Kemas-kemas beg camera, charge bateri penuh2.
Dslr di sandang, action camera didakap,
Seronok katanya nak jumpa teman2...
Dslr di sandang, action camera didakap,
Seronok katanya nak jumpa teman2...
"Ni nak pegi usrah ke nak pegi photoshoot...?"
Tanya suami tiba2.
"Betulkan niat syg, abg tengok skrg ni muslimat buat usrah & program sana sini, hadiri majlis ilmu, posing dan ambil gambar je yang lebih2,
Ilmu yang dibawa pulang dan manfaat yg boleh dikongsi semacam nombor dua malah ada yg kosong bila hadirnya mahu ditunjuk-tunjuk.
Bukankah segala amalan bergantung dgn niat..?" Sambung suami panjang...
Hmm, muhasabah diri si isteri, malu...
Sebelum ini mungkin tidak terfikir pun soal itu.
Syukur, atas peringatan yg pasti dtg dari Allah kerana sayang.. :')
Excited mahu jumpa teman2 dan bersilaturrahim, Jangan smpai lari niat utama.
20% Usrah @ Majlis Ilmu, 30% Makan & Borak,
60% Tangkap2 gambar ;
Sebab itu 'Ilmu' yg dibawa pulang kadang tidak berhasil pun menyegar iman dan tidak terkesan pun mendidik akhlak, yang ada cuma check in & gambar-gambar di upload sana sini...
Ampun ya Rabb,
Banyak sekali kelalaian dalam amal.
Moga tidak rugi dan sia-sia segala perjalanan...
Maaf teman2,
Bukan salah camera yang diminati tuannya,
Yang salah diri ini yang suka menekan punat 'capture' dan menyimpan memoir tak bertempat.
(Perkongsian dari Fb sy)