October 28, 2013

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

Posted by Lyla 0 comments

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH


1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

"Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.."

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

FIRMAN ALLAH SWT:

Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

FIRMAN ALLAH SWT :

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.

Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

FIRMAN ALLAH SWT :

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.

(Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

- See more at: http://rahmanhatim93.blogspot.com/2013/03/7-jenis-sombong-yang-dilaknat-allah.html#sthash.BRLMJgwv.dpuf

October 12, 2013

Sahabat datang dan pergi , Jujur dan Palsu...

Posted by Lyla 1 comments
Assalamualaikum...

Dunia oh dunia, indah penuh warna, bait-bait lagu yang sering bermain di telinga. Menusuk dalam maksudnya. Alhamdulillah masih berpeluang singgah menulis sedikit kata sebelum lena.
Alhamdulillah, terasa tenang dengan hari-hari mendatang, segalanya dilalui dengan mudah, apatah lagi jika mendidik diri dengan penuh kesyukuran dengan apa yang datang.Masih sibuk dengan pekerjaan dan tugas sebagai isteri, menumpu perhatian sepenuhnya pada tugas sehari-hari. Tenang rasanya kerana banyak menghabiskan masa di rumah, kereta kecil senyap parking di hadapan rumah, bergerak jarang sekali, cuma kadang-kadang menghidupkan enjin untuk kebaikannya...

Begitulah kehendak manusia kadang-kadang berubah, kalau sebelum ini suka berjalan menghabiskan masa diluar, kini lebih suka duduk di rumah. Jujur lebih senang begini, terjaga dan jauh dari fatamorgana diluar yang merosakkan. Alhamdulillah... kadang kesendirian itu lebih baik..

Seperti berubahnya kehendak, perasaan pun apatah lagi, sungguh Allah yang berkuasa membolak balikkan perasaan kita manusia, dengan sangat mudah benci bertukar sayang, ataupun sebaliknya. Mahupun dengan dorongan insan lain atau sendirinya, semuanya dengan izin Allah SWT, namun yang baiknya jelas Allah pampangkan untuk memilih, yang mana lebih baik hanya Allah yang tahu, kita hanya memohon yang terbaik. 

Terasa kekok tidak seperti dulu mula-mulanya, sukar untuk mengerti hati manusia yang mungkin kita fikir sudah tahu, tapi ternyata jauh sekali pengertiannya. Lantas hati kecil ini merelakan dan membiarkan, mungkin ini lebih baik. Yang ana maksudkan disini, adalah sahabat... sahabat datang dan pergi, relakan sahaja yang pergi, mungkin kerana ruang yang lebih baik akan terisi, mungkin dia tak layak untuk kamu, atau sebaliknya.
Seperti kita tahu tiada insan yg sempurna begitu juga sahabat, tiada yg sempurna, jelas yang perlu ada saling menerima. 

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 
Sungguh sangat sukar mencari teman sejati, sungguh kadang menyesal pernah hadir mengenali insan yang pernah digelar sahabat, tapi hadirnya kerana Allah sebagai tarbiyah dalam perjalanan menuju yang hakiki. Ana sedar mungkin kesilapan diri kerana terlalu mudah untuk percaya, akhirnya terketuk sendiri dengan kepercayaan itu. Sejak dahulu ana sangat berhati-hati memilih sahabat, lama menyendiri bertemankan muhabsabah diri, berpindahnya ana ke semenanjung bukan bererti jauh dari perkhianatan, penipuan ternyata semua satu permulaan dalam hidup baru.

Bersyukur Allah kenalkan dengan ramai insan-insan baru, Muslimat-muslimat baik terutamanya, yang dekat dengan agama, mahupun para ilmuan atau seadanya. Banyak yang ana belajar dengan mereka mahupun dengan pengenalan singkat, membuka mata dan jelas dalam menilai dan mentafsir. 

Kalau dulu terfikir merekalah terbaik, semua itu palsu... ternyata masih banyak yang Allah mahu kita pelajari, masih ramai yg hendak Allah kenalkan. Sebaik manapun rupa dan pakaian, sebaik mana pun tutur dan kata, setinggi manapun ilmu di dalami tidak membedakan  melainkan hati. Hati itu yang kita tak nampak. Tidak mahu disakiti , ana memilih untuk berhati-hati lagi dan berhenti menaburkan kasih yang tak tentu disakiti atau dihargai.Mahupun sahabat-sahabat banyak telah jauh dari khabar dan pandangan, inShaaAllah dalam doa sentiasa dalam ingatan, alhamdulillah kejauhan saling mambawa kebaikan untuk hidup kita..^^

Alhamdulillah, semakin tenang dalam menilai hadirnya penasihat terbaik yakni suami sendiri, sungguh dialah sahabat sejati yang Allah hadirkan, tidak lekang mendidik diri ini yang punya banyak kelemahan, tak pernah undur walau ana lemah, tidak pernah jauh tika ana tiada. Alhamdulillah walaupun ada menyakiti, rupanya banyak nya insan yang Allah hadirkan menceriakan hari-hari ini, terutamanya sahabat-sahabat di dalam FB, Instagram, dan sebagainya, mahupun maya mungkin itu lebih baik. Jika telah Allah tentukan pertemuan inShaaAllah di negera lain sekalipun pasti bertemu juga, seperti suami yang dulu beribu batu kini tegar disisi^^ . 

Bagaimana kita menilai sahabat, pasti lain dari setiap individu, mungkin subjektif untuk dititikkan maksudnya jauh sekali. Pelajaran buat diri, setelah bertahun ber 'aktiviti' di dunia maya (laman sosial), dan akhirnya banyak pengalaman sepanjang tempoh tarbiyah ini, yang takkan pernah berhenti untuk belajar. Ini hanya pandangan ana, dari hati yang lemah, sungguh pandangan agama itu yang terbaik. InShaaAllah
  • ·         Dalam bersahabat di dunia maya, Jangan mudah terlalu percaya dan elakkan berkongsi terlalu banyak hal peribadi mahupun rahsia. Be careful who you trust because as quickly as they say they're your friend is how quick they can turn their backs on you.
  • ·         Jika Niqabis, minta ingin melihat wajah , elakkan kerana mungkin itu hanya penyamaran. Anyway, pada ana, jika beria-ria ingin berkawan untuk hanya melihat wajah, dia tidak ikhlas, kerana tujuannya hanya untuk itu.
  • ·         Jangan tertipu dengan pendidikan agamanya yang ada padanya, sungguh jika dia dapat menjatuhkan kamu, pengaruhnya lebih besar untuk memperbodohkan kamu.
  • ·         Kawan yang ikhlas tidak akan membandingkan kamu dengan kawan yg lain, mudah dikatakan talam dua muka, depan kamu baik tapi di belakang menikam dengan cara halus.Real friends are always there for you, you can trust them to keep your secrets, share you laughter and your tears, fake friends are never around when you really need them, they want to know about you so they can tell others and most of the time they laugh at you instead of with you.
  • ·         Elakkan jatuh kedalam perangkap kawan yang hanya menggunakan kamu bila perlu, contoh mencari kamu bila perlukan pertolongan, menggunakan kamu sebagai teman bila perlu sahaja, hilang bila kita perlukan mereka. Ingin meminta bantuanmu saat dia perlu, tapi saat kamu perlukan bantuan, macam-macam alasan yang dia berikan. contoh yang ana pernah lalui, mengajak keluar untuk urusannya, tapi mengelak bila ana perlukan dia.. Before you count your friends, make sure you can count on them. Some friends are only around when they want something from you but are never there when you need something from them.
  • ·         Jika pertemuan pertama/ kedua dengan sahabat itu, dia asyik memandang kamu dari atas sampai bawah dan memandang benda2 yang kami miliki,contohnya HP, Handbag, brgn kemas dan sbg... dari hatinya yang tidak ikhlas, pasti terpampang wajahnya yang sinis. Tandanya dia hanya merendahkan kamu. 
  • ·         Hati-hati dalam terlalu menghargai sahabat, mungkin kamu mengaggunginya, dengan meletakkan gambar-gambar bersama dia di FB, Instagram atau laman sosial yang lain, tapi tiada gambar kamu padanya, jelas dia tidak seikhlas kamu menyayanginya. Risau jika dia hilang kamu yg kecewa.
  • ·         Layanan sahabat yang tidak ikhlas ini jelas bertalam dua muka, Every coin has two sides, just like most people have two faces. Ketika dia bersama sahabat-sahabatnya yang lain, dia melayanimu dengan dingin , lebih parah lagi tidak mahu mendekatimu malah melupakanmu sama-sekali, dan tiba-tiba muncul saat memerlukanmu.
  • ·         Elakkan sahabat yang merapati untuk megetahui kelemahanmu, penyamaran semata-mata, lantas dia akan menjatuhkan saat berjaya mengumpulkan kesemua kelemahan mu, dan akan menjatuhkan mu apabila bersama orang lain, insan begini suka membuatkan orang lain menjauhimu. Ciri-ciri yang jelas yang ada pada mereka, adalah kecemburuan saat kau memiliki sesuatu yang dia tidak senangi atau cemburu dengannya. " Beware of enemies who come disguised as friends, if a person hates you they won't want to see you succeeding at anything and they will try to discourage you whenever they get the chance" ~  Rashida Rowe quotes  
Terlalu banyak sebenarnya , cuma ini yang terlintas yang pernah ana lalui. Jangan tertipu dengan labuhnya tudung atau mantapnya ilmu yang kawan miliki, Sungguh dengan kelabuhan dan ilmu itu akan lebih kuat menyakitimu, saat kita fikirkan mereka yang terbaik, kepalsuan itu pasti lebih sakit dari biasa. 
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • ·         sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • ·         sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • ·         sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
  • ·         sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

Ciri sahabat-sahabat baik pula :

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • ·         Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • ·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • ·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • ·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • ·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • ·         Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • ·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • ·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • ·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • ·         Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • ·         Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • ·         Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
·         Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
·         Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Semua mengimpikan sahabat bercirikan yang diatas, inShaaAllah pasti akan hadir, dan ana telah ketemukan insan ini... Sayang mereka kerana Allah^^ Semoga Allah meramaikan lagi insan-insan baik seperti ini dalam hidup kita, dan kita tidak buta memilihnya. 

Semoga dengan pertemuan kita dengan sahabat-sahabat yang telah menyakiti, mengkhianati menjadikan pengajaran besar dalam hidup kita. Jelas pelajaran dari Allah tidak akan berhenti, semoga Allah menghadirkan kita hati yang jaga dan lalai dalam menilai sentiap insan yang ingin mendekati atau hadir dalam hidup kita. Aamiin ya Rabbal Alamiin...

Bersyukurlah kita dihadirkan insan yang pelbagai karenah, gaya dan topeng sebagai satu pengajaran penting, belajar dan menilai darinya dalam memilih arah tuju, yang jelas Friends sometimes are fake, Best Friends are only for a while, But family, Sisters  Husband are Real.  InShaaAllah . Suka dengan status fb ni, You want to come in my life, the door is open. You want to get out of my life, the door is open. Just one request. Don't stand in the door, you're blocking the traffic.... 

~ Bless the ones that walk away from you, they're just making room for the ones that won't...





October 10, 2013

Different Ways to wear Niqab Yemen (HD)

Posted by Lyla 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum... Alhamdulillah tenang malam berlalu, bersama emosi yang letih terbawa-bawa hendak tidur...
selesai edit video Tutorial Niqab Yemen, sebenarnya dah lama rakam video ini, cuma baru kali ini berkesempatan untuk edit dan upload. Sengaja kecilkan video tutorial dalam vid background supaya tidak terlalu jelas. Alhamdulillah gaya-gaya yang tertera dalam video ini ada 7 gaya kesemuanya, ada diantara gaya-gaya ini inspirasi dari sahabat-sahabat juga...

Alhamdulillah, semoga video ini bermanfaat, untuk niqabis di luar sana yang inginkan kelainan dalam pemakaian Niqab jenis ini. Semoga dengan usaha ini membuktikan niqab ini bukan hanya sekadar lapuk ketinggalan zaman dan kosong, tapi turut indah dan pelbagai, agar tidak diremehkan wanita-wanita metropolitan akannya...

Yang jelas video ini hanya sedikit perkongsian Idea, terpulang pada yang mahu menerimanya atau tidak, sungguh Dalam perjalanan kehidupan, yang positif ada pengganding nya , yakni negatif... Begitulah juga manusia, dlm segala hal yang dilakukan, tak semua insan dapat menerimanya, pasti ada yg tentang, secara terang-terang mahupun bermuslihat.. Namun Allah sebaik-baik penilai, teruskan menjaga hatimu, jangan timbul hasad dengki dengan usaha maupun apa org lain miliki.. Sungguh jika insan lain cuba melakukan kebaikan, hatimu tidak suka, cuba check hati itu... risau yang hadir cuma hasad, busuk ....yg hadir sia2 amalmu...nauzubillahminzalik.. teguran buat diri dan semua...







In life, there is always someone out there, who won't like you, for whatever reason, don't let the insecurities in their lives affect yours... Well, no matter how you decide to act or how good you try to live it, others are always going to talk bad, criticize and have their own opinion about your life... But always remember that this is tarbiyah from Allah and indeed only Allah knows best..! Lovers or haters they all human and so we are, live, learn, love, laugh and don't forget to grow....... Say Alhamdulillah 

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos