March 7, 2014

Kawal Nafsu Upload Gambar

Posted by -
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt..

Nafsu... Keinginan manusia yang tersirat dalam akal fikiran...

Nafsu.. Yang baik yang sama sekali tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah dan larangan yang telah Allah SWT tetapkan..

Nafsu... Yang buruk apabila hanya untuk memenuhi keinginan fikirannya sendiri, mengendahkan rasa nurani dan ketetapan Allah...


Nafsu upload gambar cuma tajuk kecil yang bermain-main difikiran ana beberapa hari ini. Setelah berfikir panjang mungkin ada baiknya ana kongsikan. InShaaAllah...

Zaman canggih dengan adanya Instagram dan sebagainya, menggalakkan pengguna untuk memuat gambar naik ke laman sosial tanpa had dan batasannya. Lebih-lebih lagi pada mereka yang suka bercerita melalui gambar. Sehingga lupa batasan dan hal yang patut dititik berat di dalamnya. Ana sendiri sangat suka menangkap gambar, dan pernah terjebak dengan deras 'mengupload' gambar, tanpa mengendahkan akibat malah buta akan kesan dan apakah fitnah yang mungkin bertandang. Zaman itu sudah berlalu, tapi menjadi pengajaran hebat dari Allah yang menjadi nota tarbiyah besar dari Allah, fitnah dan ujian yang mengubah dan mematangkan cara berfikir dan menilai sesuatu tindakan. 

Menerima mesej dari beberapa sahabat, sudah lama tidak memuat naik gambar ke laman sosial. Bukan kerana tidak ada cerita, bukan hilang menyepi, tetapi sejak tahun ini bertandang, keinginan itu semakin hilang, mungkin kerana azam untuk memperbaiki apa yang perlu.
Terasa umur semakin tua, dan sering pula kematian terngiang-ngiang kapan tiba, apakah yang telah diri tinggalkan di dunia...
Muhasabah diri semula, untuk apa diri upload gambar itu, atas tujuan apa, apa niat yang terukir di dalam hati, hati yang dinilai oleh Allah, tempat utama pandangan Allah. Apatah lagi jika niat itu dilaksana..? Adakah Malaikat Raqib yang mencatitnya ataupun Malaikat Atid..?

Kenapa sering lupa..? Setiap apa yang lahir dari hati dinilai oleh Allah dan akan dipertangunggjawabkan, sesekali kita lupa pentingnya niat yang diukir terutamanya ketika upload gambar ini, 

Mengapa hanya membeli roti ingin dipampangkan kepada orang lain, 
Mengapa hanya kerana membeli pakaian baru ingin ditunjukkan pada dunia, 
Mengapa hanya kerana membeli, kesitu kemari, itu dan ini mahu manusia melihatnya..? 
untuk apa menayangkan gambar diri, selfie..? untuk siapa semua itu..? 

Mengapa pula hanya kerana amal yang sedikit ingin di sebarkan kemulian yang tidak pasti penerimaannya disisi Allah.. sedarkah kita, Syaitan akan berusaha menanti rasa ujub, riak atas amalan seseorang itu, lantas rosaklah amalannya, sia-sia... Ingatlah sebenar-benar hubungan kita dengan Allah saat kita jauh dari manusia (bersendirian) ~ Habib Ali Zainal Abidin

Malunya diri pada Allah.. kerana hanya semua ini melalaikan diri dari sedar hakikat kehambaan dan hanyutkan diri dengan dunia...

Semua bermula dari hati, dan mengenali hati ini, bertanyakan pada hati ini , dan sedar semuanya banyaknya sia-sia dan rasanya tidak perlu. Ana tidak mengatakan upload gambar itu salah, cuma ana tidak cukup kuat menampung kemungkinan yang lahir dari hati yang lemah ini.

Ayuh bertanyakan pada diri, "Apabila aku upload gambar ini, adakah ia membawa manfaat kepada manusia lain, atas tujuan apa, untuk apa dan untuk siapa, apakah yang aku harapkan dari gambar ini..???" dan yang paling utama " Adakah Allah redha apabila aku upload gambar ini...?"

Hanyut, wanita mudah hanyut dengan pujian, tidak ingin menipu diri, ana juga sukakan pujian dan akui kadang lalai dengannya. Pujian yang melalaikan dan merosakkan niat baik dalam hati, Pujian yang menjadi hijab pada kebenaran. Punca pada kerasnya hati... Mengapa harus lupa diri dengan pujian...? Sedangkan Allah jua yang menutup keabaikan dan digantikan serta diperlihat kepada orang lain dengan kebaikan dan kelebihan diri kita. Maka sepatutnya kita bersyukur dan memuji Allah SWT yang menjaga maruah dan diri kita daripada diketahui keaiban dan dosa yang telah kita lakukan. Bukan semakin gian menghausi pujian dan penghargaan manusia...


Jika kita memuji orang lain kerana mereka memuliakan dan menghormati kita, pada masa yang sama kita melupakan Allah maka kita termasuk dalam golongan orang yang kufur dengan nikmat Allah. Maka janganlah kita lupa agar sentiasa memuji Allah kerana telah memperlihatkan kecantikan pada zahir kita.

Apabila kita dimuliakan oleh orang lain, dipuji dan dihormati maka kita tidak boleh memandangnya sebagai seorang yang layak dan berhak mendapat pujian dan penghormatan. Jika kita telah terpengaruh dengan pujian dan penghormatan tersebut, bermakna kita masih belum mengenali diri kita lagi. Ini kerana manusia tidak sunyi daripada keaiban dan kekurangan.

Ana bersyukur, kerana dikurniakan suami yang sentiasa tidak lekang memberi teguran dari semua segi, memberi pendapatnya atas kebanyakan perkara. Terutamanya bab upload gambar ini, seseringkali ana menolak alasannya, tetapi kini mungkin juga kerana kesabarannya mendidik isteri membuka hati ini merenung sebaik-baiknya dalam berfikir sebelum membuat apapun tindakan. Pujian dan penghargaan dari suami sudah cukup  untuk membahagian seorang isteri.. Tidak perlu manusia lain yang bersamanya syaitan merosakkan hati. Nauzubillah...

Alhamdulillah, Saat Azam mulai terbentuk, dengan izin Allah, Allah kirimkan kekuatan hati salah satunya dengan kata-kata ini ;


Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?.

Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", "Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. ~ 
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Pedas bukan, tetapi inilah pendapat jujur dari orang soleh, hati yang hanyut pasti mengendahkannya dan membutakan hati untuk ambil peduli. 

Diri tidak lari dari kesilapan, tetapi dengan merasakan bahawa Allah sentiasa menilai dan memerhati tindakan niat dan perilaku,dan yakin setiap apa yang ditinggalkan didunia memberi kesan di akhirat, akan menjadi pendorong yang kuat dan motivasi yang berterusan.

Maafkan ana, sekali lagi ana mengatakan, bukanlah maksud ana mengatakan upload gambar itu sama sekali tidak boleh, pada ana juga, menggunakan gambar sebagai medium dakwah adalah salah satu cara yang terbaik masa ini. Dan pada ana, dan ana juga gunakan cara ini, memasukkan gambar ekpresi diri sesuai dengan kata-kata, lebih mudah sampai kepada hati. Jika ikhlas dari hati sesuai dengan niat baik, pasti akan sampai juga kepada hati. inShaaAllah..


Upload lah jika mahu, semuanya terpulang pada niat individu itu sendiri... yang urusannya hanya antara diri sendiri dan Allah SWT. Terpulanglah samada kita memilih untuk berbaik sangka dengan niatnya atau berburuk sangka dengan niatnya itu, semuanya bakal dihisab Allah. Kutukan-kutukan berupa sengaja ingin dipuji, sengaja nak tunjuk cantik dan sebagainya itu, semuanya akan diadili oleh Allah SWT samada benar atau tidak.


Pesan Allah SWT di dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa.”
(al-Hujurat : 12)

Ketika upload gambar, sentiasalah tanyakan pada diri... 
"Apabila aku upload gambar ini adakah ia membawa manfaat kepada manusia lain,
atas tujuan apa,
untuk apa 
dan untuk siapa,
apakah yang aku harapkan dari gambar ini..???"
dan yang paling utama " 
Adakah Allah redha apabila aku upload gambar ini...?" 

Jangan biarkan dosa terus terukir berpanjangan hanya kerana sekeping gambar, kerana kelalaian kita dalam hal menjaga hati.. 

Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah kepada kita, agar hati sentiasa sedar dari tidak alpha dengan pujian manusia, diterima amal kebaikan dan usaha dakwah kita, dan juga buat orang-orang yang ada disekeliling kita, Allahumma aamiin.

Washallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi washahbihi ajma’in.


Wallahualam bishawab..


0 comments:

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos