Assalamualaikum...^_^
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
|
A | Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati,
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas
ketika meluahkan perasaan marah.
Meskipun begitu marahnya mudah reda.
|
B | Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang
rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.
Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang
menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
|
C | Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya
popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak
bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap
masalah yang dihadapi adalah remeh.
|
D | Pendiam, bercakap hanya bila perlu.
Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam
mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah
selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
|
E | Pandai dan penuh pertimbangan dalam
menjalankan tanggung jawab.
Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh
membuatkan hati orang lain terluka.
|
F | Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar memaafkan.
Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
|
G | Kerap murung dan bersedih hati.
Pendiriannya mudah dipengaruhi.
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan
sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
|
H | Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.
Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan,
suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
|
I | Suka memendam perasaan dan permasalahan.
Mereka juga mudah merasa curiga dan
cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
|
J | Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
|
K | Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria
walaupun perasaannya gundah. K
elemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
|
L | Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
|
M | Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
mereka akan berontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.
|
N | Baik hati dan rapi dalam berpakaian.
Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang
lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
|
O | Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong
dan suka memilih teman.
|
P | Pandai berjenaka dan selalu ceria.
Punya banyak idea dan sangat kretif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.
Agak pendendam dan boros.
|
Q | Setia dan mudah memaafkan orang lain.
Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
|
R | Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.
Tekun dengan kerja yang disukai dan
bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
|
S | Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.
Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
|
T | Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
|
U | Suka berterus-terang dan menyendiri.
Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
|
V | Tutur katanya lembut dan pemalu.
Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga
pandai menguasai orang disekitarnya dengan
cerita-cerita yang memikat.
Tidak suka berterus terang.
|
W | Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.
Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.
Keras kepala dan sukar diatur,
tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.
|
X | Budi pekertinya halus.
Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik
dengan mereka yang menyinggungnya.
|
Y | Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.
|
Z | Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
~Ana harap sume ne dapat membantu untuk kite
memahami diri sendiri.. insya'allah...
Dah lewat, time to go..^^, dadda... |
1 comments:
N-utk Nazihah ^^
Post a Comment
syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai