much different from the Niqab actually. If a surgeon can perform the most delicate of tasks while wearing the mask, why should a Muslim woman's sight or hearing or even breathing be obstructed with the Niqab? If you say covering the face is oppression, would you call a surgeon with a surgical mask oppressed too?

If an entire nation can go around wearing masks to prevent them from catching viral flus and the like, why can't Muslim women do so to save themselves in a different way? Why?

I know that by now, so many questions may be popping up in some of your minds anyway. Let me answer them as well in advance In Sha Allah. You might argue that:

1) The motorist wears the helmet to protect himself from accidents, injuries, etc
Protection is the reason why motorists wear their helmets, right? Well, it's no different for Niqabis too. While they might wear their helmets to protect them from physical harm, we wear our Niqab to protect ourselves and our bodies. We wear the Niqab because the more you cover, the more protected you are and the more respect you demand for yourself. Our protection is a different kind of protection- not of the body but of our dignity, rights and respect. And this is a far greater and admirable form of protection!

2) They don't wear the helmet or the surgical masks all the time
Well, neither do we wear the Niqab all the time. I know that some people think we cover our faces right throughout the day, but they ought to know that we only wear our Niqab when we go out of our houses or when we're in the presence of strange men. If you take it from a surgeon's point of view, they probably cover their faces with the mask more than I do. Does that mean they're oppressed as well?

3) They wear the helmet and the mask because they have to
So do we! We don't wear the Niqab forcibly- get that clear. We wear the Niqab because we have to and because most importantly- because we want to. Just like the motorists and surgeons are asked to wear the helmet and mask, I believe that Muslim women need to wear it as well. And if we want to wear it, no one can question it.


For all those who live under the cloud of assumption that the Niqab oppresses us, please educate yourself on what oppression really is and think twice before calling a Niqabi oppressed.

Note: I'm in no way comparing the Niqab to the helmet or the surgical mask, but I just took it up as examples. And more often, when we portray things as examples, it tends to make things clearer :)

by : Niqab Lover (muslimconverts)

February 24, 2013

Bahana Internet, Dunia Niqabis & Saya

Posted by Lyla 1 comments
Assalamualaikum...

Lewat malam terasa muda, jika ada yang ingin disampai.
Dingin malam terasa hangat, jika fikiran kecil ingin mencurah.
Keletihan seharian terasa kuat,jika tegas hati meronta ~

Alhamdulillah Sekian lama berada di dunia maya, dari kosong hingga berisi, dari bersisi semakin bermakna, dikala bermakna semakin suka, dan suka menjadi-jadi... Akhirnya menyepi juga. begitulah lumrah pelayarnya...



Setelah lama menyepi dari aktif di alam maya, bermula sekali dengan Laman Sosial Tagged, Friendster, MySpace, Zorpia, MillatFB , facebook dan sbgnya menjadikan diri banyak belajar tentang segala hal dalam kehidupan. Bahana dan malapetaka tidak kurangnya.

Memilih untuk berniqab sejak bermulanya mengaktifkn diri di laman sosial FB menjadikan ramai yang hendak jadikan sahabat, malah mencari sahabat2 yg sama penampilannya dengan niat ingin belajar. Benarlah antara perempuan Seksa (seksi) dan perempuan Berniqab, yg berniqab lebih menarik perhatian, yg add pun mungkin cuma nak tgok gmbr2, ada juga yg mencari gambar wajah. Mungkin dulu tidak sedar akan hakikat itu, yang manis2 cuma terpampang, sedangkan bahananya menyusul tiba.

Bermula dari 1 akaun FB yang bermula dgn nama Laila Al-Qarni, seterusnya Mujahidah Laila, Ruuhul Hubbi Laila dan akhirnya setia bersama Kasihnya Laila, dengan azam kali ini sudahlah menerima insan asing dlm kehidupan. Bukan tidak mahu, namun sepanjang perjalanan alam maya ini, Allah telah mengingatkan berkali-kali akannya.

Tiada siapa2 yang ingin ada musuh dalam hidupnya, dan ana tidak pernah memusuhi, namun ada juga yang memusuhi, itulah kata suami. Siapa sangka dunia Niqabis lebih mencabar dari dunia yang dulu. Kalau dulu kejahilan memampangkan daku Niqabis itu wanita mulia, yang kebaikan disekeliling hidupnya, yang murni bersinar darinya...Namun bila sendiri berada sebahagian darinya, Apalah bezanya cuma penampilan dan pakaian, jika sakitnya yang hadir lebih dalam.

Agak jelas walau telah samar kisah diri ini yang dihebahkan wanita berbahaya, yang jelas cuma iri2 wanita lain terhadap layanan yang diterima, mahupun fitnah tersebar dek pemulut "laser" , apa yang terbaik mengundurkan diri. Nampak tenang namun hati berkelopak gundah , syukurlah kehadiran shbt2 Allah hadirkan sebagai penenang yg salah seorangnya rupanya menjadi peneman setia hidup ini.

Sedikit demi sedikit terimbas semula, mungkin ada hikmahnya Allah ingatkan ana semula, sebagai teguran buat perasaan malam ini. Percaya setiap pengenalan tak kira waktu dan tempat adalah suatu yg indah dan ada hikmahnya, Allah hadirkan insan2 yang mula rapat sebagai shbt malah ana anggap keluarga. Siapa sangka semasa ana berada di sabah, akhirnya Allah izinkan pertemuannya di Semenanjung. Begitu banyak kisah2 yang telah terukir bersama, susah senang di reda demi mengekalkan kasih sayang.
Namun sekelip mata bisa berubah kerana hilang waras dari akal yang lemah. Allah...

Bersyukur kerana kini dunia Niqabis sebati dalam hidup ini, disekeliling mudah sekali bertemu dan beukhwah dgn niqabis2 yang lain. Masih tetap menganggap insan ini murni, namun sekali lagi terasa diludah dengan kepalsuan wajah2 `innocent`.. rupanya inilah lumrah kehidupan... Penilaian Allah pada hati kan, buka rupa semata-mata.

Sejak sekian lama aktif di dunia maya, dan telah bersuami dan berpindah ke semnanjung, bila keluar, ada sahaja yang menegur, mengenali ana dari dunia maya .Walaupun merasa kurang selesa, sungguh memilih untuk menjaga 'Privacy' hidup, kadang perlu dilalui juga, tidak kurangnya ada yang meminta utk tangkap gambar, demi Allah ana sering menantikan pertemuan seterusnya, ada yang berjaya malah ada yg tidak. disana kita bisa melihat keikhlasan seseorang. Salah seorang dari mereka membuatkan diri lebih berhati2 dalam melayan karenah \mereka, setelah perkenalan terjalin hasil dari peniagaan dan teguran dari luar, akhirnya jalinan berlanjutan, kelihatan baik penampilannya , malah berasa selesa kerana niqabis juga malah cantik rupa dan penampilannya. Setelah lama daku melihat gigi tajamnya, dan pisau itu telah jelas ku lihat. Syukur kerana Allah beri jawapan atas kerisauan sejak mengenalinya dengan tidak tanduknya yang semakin menjengkelkan.

Teringat saat pertama bertemunya, camera Dslr dikeluarkan untuk menangkap gmbr bersama ana ketika bertemu disebuah masjid, mesra layanan dan perwatakannya. Namun kini kabar yang terima, bahawa ana yang beria2 nak tangkap gambar bersamanya.. Allah... ana bersama suami ketika itu, mendengar kabar ini, suami cuma menggeleng kepala,tanpa faham karena kanak2  dituruti nasihat pendek yang menenangkan.
Diikutkan geram dgn karenah kanak2 yang tidak matang sebegini. Namun bila fikir mereka masih muda, alahai buat derk shj lah..memafkan dan melupakan adalah yg terbaik..  Walaupaun cerita fitnah digembar gembur, pahala kebajikan membanjiri. insha`Allah.. walaupaun ada yg menjahui kerana fitnah itu, masih banyak insan murni Allah hadirkan.. alhamdulillah
Sejak semua ini terus menerpa memori, menjadikan diri berhati2 memilih shbt untuk menjalin ukhwah, sungguh kadang mereka membawa pisau berteman iri dan dengki menjatuhkan kita.
Walaupun sering terkena, Lalai rasanya, kerana itulah Allah kejutkan semula...
Terlalu baik biarlah bertempat, terlalu berharap biarlah berbatas, terlalu menyayang biarlah ada kasihnya...
Pengajaran untuk ana dan semua insan2 diluar sana. tidak sema org yang kita kenal benar-benar ikhlas ingin mengenali kita... jika bertemu, marilah saling mendoakan agar sama-sama diakhiri dengan kebaikan.

Selesa untuk lebih tidak dikenali adalah pilihan, walaupun ketika diluar teguran ana terima daripada yang mengenali, maafkan jika tidak memuaskan hati, mungkin kerana takut dilukai lagi, namun jika benar2 ikhlas ingin menjalin ukhwah, datanglah ... hati sentiasa terbuka untuk menyayangi  :)

~~~~~~~~~~ Salam sayang 

January 31, 2013

Hati-hati lah wahai hati

Posted by Lyla 2 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dgn izin Allah kesegaran mata ini berjaga semalaman, melihat satu-persatu insan yg dianggap shbt rupanya menikam dari belakang..

Rasanya tidak sakit, cuma sedikit sedih.
Pesan untuk hati ana, hati2 la wahai hati...

Mungkin dalam memberi teguran ana juga perlu hati2.. apa yang terjadi memberikan pengajaran yang begitu besar buat insan spt ana. Berhati2 memilih sahabat salah satunya... Semoga dgn tindakan seterusnya dapat membebaskan sedikit beban yang tidak perlu itu. :)

Moral of the story insha`Allah..

Dalam menegur insan lain, berhati2 lah. Tegur insan itu dahulu sebelum memburuk2kanya...
Dalam menegur insan lain, cermin diri dahulu, harus tegur CAKAP SERUPA BIKIN, (mungkin merasa terlalu sempurna senhingga tidak sedar kita melakukan kesilapan yang sama)
Dalam menegur kesilapan insan lain, kekalkan rasa rendah diri, jgn kerana ilmu agama itu menjadikan diri bongkak dan sombong.. sia2, beragama tapi rupanya tidak beragama,
Dalam menegur kesilapan insan lain, niat elok2, jangan sekali2 kerana cemburu akan apa yang dimilikinya, atau kebolehannya menggugat kedudukan kita... Tegurlah krn sama2 hamba Allah dgn kasih bukan dgn benci.
Dalam menegur kesilapan insan lain... Ingatlah, hidayah rahsia Allah, mungkin Allah mengampunkan kejahilannya, sedangkan kita? cuma mendapat kemurkaannya semata.... bertambah2 dosa dengan menyebarkan keburukannya sehingga berlaku UMpatan.
Dalam menegur kesilapan insan lain.............



...,

tegur diri sendiri dulu :)



~Insha`Allah sama2 memperbaiki diri.. semoga Allah memberi hidayah buat kita yg sering alpha , walau sedar atau tidak sedar..
ya Allah jauhkanlah kami dari perasaan bongkak akan insan lain.. sungguh tiada guna lah agama ini andai berjalan dibumi mu melabuhkan pakaian dgn kesombongan...
ya Allah peliharalah kami dari kejahatan manusia dan tukang2 sihir yang tunduk dgn syitan terkutuk,
ya Allah berilah kami kekuatan dalam meiniti alam maya ini... semoga dgn ujian kecil2 ini menjadikan kami insan lebih kuat menghadapi akan datang..
ya Allah jauhilah kami dari membuka aib org lain dan membuka aib sendiri...
ya Allah berilah hidayah mu agar kami  tidak terus laila dari terus hasad, sesungguhnya hasad itu menghancurkan kami dan org lain ..

Aamiin ya rabbal aalamiin.. :'(

NIQAB,~ sy tak pelik

Posted by Lyla 1 comments


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Assalamualaikum...

Alhamdulillah rasa semangat pula ingin bercerita walau tiada mungkin yang membaca.

Menyingkap memori lalu sejak memulakan langkah memakai Cadar/Purdah/Niqab , yakni secebis kain yang dipakai menutupi wajah kecil ini. Bukanlah menutupnya kerana merasa istimewa, tetapi kerana keselesaan itu sebati dalam diri, kerana Allah izinkan ia terus menemani hari-hari ini...ya Allah, benarlah sungguh makin dekat kami ingin kepada-Mu makin besar ujian yang Kau hadirkan. Terasa besar apa yg ana lalui padahal sekecil cuma disisi mu. 

Masih segar walau terkadang lupa kisah dulu yang agak panas diruangan para Niqabis. Berbulan ia menjadi isu, isu fitnah yang begitu besar dalam hidup ana di alam  maya ini.  Bersyukur ia berakhir juga berkat kesabaran yg disemat walau selalu melatah dalam hadirnya. Yakin bahawa ujian ini di luar kemampuan, dengan Niqab terus menemani ana terus menyelami arus hidup ini, satu persatu Allah hadirkan insan dalam hidup ini, yang mulanya kosong sejak ana memilih untuk berhijrah. Ada yang datang untuk menjalin persahabatan, tidak lain juga ada yg untuk menjalin cinta, ada pula yang mahu menjalin kekeluargaan. Sesekali pernah kecundang dengan bahana maya, akhirnya diketuman juga insan indah dalam hidup ini juga pada `maya`. 

Sedih dengan kata-kata insan bahawa Niqab hanya layak buat muslimat yg sudah baik sepenuhnya. Apakah ia tidak layak untuk muslimat lain..? Hidayah Allah rahsia dtg pelabagi cara. Kita sama sekali tidak layak melabel manusia lain tidak baik. Sungguh dengan mengkaji niqab menjadikan hati ana terbuka untuk berhijrah lebih jauh. Dengan niqab menjadikan ana dekat pada Cinta Sejati. So ana mohon jangan pernah pandang rendah pada muslimat yg berjinak2 bertudung walau menutup kepala, walau tdk sempurna, seungguh ia langkah mereka mendekati Allah... sungguh mereka lebih mulia dgn izin Allah jika mereka kembali padaNya. Apatah lagi buat mereka yg berjinak-jinek berniqab walau mungkin salah caranya, itulah tugas Niqabis yang lain yang sudah fhm untuk mendidik insan ini... Sungguh jangan kerana Niqab itu menjadikan mu Angkuh , Bongkak dan merasa diri sempurna dan mulia. nauzubillah... :(

Seringkali ragam manusia menjatuhkan kita, melemahkan kita sekelip mata. Alahai ragam manusia, itulah kata-kata yang mampu terungkap apabila terpaksa menghadapi ragam2 ini.

Pesanan buat ana  yang berniqab dan pada semua yang mula dan sdg berniqab. 

Seringkali ragam manusia menjatuhkan kita, melemahkan kita sekelip mata. Alahai ragam manusia, itulah kata-kata yang mampu terungkap apabila terpaksa menghadapi ragam2 ini.
Pesanan buat ana yang berniqab dan pada semua yang mula dan sdg berniqab. Seringkali, Insan sekeliling berkata Muslimat yg memakai niqab ini PELIK.
dengan pemahaman ini kita yg berniqab lansung berasa diri pelik...
Seringkali, kita dilabel berbeza dgn yang lain...

Seringkali, kita dilabel berbeza dgn yang lain...
Seringkali pelbagai tomahan yang kita terima jelas kerana kita berbeza.

................Ana seringkali keluar sendiri, memandangkan ana sering berurusan di luar. Mempunyai latar belakang yang bersahabat dgn plbagai bangsa dan agama mengajarkan ana cara berdepan dgn Insan sekeliling yg menerima Niqab malah yang `anti` niqab. ............... Seringkali ana bertanya walau terasa berat dibibir, meneliti luar dan dalam perbezaan itu. ...........
Sejak lama ana membuat kajian sendiri, tentang atitude org disekeliling ttg Niqabis. Dengan memakai Niqab di wajah, Half face atau Niqab Arab, ana beriteraksi dengan bermacam org, cuba membuat perbincangan ringkas, pelbagai jenis bangsa dan agama, pelabagi jenis gaya dan ragam. Cara ini berlanjutan hingga sekarang, insha`Allah...

Para niqabis,
JIKA ANDA RASA ANDA BERBEZA, MAKA ANDA AKAN JADI BERBEZA...
DAN ORANG SEKELILING AKAN MEMBEZAKAN ANDA. 

JIKA ANDA RASA ANDA PELIK, MAKA ANDA AKAN JADI PELIK...
LALU ORANG SEKELILING ANDA MENGANGGAP ANDA PELIK....

JIKA ANDA MERASA ANDA 'PERFECT', MAKA ANDA AKAN JADI SEOLAH-OLAH 'PERFECT'
LALU ORANG SEKELILING TERSISIH....

Sedarlah Niqab itu cuma sehelai kain yang tiada beza dgn pakaian lain...
bezanya cuma dimana ia diletakkan. itulah zahirnya. 

Tidak salah merasa berbeza jika ingin jauh dari kerosakan akhir zaman, tetapi jangan sampai kita merasa istimewa, hingga lahir rasa diri mulia dan terasing dr sekeliling. Sedangkan kemuliaan itu lahir dari nafsu rasa sendiri. 

Tanpa merasakan Niqab ini sebagai satu kelainan, ana berinteraksi dgn mana2 mereka seperti peniaga yang jelas dari bermacam bangsa, agama dan amalan. seperti biasa. Mulanya ana dtg mereka seperti diam dan jelas di wajah mereka wanita yang berpakaian berbeza/pelik(bg yg tak memahami spt agama lain) terdiam dan kaku.
Jelas layanan berbeza akan hadir.

Namun ana senyum walau tidak kelihatan dan bertanya mesra seperti insan lain. Mula2 mereka kekok menjawab, selang beberapa minit keselesaan mula hadir pada perwatakan mereka. kali kedua ana datang ketempat sama, Alhamdulillah kehadiran ana menjadi biasa, sehingga peniaga sempat bergurau. :)  insha`allah smoga bila ada Niqabis lain mereka layan seperti biasa. (beberapa orang Peniaga berbangsa HINDU dan Budha (Chinese) )... Hal ini ana sering lakukan dimana-mana. Hingga peniaga beragama lain mula senang dgn Niqab, dan terbukti dgn Niqabis lain. Alhamdulillah...
Suasana sebegini bukan sahaja lahir pada mereka yg beragama lain, tetapi org beragama Islam sendiri. Mereka tahu ttg Niqab, tetapi masih beranggapan ia pelik malah tidak releven dan tidak melihat kepentingannya.
Ia tidak akan  menjadi penghalang, menghadirkan diri dalam masyarakat sekeliling pasti membuka fikiran mereka ini utk menerima Niqab dan memahami tujuannya. Bukan tetap dengan keperbezaan itu lalu terjauhi mereka dgn kebenaran.

Sudah, cukuplah meresa keperbezaan itu, jangan jauhkan diri dari masyarakat, lupakan sebentar ada kain diwajahmu yg tidak ada pada orang lain... dekati masyarakat, barulah pemikiran mereka terbuka memahami Niqab. Berkata dan tegurlah mereka seperti biasa, ukirkan senyuman walaupun tidak kelihatan. Dengan senyuman itu pasti melahirkan aura positif yang bisa mempositifkan org lain. Jika kita ikhlas insha`Allah , Allah pasti permudahkan semua untuk kita.
Suasana sebegini bukan sahaja lahir pada mereka yg beragama lain, tetapi org beragama Islam sendiri. Mereka tahu ttg Niqab, tetapi masih beranggapan ia pelik malah tidak releven dan tidak melihat kepentingannya.
Ia tidak akan  menjadi penghalang, menghadirkan diri dalam masyarakat sekeliling pasti membuka fikiran mereka ini utk menerima Niqab dan memahami tujuannya. Bukan tetap dengan keperbezaan itu lalu terjauhi mereka dgn kebenaran.

Sudah, cukuplah meresa keperbezaan itu, jangan jauhkan diri dari masyarakat, lupakan sebentar ada kain diwajahmu yg tidak ada pada orang lain... dekati masyarakat, barulah pemikiran mereka terbuka memahami Niqab. Berkata dan tegurlah mereka seperti biasa, ukirkan senyuman walaupun tidak kelihatan. Dengan senyuman itu pasti melahirkan aura positif yang bisa mempositifkan org lain. Jika kita ikhlas insha`Allah , Allah pasti permudahkan semua untuk kita.

Sumbing, Hantu, Sesat dan Tomahan-tomahan lain itu cuma kata-kata, bukankah niqab ini untuk meng utuhkan Iman mu, pasti kata-kata orang yg jahil itu tidak meluluhkan hatimu. walaupun luluh ingatlah Allah cuma ingin menguji Iman mu yang dikau didik dgn bantuan kain yang kalu gelar NIQAb itu. Kejahilan mereka mungkin shj diampunkan Allah, tapi keegoan kita?

Pesanan besar buat ana juga. Semoga dengan Niqab ini terus menjaga kita..
Jangan marah masyarakat yang tdk boleh menerima niqab kerana racun akhir zaman meracuni mereka, media yang juga manusia yang punya fikiran sendiri. Lalu siapa lagi yang boleh merubahnya kalau bukan kita, Niqabis sendiri. Sudahlah dan cukuplah berpuak-puak , ia cuma membuatkan kePelikan itu menggunung.



Jangan marah masyarakat yang tdk boleh menerima niqab kerana racun akhir zaman meracuni mereka, media yang juga manusia yang punya fikiran sendiri. Lalu siapa lagi yang boleh merubahnya kalau bukan kita, Niqabis sendiri. Sudahlah dan cukuplah berpuak-puak , ia cuma membuatkan kePelikan itu menggunung.

Ketahuilah, Niqab sebati dengan dirimu apabila keselesaan itu bukan shj pada dirimu tapi juga dgn org lain. Malah mudahlah jalan Dakwah dibina walau perlahan-lahan. Dan prasangka curiga pada niqabis akan hilang. Insha`Allah...:

Ingatlah Niqab bukan sesuatu yg pelik, Alhamdulillah Niqabis pula semakin ramai di Malaysia...terlalu mudah kelihatan dimana-mana. yg Seksi a.k.a Seksa itulah akan menjadi pelik.
Semoga Allah sentiasa membuka jalan-jalan kebaikan buat kita... Aamiin.. 

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos