بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rasa
semangat pula ingin bercerita walau tiada mungkin yang membaca.
Menyingkap memori lalu sejak memulakan langkah memakai Cadar/Purdah/Niqab , yakni secebis kain yang dipakai menutupi wajah kecil ini. Bukanlah menutupnya kerana merasa istimewa, tetapi kerana keselesaan itu sebati dalam diri, kerana Allah izinkan ia terus menemani hari-hari ini...ya Allah, benarlah sungguh makin dekat kami ingin kepada-Mu makin besar ujian yang Kau hadirkan. Terasa besar apa yg ana lalui padahal sekecil cuma disisi mu.
Masih segar walau terkadang lupa kisah dulu yang agak panas diruangan para Niqabis. Berbulan ia menjadi isu, isu fitnah yang begitu besar dalam hidup ana di alam maya ini. Bersyukur ia berakhir juga berkat kesabaran yg disemat walau selalu melatah dalam hadirnya. Yakin bahawa ujian ini di luar kemampuan, dengan Niqab terus menemani ana terus menyelami arus hidup ini, satu persatu Allah hadirkan insan dalam hidup ini, yang mulanya kosong sejak ana memilih untuk berhijrah. Ada yang datang untuk menjalin persahabatan, tidak lain juga ada yg untuk menjalin cinta, ada pula yang mahu menjalin kekeluargaan. Sesekali pernah kecundang dengan bahana maya, akhirnya diketuman juga insan indah dalam hidup ini juga pada `maya`.
Sedih dengan kata-kata insan bahawa Niqab hanya layak buat muslimat yg sudah baik sepenuhnya. Apakah ia tidak layak untuk muslimat lain..? Hidayah Allah rahsia dtg pelabagi cara. Kita sama sekali tidak layak melabel manusia lain tidak baik. Sungguh dengan mengkaji niqab menjadikan hati ana terbuka untuk berhijrah lebih jauh. Dengan niqab menjadikan ana dekat pada Cinta Sejati. So ana mohon jangan pernah pandang rendah pada muslimat yg berjinak2 bertudung walau menutup kepala, walau tdk sempurna, seungguh ia langkah mereka mendekati Allah... sungguh mereka lebih mulia dgn izin Allah jika mereka kembali padaNya. Apatah lagi buat mereka yg berjinak-jinek berniqab walau mungkin salah caranya, itulah tugas Niqabis yang lain yang sudah fhm untuk mendidik insan ini... Sungguh jangan kerana Niqab itu menjadikan mu Angkuh , Bongkak dan merasa diri sempurna dan mulia. nauzubillah... :(
Seringkali ragam manusia menjatuhkan kita, melemahkan kita sekelip mata. Alahai ragam manusia, itulah kata-kata yang mampu terungkap apabila terpaksa menghadapi ragam2 ini.
Pesanan buat ana yang berniqab dan pada semua yang mula dan sdg berniqab.
Seringkali ragam manusia menjatuhkan kita, melemahkan kita sekelip mata. Alahai ragam manusia, itulah kata-kata yang mampu terungkap apabila terpaksa menghadapi ragam2 ini.
Pesanan buat ana yang berniqab dan pada semua yang mula dan sdg berniqab. Seringkali, Insan sekeliling berkata Muslimat yg memakai niqab ini PELIK.
dengan pemahaman ini kita yg berniqab lansung berasa diri pelik...
Seringkali, kita dilabel berbeza dgn yang lain...
Seringkali, kita dilabel berbeza dgn yang lain...
Seringkali pelbagai tomahan yang kita terima jelas kerana kita berbeza.
................Ana seringkali keluar sendiri, memandangkan ana sering berurusan di luar. Mempunyai latar belakang yang bersahabat dgn plbagai bangsa dan agama mengajarkan ana cara berdepan dgn Insan sekeliling yg menerima Niqab malah yang `anti` niqab. ............... Seringkali ana bertanya walau terasa berat dibibir, meneliti luar dan dalam perbezaan itu. ...........
Sejak lama ana membuat kajian sendiri, tentang atitude org
disekeliling ttg Niqabis. Dengan memakai Niqab di wajah, Half face atau Niqab
Arab, ana beriteraksi dengan bermacam org, cuba membuat perbincangan ringkas,
pelbagai jenis bangsa dan agama, pelabagi jenis gaya dan ragam. Cara ini
berlanjutan hingga sekarang, insha`Allah...
Para niqabis,
JIKA ANDA RASA ANDA BERBEZA, MAKA ANDA
AKAN JADI BERBEZA...
DAN ORANG SEKELILING AKAN MEMBEZAKAN
ANDA.
JIKA ANDA RASA ANDA PELIK, MAKA ANDA AKAN
JADI PELIK...
LALU ORANG SEKELILING ANDA MENGANGGAP
ANDA PELIK....
JIKA ANDA MERASA ANDA 'PERFECT', MAKA
ANDA AKAN JADI SEOLAH-OLAH 'PERFECT'
LALU ORANG SEKELILING TERSISIH....
Sedarlah Niqab itu cuma sehelai kain yang tiada beza dgn pakaian lain...
bezanya cuma dimana ia diletakkan. itulah zahirnya.
Tidak salah merasa berbeza jika ingin jauh dari kerosakan akhir zaman, tetapi jangan sampai kita merasa istimewa, hingga lahir rasa diri mulia dan terasing dr sekeliling. Sedangkan kemuliaan itu lahir dari nafsu rasa sendiri.
Tanpa merasakan Niqab ini sebagai satu kelainan, ana berinteraksi dgn mana2 mereka seperti peniaga yang jelas dari bermacam bangsa, agama dan amalan. seperti biasa. Mulanya ana dtg mereka seperti diam dan jelas di wajah mereka wanita yang berpakaian berbeza/pelik(bg yg tak memahami spt agama lain) terdiam dan kaku.
Jelas layanan berbeza akan hadir.
Namun ana senyum walau tidak kelihatan dan bertanya mesra seperti insan lain. Mula2 mereka kekok menjawab, selang beberapa minit keselesaan mula hadir pada perwatakan mereka. kali kedua ana datang ketempat sama, Alhamdulillah kehadiran ana menjadi biasa, sehingga peniaga sempat bergurau. :) insha`allah smoga bila ada Niqabis lain mereka layan seperti biasa. (beberapa orang Peniaga berbangsa HINDU dan Budha (Chinese) )... Hal ini ana sering lakukan dimana-mana. Hingga peniaga beragama lain mula senang dgn Niqab, dan terbukti dgn Niqabis lain. Alhamdulillah...
Suasana sebegini bukan sahaja lahir pada mereka yg beragama lain, tetapi org beragama Islam sendiri. Mereka tahu ttg Niqab, tetapi masih beranggapan ia pelik malah tidak releven dan tidak melihat kepentingannya.
Ia tidak akan menjadi penghalang, menghadirkan diri dalam masyarakat sekeliling pasti membuka fikiran mereka ini utk menerima Niqab dan memahami tujuannya. Bukan tetap dengan keperbezaan itu lalu terjauhi mereka dgn kebenaran.
Sudah, cukuplah meresa keperbezaan itu, jangan jauhkan diri dari masyarakat, lupakan sebentar ada kain diwajahmu yg tidak ada pada orang lain... dekati masyarakat, barulah pemikiran mereka terbuka memahami Niqab. Berkata dan tegurlah mereka seperti biasa, ukirkan senyuman walaupun tidak kelihatan. Dengan senyuman itu pasti melahirkan aura positif yang bisa mempositifkan org lain. Jika kita ikhlas insha`Allah , Allah pasti permudahkan semua untuk kita.

Sumbing, Hantu, Sesat dan Tomahan-tomahan lain itu cuma kata-kata, bukankah niqab ini untuk meng utuhkan Iman mu, pasti kata-kata orang yg jahil itu tidak meluluhkan hatimu. walaupun luluh ingatlah Allah cuma ingin menguji Iman mu yang dikau didik dgn bantuan kain yang kalu gelar NIQAb itu. Kejahilan mereka mungkin shj diampunkan Allah, tapi keegoan kita?
Pesanan besar buat ana juga. Semoga dengan Niqab ini terus menjaga kita..
Jangan marah masyarakat yang tdk boleh menerima niqab kerana racun akhir zaman meracuni mereka, media yang juga manusia yang punya fikiran sendiri. Lalu siapa lagi yang boleh merubahnya kalau bukan kita, Niqabis sendiri. Sudahlah dan cukuplah berpuak-puak , ia cuma membuatkan kePelikan itu menggunung.

Ketahuilah, Niqab sebati dengan dirimu apabila keselesaan itu bukan shj pada dirimu tapi juga dgn org lain. Malah mudahlah jalan Dakwah dibina walau perlahan-lahan. Dan prasangka curiga pada niqabis akan hilang. Insha`Allah...:
Ingatlah Niqab bukan sesuatu yg pelik, Alhamdulillah Niqabis pula semakin ramai di Malaysia...terlalu mudah kelihatan dimana-mana. yg Seksi a.k.a Seksa itulah akan menjadi pelik.
Semoga Allah sentiasa membuka jalan-jalan kebaikan buat kita... Aamiin..
1 comments:
setiap org ad situasi dan alasan sendiri yg menjadikan memakai niqab wajib buat mereka.
Post a Comment
syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai