March 19, 2011

Kadang Kehidupan ~

Posted by Lyla 1 comments
Assalamualaikum...


Sedingin malam sedinginnya hati yang ingin berbicara, sedalam perasaan yang ingin berkata-kata.  Kesepian malam dapat kurasakan membelai perasaan, seolah memahami hati yang merintih. 
Ku hulurkan doa penenang hati, sesungguhnya hanya Dia yang memahami... dengan harapan agar ketabahan semakin utuh melalui kehidupan  yang semakin menyeksa jiwa. Sebuah kekuatan kuharapkan, sebuah kasih dan sayang yang iklas, sebuah kehidupan yang lebih baik dan indah dalam agama-Nya...  sedikit demi sedikit ku pinta  agar hati lebih berdaya... melawan arus duri yang terpaksa ku pijak setiap hari.


Dalam melalui kehidupan yang sudah tertulis, kesedihan dan kegembiraan pasti terukir. Kadang merasa kehidupan ini begitu bermakna dan penuh kebahagiaan... segalanya seperti selamanya.. sehingga lupa akan kembali pada-Nya.
Kadang merasakan kehidupan ini penuh indah, dengan adanya insan sekeliling yang sentiasa memahami dan memberi sepenuh perhatian... Kadang kehidupan ini dirasakan penuh derita, setiap hari luka.. kegembiraan cuma sedikit untuk menutupi wajah yang luka. Ingin mulut berbicara, namun tiada yang mendengar , ingin tangan menggapai, tapi tiada siapa yang mencapai. Kadang hidup merasa tiada erti... seperti segalanya tidak bermakna, seolah-olah sesat dalam mimpi buruk diri sendiri, ingin lari tapi tiada daya, ingin mencari erti namun tiada sampai. Kadang ada yang ingin kehidupan ini seperti dalam mimpi, yang indah dengan kebahagiaan yang diimpi-impi.. namun setelah mata terbuka, segalanya pudar kembali duka. Ingin lena selamanya.. namun pasti akan ada yang mengejutkan dari lena indahnya... Kadang hidup terasa tertekan, dengan jalan yang bukan  kehendak kita, setiap saat diatur oleh insan bernama manusia. Kadang merasa ingin hidup di dunia baru, yang tiada seorang pun yang mengenal diri, untuk memulakan sesuatu yang baru... nafas baru dan semangat baru.


Begitulah kadang tentang kehidupan, punya cara tersendiri dan nilai sendiri dalam diri tiap-tiap manusia, kehidupan dunia yang tiada kekal, ternyata semuanya dusta. Namun itulah hakikatnya sebuah kehidupan bermacam agenda, tidak ada siapa dapat lari darinya kerana semua sudah dirancang. Kita hanya merancang dan Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang.  Ku pegang kata-kata ini agar terus mendidik diri menjadi insan yang tawakal dalam usaha. tapi jauh disudut hati sebuah harapan tinggi yang disimpan dalam tiap impian. 


Dalam pelbagai kadang yang dilalui dalam kehidupan, kadang kehidupan yang dilalui seperti di dalam kandang. Tersepit tanpa pilihan sendiri. Kandang yang tidak mampu untuk diruntuhkan. mungkin kerana belum cukup keberanian, mungkin kerana tidak ada pilihan.  Begitulah diri yang masih belum cukup mampu untuk lari dari tekanan kehidupan, terpaksa akur dengan segala yang ditentukan manusia.  Hidup dalam suasana yang lain dari diri sendiri sangat sakit, seolah-olah segala tingkah dalam genggaman manusia, Hingga segala amal dan ibadah susah untuk dilaksanakan. Hati merintih duka , saat segalanya menjadi sukar sekalipun dua rakaat solat.  Kadang ada hati merintih mengapa harus hidup dalam suasana sebegini, yang penuh kejahilan, yang disekelilingnya cuma  dunia...  


Betapa sakit pun kehidupan yang dilalui, diri harus tabah, yang merasa hidup penuh derita yakinlah suatu saat pastu datangnya kebahagiaan, kumpulkan kesabaran insya'allah datangnya kebahagiaan. yang kadang merasa kehidupan ini mimpi, smpaikanlah mimpi itu dalam doa..insya'allah diberi ketenangan dan kegembiraan nyata. yang merasa kehidupan ini sentiasa dalam tekanan, jadikan tekanan itu suatu kebiasaan dan suatu ujian yang mesti ditempuh untuk menduduki syurga Allah, iaitu kehidupan yang pasti kekal. Dan yang merasakan kehidupandiri dicengkam oleh manusia, bersabarlah.. yakinlah bahawa Allah telah mengaturkan segalanya penuh hikmah, segala kesedihan dan kesusahan pasti dibalas dengan kegembiraan dan kesenangan jika segalanya dilalui dengan iman...pasti suatu hari akan lepas dari kandang yang penuh kesengsaraan..  ~ Insya'allah.. wallahualam bi'shawab... 


~ Tinta Laila~

March 7, 2011

Hadapi Stress dgn bijak..

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum....
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja, belajar dan sebagainya... Apa-apa saja boleh mendatangkan stress.. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana dan kadang sampai maigrain.. 




Dan apabila stress, macam2 bakal terjadi.. mood pun jadi tak elok.. (bad mood), bila ada org lain tegur jadi marah-marah, tengking sana sini. Ada pula yang terluka dengan kita.. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah... 


Disini ada beberapa tips yang rasanya terbaik untuk dikongsikan bersama...




1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk. Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil 
wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an. Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat. Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih 
adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah. Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada 
malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah. Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan. Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk 
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati. Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba 
menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri. Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain 
sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.



Semoga tips ini dapat membantu.. =) Ingatlah.. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.. 


insya'allah... 

Sungguh kata-kata berbisa

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum....


Sebaris kata salam pendahulu bicara.. begitulah segalanya bermula.. dengan kata-kata.. tidak kisahlah melalui penulisan mahupun suara yang keluar dari mulut itu sendiri. Berbicara tentang kata-kata yang berbisa, ia memang luar biasa... Sebutkan tentang 'kata-kata', apa yang dapat kita bayangkan adalah mulut, bibir...?
Kata-kata yang lahirnya dari hati ditafsir oleh akal dikeluarkan oleh mulut mempunyai seribu wajah untuk menunjukkan diri dalam kegembiraan, kegembiraan, kebahagiaan, kekalahan, kekuatan, kelemahan , kebodohan, keangkuhan, kepasrahan dan macam-macam lagi bahkan kehidupan dan kematian... Hanya dengan kata-kata bisa membunuh... 


Sungguh kata-kata amat berbisa, kerana sifatnya seperti pisau yang mempunyai dua sisi, Kebaikan dan kejahatan... Kata-kata bukan menyemak pada diri sendiri si tukang kata, tapi melibatkan orang lain yang mendengar atau bahan yang diperkatakan. Teringat pada kisah salah seorang sahabat yang pernah ana kenali dulu, yang tertekan dengan hidupnya hanya dengan kata-kata fitnah, ejekan, caci makian yang menyebabkannya lari hingga saat ini tidak ada khabar darinya...Namun kata-kata bisa menjadikan kehidupan yang gelap penuh kesedihan menjadi indah, membawa kegembiraan. So, manakah yang akan kita pilih..? kata-kata yang membuatkan orang lain hancur atau kata-kata yang mengembirakan dan bermanfaat..?


Berhati-hatilah sentiasa akan kata-kata yang ingin diungkapkan, sebaiknya Allah menganugerahkan kita hati untuk mengasihati insan lain, serta akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.. gunakanlah ia sebaiknya, untuk menumbuhkan diri dan orang lain kerana ia juga membentuk kebenaran, kerana ia tindakan dari kebijaksanaan dan kebodohan. 



Saat ini, marilah kita fahami secara baiknya. Lihatlah bagaimana kata-kata mengubah persahabatan menjadi suram, dan penuh dengan kebencian.Tapi perhatikan juga bagaimana kata-kata dapat mengikat persahabatan jadi sehidup semati, susah maupun senang, dunia juga akhirat.
Dan jgn lupa, 
Kata2 lah yg menjerumuskan seseorang pada perangkap cinta, 
kata2 lah yang paling mudah menguasai pemikiran selain dari padangan.. kerana dari pandangan terkeluarlah apa yang tersirat dari pemikiran...
Kata2 lah jua yang berbaur pujuk rayu yang menggoda si lelaki mahupun wanita.. saling berkata pujuk raju... akhirnya jatuh dalam lembah kehinaan.. nauzubillah..
Kata2 lah pula yang tampilannya rupawan tapi isinya mengerikan. Seperti cantiknya atau hensemnya seseorang tapi bila dari cara percakapan, jelas akhlaknya.
Yang penampakannya berbunga-bunga, tapi jiwanya berduri-duri. Kecantikan wanita itu juga bukan dari wajahnya tapi dari caka dan apa yang diperkatakan.
Kemudian jika kata, disulam menjadi senjata, waspadalah... Kerana ia boleh jadi sangat menyakitkan, atau boleh juga sangat membangkitkan....
Dalam panggung kehidupan ini....Jadikanlah apa yang dikeluarkan oleh pemikiran dan sebaris kata dari mulut kita, sesuatu yang bermanfaat.. Kerana sungguh itulah keindahan dan kecantikan Islam seseorang..  pastikan kata-kata itu menjadi senjata yang terbaik, untuk berdakwah dan sebagainya, mengubah yang negatif menjadi positif, menghaguskan rasa rendah diri dan kelemahan, membongkar potensi yang tersembunyi, jadikan kata yang berhikmah dan bermotivasi untuk diri sendiri dan orang lain. Marilah kita memanfaatkan semua kesempatan dalam nikmat bisa berkata-kata ini  menyampaikan kebaikan untuk agama Allah SWT..!
Sabda Rasulullah SAW.. Sesungguhnya Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain..=)



March 5, 2011

Bersangka baik antara kita =)

Posted by Lyla 0 comments
Bismillaahirrahmaanirrahiim,


Assalamualaikum...Malam yang tadi gelap kini sudah beransur pagi, tidak sedar masa berlalu begitu cepat... 
Sedang sibuk membaca sebuah artikel kehidupan, ana tertarik dengan kata-kata ini, tentang sebuah perasaan yang kasih akan saudaranya.



 "Hati yg paling Allah kasihi ialah hati yg paling lembut terhadap saudaranya, PALING BERSIH DLM KEYAKINNYA dan paling baik dlm agamanya"


Betapa mendalam ayat ini hingga ana terleka dari kelalaian... kelalaian perasaan yang selalu terbawa-bawa, fitrah manusia dalam rasa suka, duka malah benci.
Sering ana menyimpan dalam hati, agar tidak mau membenci siapa pun dalam diri, cuma kadang diri sendiri terlajak dengan perasaan-perasaan negatif. Sesekali ana merenung kembali kesalahan diri yang lalu, sengketa dan perabalahan yang telah lalu, ana akui kesilapan diri yang dulu mudah marah. Andai sahaja masa bisa berulang, ingin saja ana memadamkan memori2 yang sudah terukir...
Namun apa yang penting, segalanya berlalu dengan keredhaan agar semuanya sirna dan diri kini bahagia, biarkan sifat-sifat negatif berlalu dan menjadi mimpi buruk yang jangan sesekali membiarkan semangat untuk terus maju punah.


Mungkin kita selalu lupa, cuba renungkan kembali.. bila kita melihat cermin, apa perasaan kita?  Mungkin memuji2 kecantikan dan kelebihan diri.. ada pula yang merasa rendah diri.. Apa lagi yang bermain dalam minda saat itu tidak lari dari menginginkan yang terbaik dari diri kita. Ketika wajah dicermin itu senyum , mengikut ukir wajah, ada yang merasa diri begitu cantik sehingga memandang rendah pada yang lainnya, merasa diri sempurna dan ingin lebih.. dan lebih cantik/hensem lagi.  Saat satu nama bermain difikiran kita, keburukannya pula tesentak dalam pemikiran, rasa ego dan sombong mula bermain pada fikiran, Saat itu kita mulai lupa segala kebaikan.


Sama seperti tika duduk bersama kawan-kawan, borak2 kosong yang akhirnya meleret hingga aibnya, inilah manusia, keaiban menjadi topik lebih menarik untuk dibualkan berbanding kebaikannya. Mudahnya kita lupa akan kebaikannya yang selama ini ia lakuakan pada kita walau hanya sekadar senyuman.  Mudahnya pula bermain kata-kata umpatan dari mulut yanga menjadi saksi kelak, menceritakan satu persatu kelemahan diri malah mungkin ada yang ditokok tambah. Bila ia menguasai hati dan pemikiran, mulalah hilang rasa persaudaraan, yang ada cuma perasaan sinis yang menjadi mangsa, merasa diri bangga, sempurna dan bongkak.  Nauzubillah.. :(


Begirulah seringkali, diri yang dulu sering tersasar, mungkin akan datang juga sebagai peringatan diri.Sering lah melatih diri agar jangan sentiasa besangaka baik, hanya itu penawarnya. Dalam individu itu, kadang apa yang seing menjadi bahan cerita adalah 2/3 keburukannya berbanding 10 kebaikkannya... dan ada puala keburukan itu adalah kisah lama teman yang menjadi mangsa. Kandang kebaikan lansung tidak diigat malah dilupakan, tapi keburukan selalu diingat walau bertahun berlalu.


( bila kita mengata musuh kita atau sahabat kita... "maka itu digelar mengumpat, bila kita reka cerita pula, itu digelar fitnah...." oleh itu.. jika kita suka perngai sahabat kita..kita puji... klau x suka kita diam itu lgi baik.... )


ini adalah satu kata-kata yang bernas lagi elok untuk kita renungkan...insya'allah


Kitaa selalu sering lupa akan hal ini, sering mengubur kebaikan seseorang padahal mungkin sahaja dia lebih dari kita. Janganlah kita mengunci hati kita untuk terus membenci hanya kerana hal-hal kecil yang mungkin pernah memanah hati kita, tergoren mungkin dengan kata-kata atau kelakuan nya, kita semua manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesalahan... 


Kita diberi akak untuk berfikir, hati untuk merasa.. janganlah hati dikotori hingga akal membenci dan terus membenci. Jangan tingkatkan rasa bongkak dan rasa sempurna dan biarkan ia menjadi-jadi... bila akhirnya tersedar sang syaitan yang terkutuk ketawa terbahaak dan bertepuk tangan keriangan melihat kebodohan diri. 


Saatnya untuk kita  berfikir menggunakan akal seeloknya, mencari erti kebahagiaan dengan sentiase bersangka baik dengan insan lain, dan memikirkan kebaikannya selain keburukannya, serta ingatlah kebaikannya daripada kebaikan kita, ingatlah keburukan kita sendiri berbanding keburukan orang.., percayalah andai ia dapat dilaksanakan, sungguh nikmah kebahagiaan itu dapat dirasakan... 

Wallahu'alam bish-shawab.






March 2, 2011

Semua Wanita Tahu..!

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Di setiap perjalanan hidup... setiap hari amat bermakna, setiap saat yang berlalu begitu indah... sejam terasa begitu lama jika apa yg kita lalui bergitu bermakna. 
Masih segar di ingatan, ketika ana mengambil keputusan untuk berubah, macam-macam persepsi orang disekeliling.Bahkan ada ura-ura yang mengatakan bahawa ana menghidap penyakit yang membawa maut, itulah punca perubahan..dan begitulah seterusanya, satu persatu kabar angin muncul. Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut insan...? Namun hakikatnya, apa yang utama  apa yang kita cuba buat, niat baik..dan perkara baik... Membesar dengan perwatakan lelaki (tomboy),pergaulan dan persahabatan yg banyak mengundang padah, banyak memberi kesan dalam kehidupan ana, dan banyak mengajar ana tentang arah kehidupan yang sebenarnya. Hingga saat ini, ana merasakan seolah-olah itu semua hanya mimpi buruk, mimpi buruk yang hingga saat ini sering disebut-sebut  orang. 


Dalam usia 16tahun sahaja mula  berias kening dan sebagainya. Make up menjadi kemestian, Gaya menjadi utama dan salah satu aspek penting yang perlu diutamakan. tiada lagi erti  aurat dan hukum, yang bermain di fikiran cuma perhatian  dan kesempurnaan. Alpa dan lalai dgn pujuk rayu syaitan tat kala melihat cermin.

Secara sedar atau tidak, perasaan ketika itu merasa sempurna, apa yang diharapkan adalah perhatian...Berbohonglah pada wanita yang kata tidak... Meninggalkan semua tu sejujurnya tidak mudah, macam yang ana tuliskan tadi, Step by step... ramai wanita yg tidak yakin bahawa mereka  boleh meninggalkan semua itu, berubah  bukan shj dari make up, penampilan, malah akhlak jg...
Memang susah bagi yang mengangap ia mustahil, tapi mudah bagi mereka yang menganggap ia sesuatu yang mesti untuk dilaksakan, dan meninggalkan dan menjahui apa yang dilarang.  


Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: 
"Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu".Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)



Semua wanita tahu bahawa menutup aurat itu wajib, 
semua wanita  tahu bahawa bertudung menutupi dada itu mesti, 
Semua wanita tahu memakai pakaian yang ketat itu silap...
semua wanita  tahu akan paras aurat yang disyariatkan islam... 
Semua wanita tahu lengan dan kaki itu aurat. tapi kenapa mesti dianggap remeh. 
Atas alasan apa wanita mesti buat tidak ambil peduli...??

sedangkan tudung/shawl masih menutupi kepala.. dengan segala fesyen yang semakin lama semakin pelik...
sehinggakan tudung ala labuh dipasaran kini, dibuat dari kain yang agak berat dan jatuh melewati lurah2 bahu dan dada. 

Semua wanita tahu ... itu semua salah, 
Semua wanita tahu ia membawa dosa....

Jawapannya cuma tidak mahu ketinggalaan zaman,konon ingin maju bersama arus kemodenan..
arus pembangunan fesyen sama-sama menjerumuskan wanita islam ke arus kesesatan... 
Jangan lupa wanita, Fesyen mu itulah juga yang mengumpan neraka...
Biarlah Kami dipanggil kuno, kami dipanggil semak,Kami dipanggil hantu malah ninja...
Kami senang takut didekati, daripada mudah menodai..
kerana kami tidak mahu terjerumus dengan godaan arus kemodenan yang bakal menghumban kami di neraka.

Impian kami bukan no.1 dimata lelaki, Impian kami cuma 1.. menjadi wanita solehah bidadari syurga...
Impian kami bukan mengaut perhatian para lelaki... impian kami cuma mahu setia pada seorang lelaki yang soleh...

Kita sama-sama tahu apa yang salah dan apa yang tidak...Marilah sama-sama menjauhi apa yang dilarang.. mohon maaf kalau penulisan ini mengguris hati sesiapa, ambil la apa yang baik darinya...dan  semoga membawa manfaat buat yang singgah membaca... =) ssgunya yg baitk itu dtgnya dr Allah, dan yg buruk jelas dr ana.. 




March 1, 2011

Cerita Baru

Posted by Lyla 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 


Alhamdulillah, syukur pd Allah SWT kini blog RuuhulHubbi semakin ramai yg ziarah dari pelosok tanah air. Seperti yg sedia tahu, ne blog ana yang kedua. Mohon maaf la pada yang perasan blog ini jarang sekali ana update, mungkin sebab ana banyak spendkan masa kat blog Mujahidah Pemburu Syahid .Penulisan yang menarik yg dikumpul dari pelbagai sumber serta pengisian ana sendiri serta  blog yg insya'allah dapat memberikan gambaran serta panduan mengenai aspek-aspek penting dalam membina akhlak diri, terutamanya dalam mendidik diri menjadi wanita solehah, serta membantu pembentukan keluarga bahagia seperti mana yang dituntut oleh islam.
MPS Berjuang dalam mewujudkan keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah, iaitu Jihad sebagai wanita. Darah yang mengucur terwujud dalam air mata tangis. Luka-luka dihati yang harus diubati sendiri adalah Jihad suci...Ketabahan yang mengiringi Insya ALLAH membuahkan pahala syurgawi...Allahuakbar! 


Baiklah mari berbalik pada tajuk entri ne, 'Cerita Baru' .. Tapi sebelum tu biarlah ana explain sedikit mengenai blog Ruuhul Hubbi.Ramai yang mempersoalkan tentang nama blog ni. Sebenarnya Ruuhul Hubbi adalah perkataan asal dari bahasa arab iaitu Semangat Cinta. semangat diri dalam mengejar cinta Allah sebelum cinta manusia. Kerana cinta adalah nikmat yang Allah kurniakan pd kita...lahiriah manusia..
Cinta memiliki kedudukan yg tinggi...Cinta adalah ibadah apabila ia sesuai dengan apa yang diredhai Allah,


“Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu.” (Al-Hujurat: 7) 


Bagi ana, cinta itu membuka dua jalan, Syurga dan neraka...
“Dasar tauhid dan ruhnyatAsy-Syaikh ‘Abdurrahman As-Sa’diadalah keikhlasan dalam mewujudkan cinta kepada Allah.Cinta merupakan landasan penyembahan dan peribadatan kepada-Nya, bahkan cinta itu merupakan hakikat ibadah. Tidak akan sempurna tauhid kecuali bila kecintaan seorang hamba kepada Rabbnya juga sempurna.” (Al-Qaulus Sadid, hal. 110)
Jika ia menjadi keliru dan dijalan yg salah, ia  menjatuhkan kita ke dalam  sesuatu yang dimurkai Allah yaitu kemaksiatan.. nauzubillah minzalik..


Islam tak melarang kita dari rasa cinta, tapi mengarahkan cinta tetap pada jalan yang benar untuk menjaga kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika sudah jatuh cinta, maka kita harus hati-hati.Ibarat minum air laut, semakin diminum semakin haus...dan ingatlah Cinta yang sejati adalah cinta setelah akad nikah, selebihnya adalah cubaan dan fitnah semata-mata. Kendalikan cinta sebaik-baiknya.. insya'allah terjaga seeloknya dari kesesatan yang terbawa dari cinta.


Ya, setiap individu memiliki pandangan yang berbeza mengenai cinta. Tapi apa yang ana cuba sampaikan melalui nama blog ini, adalah semangat cinta dalam mengejar cinta Allah, serta menjadikan apa yang diertikan cinta itu bermakna, dan menjadikan ia cinta yang membawa kesyurga.. insya'allah... amin ya rabbal alamin.


Mulai saat ini, insya'allah ana akan masukkan entri tentang apa yang lahir dari hati sanubari insan hina ini, yang mempunyai hidup serta nyawa yang sama seperti insan lain, cuma yang berbeza adalah pengalaman hidup yang Allah ciptakan berbeza antara kita. Mungkin sesuatu yang dikongsikan agar bermanfaat buat orang lain.Jelas ada entri sebelumnya, ana tuliskan yang ana takut untuk tuliskan sesuatu untuk bacaan umum, kerana ana takut berbaur fitnah serta umpatan2, mungkin keaiban.. insya'allah akan ana beranikan diri tuliskan sesuatu yang keluar dari hati yang lebih umum tapi bermanfaat.


Sama-sama kita renungi puisi sebagai penutup entri ini..


Cinta Selalunya begitu.. antara keinginan Langit atau kehendak bumi.. pilihlah antaranya.. bercintalah... namun..  jadikanlah cinta kepada sang pemilik langit dan bumi..menjadi indah dan berbunga  jangan biarkan guguran sakura membawanya jatuh ke bumi ...kerana cuma itu cinta yang hakiki..


Wassalam.. =)


















Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos