January 31, 2013

Hati-hati lah wahai hati

Posted by Lyla
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dgn izin Allah kesegaran mata ini berjaga semalaman, melihat satu-persatu insan yg dianggap shbt rupanya menikam dari belakang..

Rasanya tidak sakit, cuma sedikit sedih.
Pesan untuk hati ana, hati2 la wahai hati...

Mungkin dalam memberi teguran ana juga perlu hati2.. apa yang terjadi memberikan pengajaran yang begitu besar buat insan spt ana. Berhati2 memilih sahabat salah satunya... Semoga dgn tindakan seterusnya dapat membebaskan sedikit beban yang tidak perlu itu. :)

Moral of the story insha`Allah..

Dalam menegur insan lain, berhati2 lah. Tegur insan itu dahulu sebelum memburuk2kanya...
Dalam menegur insan lain, cermin diri dahulu, harus tegur CAKAP SERUPA BIKIN, (mungkin merasa terlalu sempurna senhingga tidak sedar kita melakukan kesilapan yang sama)
Dalam menegur kesilapan insan lain, kekalkan rasa rendah diri, jgn kerana ilmu agama itu menjadikan diri bongkak dan sombong.. sia2, beragama tapi rupanya tidak beragama,
Dalam menegur kesilapan insan lain, niat elok2, jangan sekali2 kerana cemburu akan apa yang dimilikinya, atau kebolehannya menggugat kedudukan kita... Tegurlah krn sama2 hamba Allah dgn kasih bukan dgn benci.
Dalam menegur kesilapan insan lain... Ingatlah, hidayah rahsia Allah, mungkin Allah mengampunkan kejahilannya, sedangkan kita? cuma mendapat kemurkaannya semata.... bertambah2 dosa dengan menyebarkan keburukannya sehingga berlaku UMpatan.
Dalam menegur kesilapan insan lain.............



...,

tegur diri sendiri dulu :)



~Insha`Allah sama2 memperbaiki diri.. semoga Allah memberi hidayah buat kita yg sering alpha , walau sedar atau tidak sedar..
ya Allah jauhkanlah kami dari perasaan bongkak akan insan lain.. sungguh tiada guna lah agama ini andai berjalan dibumi mu melabuhkan pakaian dgn kesombongan...
ya Allah peliharalah kami dari kejahatan manusia dan tukang2 sihir yang tunduk dgn syitan terkutuk,
ya Allah berilah kami kekuatan dalam meiniti alam maya ini... semoga dgn ujian kecil2 ini menjadikan kami insan lebih kuat menghadapi akan datang..
ya Allah jauhilah kami dari membuka aib org lain dan membuka aib sendiri...
ya Allah berilah hidayah mu agar kami  tidak terus laila dari terus hasad, sesungguhnya hasad itu menghancurkan kami dan org lain ..

Aamiin ya rabbal aalamiin.. :'(

2 comments:

Anis Sufiah on September 21, 2013 at 2:37 AM said...

Amiin,insyaAllah kak..

Anis Sufiah on September 21, 2013 at 2:38 AM said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos