March 5, 2014

Kecutan fesyen Niqabista?

Posted by -
Assalamualaikum wbt...

Melalui peredaran masa, segalanya semakin maju, semuanya semakin berubah. Kecutan di segenap aspek mungkin berlalu pantas seiring masa yang mengalir tanpa sedar mahupun tidak. Setelah lama tidak 'Online' membelek-belek FB sendiri, friend request dan sebagainya.. Subhanallah, semakin ramai muslimat memilih untuk memakai niqab...

Sebelum ini ana pernah kongsikan artikel Niqabis dan Fesyen, dan saat melihat gambar-gambar terpampang di muka buku, tergerak hati menulis sesuatu tentang ini, Kecutan Fesyen Niqabista. Topik yang sebenarnya rancak dimainkan , tetapi samar-samar dalam fahami maksud dan hikmahnya.
Kagum, ana kagum melihat niqabis semakin berani dalam bergaya dalam pemakaian, jika bermula dengan berwarna warni, ada pula dengan perhiasan tambahan, jubah yang semakin pelbagai dan macam-macam lagi. 

Daripada Abdullah Ibnu Masud ra beliau mendengar Rasulallah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah”. Maka telah berkata seorang lelaki kepada Baginda:”Sesungguhnya seseorang individu itu suka jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik”. Balas Baginda saw :”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong meleyapkan kebenaran dan merupakan kehinaan kepada manusia”. (Riwayat Imam Muslim).
Daripada hadith ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw tidak melarang seseorang manusia itu untuk memperagakan fesyen malah Baginda menerangkan bahawa Allah itu sifatNya cantik dan suka akan kecantikan. Hadith ini juga menegaskan, Rasulallah saw melarang jika seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong...
Jelas, Islam tidak melarang untuk berfesyen, Islam bukanlah agama yang anti akan fesyen tetapi anti mendedahkan aurat dalam berfesyen. Namun Islam juga mengajarkan kita bersederhana. Apatah lagi sebagai muslimah berniqab, memadailah dengan gaya yang bersahaja, tidak berpakaian blocking colour, mengelakkan perhiasan atau corak yang agak ketelaluan. Cantikkanlah dirimu, tetapi biarlah sekadarnya... Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah swt menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah. 
Jangan rosakkan Imej Islam . Berniqablah mengikut cara Islam kerana Allah, Bukan kerana ingin berfesyen sesuka hati kerana ingin menjadi bintang pujaan dunia....
Niqabista... Sejujurnya ana tidak sedap mendengarnya, kerana sebutan itu menjadikan ia lebih pada keduniaan, kerana pada ana Niqab itu lebih istimewa dari sekadar tujuan itu. Niqab terlalu mahal dan terlalu berharga dari itu... Mari fahami maksud Niqabista , Niqabista adalah gabungan Niqab, Niqabis dan star, menjadi bintang yang semata-mata untuk mencari perhatian? menyerlah dijadikan idola dunia dan sebagainya..? cuba renungi, Hilanglah tujuan niqab itu sendiri, hilanglah kemuliaannya. Tujuannya untuk menutupi dan melindungi, mulianya kerana asalnya dipakai buat mereka yang ingin mendekatkan diri kepada penciptanya yakni Allah SWT, jauh sekali dari manusia.



Maafkan ana, tapi inilah kenyataannya, yang mungkin hati memberontak akan amarah. Jauhkan bisikan syaitan itu, jangan biarkan ia memenangi emosi mu.  Janganlah kita jadikan pakaian ini, yang sepatutnya mendapat ganjaran pahala, menjadi berat timbangan amal kebaikan, menjadi sebab diazab di sana nanti. Biarlah semua yang kita pilih untuk sarungkan pada tubuh, Allah redha akannya. Janganlah biarkan indahnya jubah , niqab dan semua itu diseret bersama kemurkaan Allah SWT. Nauzubillah
Wanita sinonim dengan fesyen, dan Niqabis sama sekali terkecuali, tidak pelik ana katakan, fesyen niqabis sekarang sudah sampai ke tahap 'dasyat', jauh dari sekali apa yang pernah ana fikirkan. Bukanlah sesuatu yang salah, ana juga niqabis yang sukakan kelainan dengan mempelbagaikan cara memakai niqab plain di kepala. Memadai dengan pakaian yang plain tanpa perlu meletakkan apa-apa hiasan tambahan lain kerana rasanya itu saja sudah memadai sebelum jatuh ke tahap 'over'. Cantik kan subjektif, dan pada ana cantik sederhana itulah sesuai untuk muslimah berniqab. Warna sederhana, gabungan warna sederhana , corak dan sulaman ringkas cukup memadai. Fesyen bukan bermaksud perlu berpakaian pelangi, menyerlah dan up to date, tetapi cukuplah set minda akan fesyen bagaimana yang sederhana, bersih, kemas yang tujuannya hanya mendapat keredhaan Allah , untuk tatapan suami, bukan untuk memikat mata manusia semata-mata.
Kecutan fesyen dalam dunia niqabis, banyaknya hanyalah kebanyakannya bermula sebagai ikutan, kebiasaannya tampak pada muslimah yang baharu saja memakainya yang Allah buka hati memakainya mungkin kerana terpegun dengan indahnya niqab itu sendiri. Tetapi tidak faham nilai niqab itu sebenarnya... Berniqab bukan bererti bertukar menjadi wanita suci, Berniqab bukan bererti bertukar menjadi sempuna atau solehah, Berniqab bukan bererti dihijab dari bisikan syaitan, malah syaitan licik ada bermacam cara merosakkan niqabis itu sendiri. Maka bila berniqab, jagalah niqab bersama niat seikhlasnya semata-mata untuk ALLAH agar kerendahan hati tetap terserlah indah dengan kesederhanaan itu... 

Muhasabah diri, cuba tanya hati kita, Apa pendapat Rasulullah SAW yang jelas baginda telah ajarkan...? Adakah Allah redha dengan pakaian ini....?  Biarlah dengan pakaian ini, menyedarkan kita hakikat kehambaan, yang hanya sementara di dunia fana yang semuanya palsu di dalamnya. Biarlah dengan pakaian ini melahirkan rasa malu dengan maruah yang dijaga, yang akan dihisab, disoal nanti..  Cukuplah perhiasan itu dengan rasa malu, tawadhu, dan keikhlasan niat yang dijaga hanya untuk Allah, bila seseorang muslimat itu bahagia dengan pemakaiannya dan terdidik sifat malunya, pasti tiada lagi tempat dihatinya untuk hanyut dengan penghargaan manusia, tidak akan ada lagi terjatuh dengan kepalsuan fesyen yang menghanyutkan, tidak akan ada lagi fitnah yang menghakis maruah dirinya...
Indahnya Islam, cantiknya Islam, datangnya bersama panduan yang lengkap antaranya dalam berpakaian, jadikanlah imej Niqab itu tetap dilandasan yang diajarkan. Bukan dipakai dengan panduan nafsu dunia semata-mata yang menghilangkan maksud dan tujuan niqab itu. Pakailah dengan ilmu, inShaaAllah jika niat yang baik, dengan landasan ilmu yang betul, dengan kefahaman sebenarnya, pasti pemakaiannya juga menjadi betul.
Sungguh... 
berniqab dengan ilmu , berbeza berniqab tanpa ilmu.
berniqab untuk akhirat, berbeza berniqab hanya untuk keduniaan.
berniqab untuk menjaga maruah (sederhana), berbeza berniqab untuk menghinakan maruah (over).
berniqab dengan tawadhu, berbeza berniqab dengan sombong.


Jelas...
Niqabis sebenar-benarnya, Niqabis berniqab dengan ilmu, menjaga semua aspek hidupnya : menjaga agamanya, pergaulan, pertuturannya, perkongsian dunia luar (laman sosial), dia berniqab untuk akhirat yang tujuannya menjaga maruah dirinya , sentiasa cantik dengan kesederhanaannya, sentiasa tawadhu dalam pemakaiannya. Memilih menjadi 'niqabista' di akhirat semata-mata, Berbeza dengan 'niqabista' di dunia, pakaiannya dipakai hanya untuk ditunjuk2kan kepada manusia, dipertontonkan untuk manusia , yang tidak membawa apapun manfaat.. {contohnya dengan meng 'upload' gambar-gambar dirinya yang tidak berkesudahan, semuanya tentang dirinya yang mengharapkan dambaan dan pujian. (cuba tanya diri kita setiap kali hendak melakukannya, "Untuk apa aku upload gambar ini..? Perlukah.?  Apakah manfaatnya untuk manusia lain..? Adakah Allah redha..?"}  Wanita solehah sebenar-benarnya tahu untuk menjadi solehah tidak perlukan pengikhtirafan manusia malah takut akannya.

Berniqab memang memerlukan keberanian, bukan keberanian untuk melanggar batasannya, tetapi keberanian dan perjuangan dalam membawa imej tersebut.  Ikhlaskanlah hatimu Lillahi Ta’ala agar pengamalanmu dan susah payah menghadapi panas dan kritikan boleh dikira pahala di sisi Allah dan moga-moga dengan niat yang ikhlas itu kelak mampu untuk menuntun dirimu ke syurga. Maka bagi pemakai niqab yang sebelum ini tersasar jauh dari niat yang ikhlas Lillahi Ta’ala mari bersama perbaharui niat yang lama kepada niat yang baru
 Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya. HANYA UNTUK ALLAH
Setelah niat diperbaharui perlu ada beberapa lagi ciri yang perlu anda penuhi bagi mencapai tingkat sebenar sebagai seorang niqabis, antaranya :
1. Santun dan tegas dalam berbicara.
2. Tidak melirikkan mata dalam apa jua keadaan.
3. Jangan tabarruj dalam menghiasi mata.
4. Merasakan diri masih banyak kekurangan.
5. Menghindar body language.
6. Lebih ramah sesama wanita lain.
7. Hindar sifat merasa diri mulia.
8. Menggelak dari menutur kalam lagha / berjidal.
9. Mengorbankan diri dalam dakwah dengan lebih konsisten.
10. Berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslimah.


Begitulah di antara beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan kepada pemakai niqab. Apabila telah menyarungkan niqab ke muka anda maka bertimpa-timpalah bebanan kerja yang wajib dipikul dengan berhati-hati agar ianya tidak bertaburan dan keciciran. Dan yang paling penting agar ianya tidak menjadi fitnah ke atas Islam itu sendiri.
Sekiranya diri tertinggal salah satu di antara ciri-ciri tersebut tadi maka boleh dikatakan secara automatiknya  tidak lagi bergelar srikandi yang membawa imej Islam akan tetapi dirinya akan bertukar menjadi virus perosak kepada imej Islam yang mulia.
(titipan langkah dari iluvislam.com)
Kecutan fesyen Niqabista, dasyat membawa lirikan mata. Nilainya semakin hilang dengan sirna warna warni umpama pelangi, ingin dipandang dan dinikmati tapi tidak mahu dicapai dirinya...Hancurkan, hancurkan hijab hati yang menghalangnya iman untuk difahamkan hati apakah niqab itu sepatutnya.Hancurkan kesombongan tika ada yang memperbetulkanmu, kerana itulah tanda hati yang mati, kebal mengendahkan teguran , ingatlah, mungkin saja itu teguran dari Allah SWT...  Hancurkan keegoan diri yang memenangkan syaitan dalam memberi pendapat apa yang cantik, hancurkan rasa ingin cantik kerana pujian dan perhatian manusia semata..Ingatlah, Islam tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen namun perlulah mengikut sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Persoalan penting juga adalah bagaimanakah niat kita ketika berfesyen itu harus sentiasa dijaga? Dan kita sewajibnya menghiaskan fesyen kita yang diharuskan syarak itu tadi dengan penuh rasa ketaqwaan sepertimana firman Allah swt : “Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik”... 
Wallahualam bishawab..
sebanyaknya mohon maaf jika atikel ini melukakan hati sesiapa, sedikit pun tidak menuding sesiapa tetapi untuk diri sendiri. Sungguh semuanya berlaku dengan izin Allah yang menghantarkan tarbiyah untuk kita dari bermacam cara. Maafkan segala kelemahan dan keterlanjuran. Sebagai muslimat yang jahil ini, yang baru setahun jagung memakai niqab, ana juga pernah silap dan sentiasa silap dalam pemakaian ini, artikel ini adalah teguran keras untuk diri sendiri, menyedarkan diri sendiri sebanyaknya dan peluang untuk memperbaiki diri sendiri sentiasa ada, kerana itulah cita-cita yg terbaik, sentiasa perbaiki diri. Semoga Allah menguniakan kita ilmu dalam berniqab ini, diberi kefahaman dan hidayah bimbingan sentiasa dalam setiap perlakuan dan tindakan dalam memilih pakaian. Semoga Allah redha akan kita dan dimudahkan untuk bertemuNya nanti... :') Allahumma Aamiin...

6 comments:

Anonymous said...

tapi sangat sayang kalau berniqab tapi sibuk menayang diri kat facebook :)

jadi apa tujuan berniqab sebenarnya?

untuk elak orang tengok atau sebenarnya nak suruh orang tengok.?

berbalik pada fesyen.
if fesyen yang kita duk peragakan itu buat banyak mata yang memandang.maka lupakanlah fesyen itu.
berkadarlah dengan fesyen yang sederhana,
takut kita ini membawa fitnah kepada pakaian itu sendiri.

moga islam itu tak jatuh di penjuru kita kerana tindakan kita.

- on March 5, 2014 at 10:11 PM said...

Assalamualaikum. Terima kasih atas pendapat^^,

Pada akhir zaman, berniqab di anggap pelik dalam masyarakat, untuk mengelak orang memandang itu amatlah sukar, kerana itu menjaga adab bersamanya amatlah penting termasuk bersederhaan dalam memilih pakaian.

Berbalik pada hukum upload gambar, apa yg harus dilihat di hdpn mata begitu juga di alam maya, tidaklah salah upload gmbr tapi terpulang pada individu itu sendiri, niat dan gmbr bagaimana dan dia sendiri tayangkan kepada umum. Jika tidak menjaga, fitnah berlaku pasti kerana kesilapannya sendiri yang membiarkan aibnya terbuka untuk diterkam mereka yang suka menghentam , teguran dari Allah utk semua para niqabis jg. Semua kan berlaku dengan izin Allah... Wallahualam..

mari betulkan fahaman kita apa itu fesyen... ;
"Mengapa menganggap kecantikan itu fesyen..?
Seolah2 agama menolak kecantikan...
Islam bukan agama yg mundur...
Islam sangat cantik dengan memberi panduan apakah pakaian yg cantik dalam menutup aurat.. suci, cantik ,indah dan bersih itulah islam...~ Cinta Ilmu Fiqh Syariah , Ustaz Harryanto."

Jamy Yaacob on March 6, 2014 at 8:56 AM said...

salam laila..dah lama tidak nampak laila online..jamy suka dengan entry ini, sebab jamy dalam dilema..jamy seorang yang tdak istiqamah dalam beniqob, mungkin jamy tak kuat..tapi jamy sokong dan bangga dengan org yg istiqamah dengan niqob..betul laila, sekarang ramai yang berani berniqob, semoga niat mereka baik.

Anonymous said...

Assalamualaikum kak laila... ana suka entry kali nie.. actually, ana sendiri pun baru setahun jagung berniqab, s0 ana x berapa fasih dalam hal2 niqab nie.. betul la, hidayah & tarbiyah Allah itu luas.. blh dtg dlm pelbagai cara.. Ana bersyukur kerana diberi peluang daripada Allah untuk berhijrah mencari RedhaNya.. nk berubah itu susah, nk istiqamah super payah.. tp Innallahama'ana..
bila ana melihat semakin ramai yang berniqab di abad ini, ana rasa semakin kuat untuk memperjuangkan Islam di JalanNya.. tp bila masuk bab fesyen, ana sendiri terkejut krn ramai yg berniqab tp bertabarruj... maaf seandainya kata2 ini mengguris hati sesiapa kerana diri ini sendiri pun banyak sangat kkurangannya.. kdg2 tindakan para niqabis yg bertabarruj ini sedikit sbyk menggugat keteguhan hati dlm mengekalkan kesederhanaan dlm pemakaian.. Na'uzubillah...
Sem0ga kita semua kuat dalam menghadapi fitnah dunia ini & kekal teguh dlm memperjuangkan Islam Di JalanNya...
Amin Ya Rabbal'alamin... ^^

DIANAROSE on March 31, 2014 at 5:17 AM said...

Assalamualaikum , laila . <3 it . tq (:

Anonymous said...

kak laila ...yes islam xlarang bercantikkn...tp igt kecantikan seseorg wanita xmampu disembunyi oleh kain, tetapi mampu disembunyikan dgn btas-batas pergaulan...kerna itu fesyen dilanggahkn kerna mmebwa fitnah dunia..lihat skrg wlaupun pakai niqab tp ramai wat cmtu sb nak tunjuk kecantikkn eps bab mata...kerna mata juga panahan syaitan...tablis iblis..sy lelaki...terus terang sy ckp sy xthn nafsu bile tgk perempuan yg pkai niqab,bkn sy jer kwn2 sy pun sma..tmbah2 yg pnadai berfesyen..lihat fungsi sbenarnya niqab...sebelum zaman rasulullah lg mereka sudah pndai berhias...hinggakn lihat Hercules pun jatuh ditgn cleopatra..ni nk ckp org dulu sblum islam dah pandai bergaya...bab tu ayat hijab turun....saidatina aisyah juga pernah tegur hafisah kerna pakai kain jarang ...pasal upload pic kt fb..jika dia dtg fitnah atau riak baik xyah uplaod..org skrg pandai bg nasihat pandai ckp bab ayat2 islamik..tp rupa2 nye lain dari hati..waallahualam.

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos