April 27, 2011

Kadang perlu melepaskan..

Posted by -

Assalamualaikum... 
MySpace
Mengungkap cinta itu indah, seperti dunia milik berdua, kadang hingga lalai dan mimpi menjadi asyik.. Begitulah cinta, fitrah manusia yang hadir dalam tiap insan bernama manusia, Pada ana, Allah melahirkan cinta dalam diri hambanya, sebagai ujian buat mereka.. ya buat kita.. =) Cinta yang hadir dan dipegang begitu erat hingga ada yang tidak mahu melepaskan dan sanggup ada yang mati untuknya, begitulah hebatnya cinta. 
Ada pula yang sanggup menutup pintu hati kerana kehilangan cinta sebelumnya...  Janganlah lupa duhai hati pendamba cinta, yang cinta itu jua pinjaman Allah, seperti seorang ibu menangisi kepergian anaknya, tidaklah menangis andai tiada cinta akan anakknya... 

Menjadikan cinta itu ujian yang tak teringga hebatnya.... segalanya didepani dengan sabar dan senyuman.. insya'allah.. yakinlah bahawa hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Malam pasti berganti menjadi siang. Tidak ada satu pun ujian yang menimpa, kecuali pasti akan ada titik akhirnya. Ia tidak berubah bagai intan yang akan tetap kemilau walaupun dihantam dengan apapun jua...

Pada yang kehilangan cinta...

Kisah insan yang marak dengan kasih dan sayang,
namun berpisah atas dasar cinta,

apabila masing-masing mengerti,
cinta mereka mengundang penderitaan lebih parah,
serta hati masing-masing,
diikat cinta dan janji oleh yang Maha Esa.

Walaupun berat hati melepaskan,
walau terpaksa menangis saban malam,
tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan,
dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan,
menjunjung tinggi fiqh aulawiyat.

Jika benar mengasihi seseorang ,
tak semestinya perlu dipegang, 
tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan...


MySpace


~ Semoga bahagia selalu ~

6 comments:

Cahaya Malam on April 27, 2011 at 8:54 PM said...

masya Allah...terima kasih...membuatkan saya banyak berfikir dan menyedari sesuatu...^_^ syukran ya ukhti...^_^

Sakinah on April 28, 2011 at 12:26 AM said...

subhanallah.. ringkas nya tapi menusuk hati. terima kasih ukhti. ana rasa lebih berani selepas ni

- on April 28, 2011 at 12:45 AM said...

Salam Auntacu81 & Sakinah... alhamdulillah syukran ats komen kalian.... ^_^

imtiyaz said...

salam,,ukhti sungguh cantik blog nie ssh ana nk jumpa blog yg bgtu menarik,,tahniah berjaya,,

dhanithea21 on January 12, 2013 at 7:24 PM said...

Sangat mencerahkan.. Trmksh!
Izin Copas/share ya?!

dhanithea21 on January 12, 2013 at 7:27 PM said...

Sangat mencerahkan.. Trmksh!
Izin Copas/share ya?!

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos