May 28, 2016

Jika benar cinta, Pasti bisa

Posted by -
Apabila suami dan isteri masing-masing sibuk soal hak ,
Makin hilanglah erti ikhlas khidmat dalam rumahtangga...
Ajaran 'Cinta' kontemperori, terdidik dari drama dan movie.
Mengajar si suami menjadi egois.
Mahu layanan umpama raja.
"Kamu isteri, mesti buat semua. Aku suamimu, taat!"
Mengajar si Isteri menjadi sinis.
Mahu dilayan umpama pemaisuri.
"kamu suami, mesti mengerti. Aku bukan orang gaji!"
Anak-anak...? Makin bingung utk mengerti.
"Perkahwinan sebenarnya untuk apa...?"
Dunia semakin tenat,
Panduan membina rumahtangga banyak dibina dari pentas cerita, cuma berdasarkan logik akal semata. Kita ditegaskan hak dalam menerima hingga lupa tugas untuk memberi. Kita dididik tegakkan tiang ekonomi hingga lupa pada binaan tiang agama dalam keluarga.
Untuk bahagia, pasanganku mesti beri terbaik!
Untuk tenang, ekonomi keluargaku mesti hebat!
Tidak ada sabar dan syukur.
Jika begitu, tidak hairanlah asyik berbalah, simpan dendam dan marah-marah. Walaupun cinta tapi terus bermasam muka.
Walaupun makin kaya tapi terus dahaga.
Apabila melakukan sesuatu demi makhluk, Hilanglah ikhlas si suami mencari rezeki, hilanglah ikhlas si isteri menjaga keluarganya...
Kita lupa,
Yang beri bahagia dan tenang, hanya Allah SWT.
Bagaimana mahu bahagia, Andai rumah tangga dibina hanya didasari dunia? Bagaimana mahu tenang, Andai cara hidup kita jauh dari Sunnah Rasulullah...?
Ayuh muhasabah sama-sama. Agar kebersamaan kita bersama pasangan, sebagai keluarga tidak terus sia-sia... :')
Tujuan utama perkahwinan supaya kita semakin dengan dgn Allah dan Rasulullah. Sebagai suami, kenal amanahnya untuk memimpin ahli keluarga masuk ke syurga Allah. Sebagai isteri, faham usahanya untuk bawa ahli keluarga pada agama Allah.
Bila belajar mengerti hakikat itu, Kita akan lebih banyak memberi daripada meminta kerana yakin segalanya dari Allah dan dilakukan untuk Allah. Suami Isteri yang ikhlas dalam memberi khidmat & melaksana tugas seharian, semuanya dilakukan penuh cinta. Dapat pulangan atau tidak, semuanya dikembalikan pada Allah. Bukankah sudah hakikatnya, makhluk terlalu lemah untuk menghargai kita?
Percayalah, buat apapun bila kerana cinta dan sayang, tidak akan ada penat. Buat sesuatupun dengan ikhlas dan tulus, tidak akan ada sakit hati.
InShaaAllah...
Jom, amalkan Sunnah Nabi SAW dalam rumahtangga.
- Sentiasa berkasih sayang
( Berakhlak baik, Suka untuk mendengar, Sentiasa senyum.)
- Ta'alim
(mengajar dan belajar : halaqah tajwid & kitab , kenalkan Sifat Nabi Muhammad SAW, Kisah Keluarga & Sabahat Baginda dan sbgnya)
- Ibadah
( Hidupkan suasana Quran, Jaga Solat : Awal waktu dan solat2 sunat, Amalkan zikir,selawat serta Istigfar)
- Dakwah
( Ingat memperingati )

0 comments:

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos