November 27, 2011

KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 1

Posted by - 0 comments


MANDI BERSAMA-SAMA ISTERI
Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ

Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)[1]


HURAIAN

Dari hadis ini, kita dapat melihat bagaimana indah dan romantiknya Nabi Saw dengan Isteri-isterinya. Gambaran romantic ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَنَحْنُ جُنُبَانِ

Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub[2]


Tindakan nabi SAW ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama, bahkan Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah[3].

Dan pernah sambil mandi, mereka bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW[4].

Bahkan dalam hadis yang lain, Ummu salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa[5].

Dengan ulasan ini, penilaian yang kita dapat ambil adalah, sebagai manusia yang menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW ini.

Anggapan yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan Isteri merupakan amalan jelek, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran islam. Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka akan merasakan dihargai jika mereka diperlakukan sedemikian oleh suami mereka.

Sebagai isteri pula, tidak selayaknya kaum hawa menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Sekian


[1] Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253.
[2] Sahih Muslim : 482.
[3] Sahih Muslim : 498.
[4] Sunan An-Nasai : 239.
[5] Mushad Ahmad : 25355.

May 12, 2011

Isteri Idaman

Posted by - 0 comments
T      Taat pada suami
A      Allah ditamakan
Q      Quran di junjung
W     Wanita solehah
A      Amanah tunai tanggungjawab
 
 
T       Tunjuk kasih sayang
A       Anak pandai dididik
A       Akhlak mulia
T       Tutup keaiban suami
 
 
S       Solat dijaga
O       Org tua dihormati
P       Puasa dikerjakan
A       Aurat di pelihara
N       Nabi dicontohi


May 9, 2011

LUAHAN SEORANG PENCINTA...

Posted by - 1 comments
LUAHAN HATI SEORANG PENCINTA...


Assalamualaikum…………


Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Buat kekasih…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.

April 29, 2011

Semua Kerana Cinta

Posted by - 0 comments
Assalamualaikum.... Lagu ni buat diri untuk mengenal lebih dalam tentang cinta...
Semua kerana cinta.....

April 27, 2011

Tanbihul Ghafilin

Posted by - 2 comments
000meee
(Dari insan yg sering lupa ~ Ketika sdg study dibilik ~ Rumah usang) 
Tanbihul Ghafilin ~ Peringatan bagi yang lupa
MySpace

Ada 9 kesia-siaan yang sering dilakukan manusia :


1. Punya ILMU tetapi tidak diamalkan.


2. Punya AMALAN tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas.


3. Punya KEKAYAAN tetapi tidak dibelanjakan pada hal-hal yang bermanfaat & diredai Allah.


4. Punya HATI tapi selalu kosong dari mengingati Allah.

5. Punya TUBUH tapi tidak digunakan untuk beribadah kepada-NYA.

6. Punya CINTA tapi dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Punya WAKTU tapi tidak digunakan sebaik-baiknya.

8. Punya AKAL tapi tidak digunakan memikirkan sesuatu yang bermakna.

9. Sering berZIKIR tetapi tidak meninggalkan kesan kepada HATInya.

(Ibnu Qayyim Al-Jauzi)
.
.
MySpace

Kadang perlu melepaskan..

Posted by - 6 comments

Assalamualaikum... 
MySpace
Mengungkap cinta itu indah, seperti dunia milik berdua, kadang hingga lalai dan mimpi menjadi asyik.. Begitulah cinta, fitrah manusia yang hadir dalam tiap insan bernama manusia, Pada ana, Allah melahirkan cinta dalam diri hambanya, sebagai ujian buat mereka.. ya buat kita.. =) Cinta yang hadir dan dipegang begitu erat hingga ada yang tidak mahu melepaskan dan sanggup ada yang mati untuknya, begitulah hebatnya cinta. 
Ada pula yang sanggup menutup pintu hati kerana kehilangan cinta sebelumnya...  Janganlah lupa duhai hati pendamba cinta, yang cinta itu jua pinjaman Allah, seperti seorang ibu menangisi kepergian anaknya, tidaklah menangis andai tiada cinta akan anakknya... 

Menjadikan cinta itu ujian yang tak teringga hebatnya.... segalanya didepani dengan sabar dan senyuman.. insya'allah.. yakinlah bahawa hujan pasti berhenti. Badai pasti berlalu. Malam pasti berganti menjadi siang. Tidak ada satu pun ujian yang menimpa, kecuali pasti akan ada titik akhirnya. Ia tidak berubah bagai intan yang akan tetap kemilau walaupun dihantam dengan apapun jua...

Pada yang kehilangan cinta...

Kisah insan yang marak dengan kasih dan sayang,
namun berpisah atas dasar cinta,

apabila masing-masing mengerti,
cinta mereka mengundang penderitaan lebih parah,
serta hati masing-masing,
diikat cinta dan janji oleh yang Maha Esa.

Walaupun berat hati melepaskan,
walau terpaksa menangis saban malam,
tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan,
dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan,
menjunjung tinggi fiqh aulawiyat.

Jika benar mengasihi seseorang ,
tak semestinya perlu dipegang, 
tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan...


MySpace


~ Semoga bahagia selalu ~

April 16, 2011

Huruf Hadapan Nama~

Posted by - 1 comments
Assalamualaikum...^_^ MySpace

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. 
Berikut sebagai sedikit panduan.

A
MySpaceRamah dan murah senyuman. 
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam 
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. 
 Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, 
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas
 ketika meluahkan perasaan marah. 
Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang 
 rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. 
Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang 
menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. 
 Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
MySpaceRamah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya
 popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak 
bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap
 masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. 
Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. 
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam 
mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah 
selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam 
 menjalankan tanggung jawab. 
Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka 
 berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh
 membuatkan hati orang lain terluka.

F
MySpacePunya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. 
Mereka juga sukar memaafkan. 
Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. 
 Pendiriannya mudah dipengaruhi. 
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan 
sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. 
 Tidak pernah melukai perasaan orang lain. 
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, 
suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
MySpaceSuka memendam perasaan dan permasalahan. 
 Mereka juga mudah merasa curiga dan 
cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. 
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. 
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria 
walaupun perasaannya gundah. K
elemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. 
Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. 
Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
MySpacePandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, 
mereka akan berontak. 
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. 
Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. 
Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang 
lain tanpa memikirkan balasan. 
 Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta 
sukar mempercayai orang lain. 
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong 
dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. 
Punya banyak idea dan sangat kretif. 
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. 
Agak pendendam dan boros.

Q
MySpaceSetia dan mudah memaafkan orang lain. 
Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. 
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. 
 Tekun dengan kerja yang disukai dan 
bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
 Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. 
 Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. 
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. 
Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
MySpaceSangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. 
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. 
 Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. 
Naif baginya merugikan orang lain.
 Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai 
 menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. 
Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga 
pandai menguasai orang disekitarnya dengan 
cerita-cerita yang memikat. 
Tidak suka berterus terang.

W
MySpaceRamah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. 
Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. 
Keras kepala dan sukar diatur, 
tetapi hatinya boleh dilembutkan 
dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. 
Suka melakukan pekerjaan sosial. 
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik 
dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. 
 Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
 mereka adalah sahabat yang baik. 
 Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
MySpacePandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. 
Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.






~Ana harap sume ne dapat membantu untuk kite 
memahami diri sendiri.. insya'allah...


Dah lewat, time to go..^^,MySpace dadda... 




April 15, 2011

Kata Semangat ~

Posted by - 0 comments

MySpace
Kata Indah



...yang lalu biarlah berlalu. Bersedih atas kegagalan dimasa lalu sama saja dengan membunuh semangat untuk masa depan...
.
.
.
MySpace
...Allah selalu memberi pelangi disetiap badai, Senyum di setiap air mata, berkah di setiap cobaan dan jawapan di setiap doa....
.
.
.
MySpace....Bukan kebahagiaan yang membuat kita bersyukur. Tapi bersyukurlah yang membuat kita bahagia....
.
.
.
.....Berhentilah mengeluh, kabarkan pada-Nya bahwa engkau ikhlas menjalani kehidupan dari-Nya.....
.
.
.
MySpace
......Bersabarlah. Keberhasilan hanya dapat di capai dengan kesabaran.....
.
.
.
.....Bersyukurlah pada Allah untuk hari ini. Bersyukurlah atas segalanya yang Allah berikan kepadamu.......
.
.
.
......Terkadang sulit utk mengikhlaskan apa yang terjadi dalam hidup kita. Tapi percayalah Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.......
.
.
.
MySpaceMySpace......Tidak pernah ada kata gagal bagi setiap muslim yang tawakkal.. kadang keberhasilan yang diberikan Allah berbeda dengan yang kita inginkan........

April 4, 2011

Ketulusan Cinta ~ Buatmu

Posted by - 0 comments
~Lagu ini mengingatkan tentang dia~

Sebuah kehidupan, akan lebih bermakna dengan cinta,

Sebuah kehidupan, akan lebih bermakna dengan kasih sayang,

Sebuah kehidupan, akan lebih bermakna dengan perhatian,

Sebuah kehidupan, akan lebih bermakna denga kekuatan,

Sebuah kehidupan, pasti lebih bermakna dengan rahmat-Nya, Kasih-Nya, serta hidayah-Nya... disulami iman dan taqwa..


Itulah kehidupan... segalanya disalurkan dengan cinta… segalanya menjadi indah..

Ya Allah… Telah lama ku simpan perasaan cinta, dalam meleraikan setiap yang tersimpan menjadikan hati meronta kegelisahan…


Segala impian ini menimbulkan harapan, sesungguhnya telah Kau tuliskan untukku, namun tiada putus harapan diri ini, mendoakan agar cinta yang Kau hadirkan kumiliki.

Ku yakini pertemuan itu dulu membawa hikmah untukku, sama seperti pertemuan lainnya. Izinkalah ia selamanya untukku…Izinkanlah ketulusan cinta ini kuserahkan padanya… untuk ku semai hingga ke syurga-Mu ya Allah..


Sungguhpun Perbedaan kadang menyakiti ku.. namun ku yakin itu semuanya ujian dari Mu buat hamba Mu.. Ya Allah.. jadikanlah cinta ini selamanya untukku, biarlah kesetiaan ini terjawab suci dalam agama-Mu..

Dalam kesetiaan ku menanti….

Amin ya Rabbal alamin..

March 7, 2011

Hadapi Stress dgn bijak..

Posted by - 0 comments
Assalamualaikum....
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja, belajar dan sebagainya... Apa-apa saja boleh mendatangkan stress.. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana dan kadang sampai maigrain.. 




Dan apabila stress, macam2 bakal terjadi.. mood pun jadi tak elok.. (bad mood), bila ada org lain tegur jadi marah-marah, tengking sana sini. Ada pula yang terluka dengan kita.. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah... 


Disini ada beberapa tips yang rasanya terbaik untuk dikongsikan bersama...




1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk. Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil 
wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an. Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat. Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih 
adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah. Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada 
malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah. Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan. Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk 
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati. Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba 
menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri. Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain 
sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.



Semoga tips ini dapat membantu.. =) Ingatlah.. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.. 


insya'allah... 

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos