January 18, 2016

Lensa Aswad : Rehlah di Taman Botani

Posted by -

Assalamualaikum, sedikit perkongsian dari lensa Aswad (Camera Dslr canon bernama Aswad).

Berkesempatan rehlah bersama rakan-rakan usrah teh tarik tempoh hari. 
Sangat banyak perubahan Bukit Cerakah / Taman Botani Shah Alam berbanding awal tahun lepas.
Kawasan makin cantik, kemas dan bersih. Sistem pengurusan makin terurus, kedai membeli makanan semakin banyak pilihan. Hendak menaiki basikal tidak lagi perlu beratur lama. 

Harga Parking : Rm3.00
Harga Tiket Masuk : Rm3.00
Harga Berbasikal : Rm 10.00, RM1.00 per extra hour. 
Dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh pengunjung nikmati. 
Pintu Masuk tersergam indah

Menenangkan

Bersih dan Kemas
Tempat Wajib dikunjungi (Rumah Pokok)

Picnic sambil berusrah di rumah pokok
Ninja sebati bersama alam

Melalui titian gantung, utuh.

candid katanya

Pandangan terima kasih mungkin...?

 Sang monyet mengutip sesuap keropok ikan

Monolog dari Alam...

Akhirnya kepura-puraan akan nampak juga,
Kepalsuan akan nyata juga....
Hati mulai sakit dan menyendiri...

"Sabarlah manusia memang begitu, hanya memberi manfaat bila mahu manfaat..." -monyet

"Aku manusia.... merasa sering dimanfaatkan..."

"Sebab kau pun begitu...?" -monyet

"Ya, Tapi kenapa mesti tersisih..?"

"Sebab hatimu terlalu byk ruang utk manusia, lebih byk memikirkan manusia dari tuhan, lebih byk menghibur insan dari tuhan, lebih suka ibadah utk manusia berbanding Tuhan..." -monyet

"😔....."

"Bermuhasabah la, ada niat yg sudah lari, 
Ada iman mulai runtuh.
Mahu bahagia dgn dekat dgn manusia, itu sementara. Sebab dikau tidak akan tahu yang mana satu palsu, yg mana satu tipu.
Raih lah bahagia dengan mengenal Allah, dekat dgn-Nya, yang sakitnya dtg dari manusia tidak akan ada makna lagi..." -monyet







0 comments:

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos