Masih segar di ingatan, ketika ana mengambil keputusan untuk berubah, macam-macam persepsi orang disekeliling.Bahkan ada ura-ura yang mengatakan bahawa ana menghidap penyakit yang membawa maut, itulah punca perubahan..dan begitulah seterusanya, satu persatu kabar angin muncul. Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut insan...? Namun hakikatnya, apa yang utama apa yang kita cuba buat, niat baik..dan perkara baik... Membesar dengan perwatakan lelaki (tomboy),pergaulan dan persahabatan yg banyak mengundang padah, banyak memberi kesan dalam kehidupan ana, dan banyak mengajar ana tentang arah kehidupan yang sebenarnya. Hingga saat ini, ana merasakan seolah-olah itu semua hanya mimpi buruk, mimpi buruk yang hingga saat ini sering disebut-sebut orang.
Dalam usia 16tahun sahaja mula berias kening dan sebagainya. Make up menjadi kemestian, Gaya menjadi utama dan salah satu aspek penting yang perlu diutamakan. tiada lagi erti aurat dan hukum, yang bermain di fikiran cuma perhatian dan kesempurnaan. Alpa dan lalai dgn pujuk rayu syaitan tat kala melihat cermin.
Secara sedar atau tidak, perasaan ketika itu merasa sempurna, apa yang diharapkan adalah perhatian...Berbohonglah pada wanita yang kata tidak... Meninggalkan semua tu sejujurnya tidak mudah, macam yang ana tuliskan tadi, Step by step... ramai wanita yg tidak yakin bahawa mereka boleh meninggalkan semua itu, berubah bukan shj dari make up, penampilan, malah akhlak jg...
Memang susah bagi yang mengangap ia mustahil, tapi mudah bagi mereka yang menganggap ia sesuatu yang mesti untuk dilaksakan, dan meninggalkan dan menjahui apa yang dilarang.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan:
"Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu".Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)
semua wanita tahu bahawa bertudung menutupi dada itu mesti,
Semua wanita tahu memakai pakaian yang ketat itu silap...
semua wanita tahu akan paras aurat yang disyariatkan islam...
Semua wanita tahu lengan dan kaki itu aurat. tapi kenapa mesti dianggap remeh.
Atas alasan apa wanita mesti buat tidak ambil peduli...??
sedangkan tudung/shawl masih menutupi kepala.. dengan segala fesyen yang semakin lama semakin pelik...
sehinggakan tudung ala labuh dipasaran kini, dibuat dari kain yang agak berat dan jatuh melewati lurah2 bahu dan dada.
Semua wanita tahu ... itu semua salah,
Semua wanita tahu ia membawa dosa....
Jawapannya cuma tidak mahu ketinggalaan zaman,konon ingin maju bersama arus kemodenan..
arus pembangunan fesyen sama-sama menjerumuskan wanita islam ke arus kesesatan...
Jangan lupa wanita, Fesyen mu itulah juga yang mengumpan neraka...
Biarlah Kami dipanggil kuno, kami dipanggil semak,Kami dipanggil hantu malah ninja...
Kami senang takut didekati, daripada mudah menodai..
kerana kami tidak mahu terjerumus dengan godaan arus kemodenan yang bakal menghumban kami di neraka.
Impian kami bukan no.1 dimata lelaki, Impian kami cuma 1.. menjadi wanita solehah bidadari syurga...
Impian kami bukan mengaut perhatian para lelaki... impian kami cuma mahu setia pada seorang lelaki yang soleh...
Kita sama-sama tahu apa yang salah dan apa yang tidak...Marilah sama-sama menjauhi apa yang dilarang.. mohon maaf kalau penulisan ini mengguris hati sesiapa, ambil la apa yang baik darinya...dan semoga membawa manfaat buat yang singgah membaca... =) ssgunya yg baitk itu dtgnya dr Allah, dan yg buruk jelas dr ana..
0 comments:
Post a Comment
syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai