Assalamualaikum wbt...
Rasa seperti sudah tua, nafsu dan keinginan mengaktifkan diri di laman sosial sudah hilang, bibitnya semakin pupus, hanya sekilas pandang tanpa perasaan perlu, paling tidak melihat apa yang penting. Rupanya hati yang tawar mekar kerana kepalsuan di dalamnya yang terlalu banyak, walaupun kadang memujuk diri, tapi kematangan mungkin melepaskan semuanya.
Sudah menjadi kebiasaan muslimah mengukir persahabatan melalu alam maya, walaupun hanya sedikit yang nyata. Setelah bertemu ramai muslimah darinya, rupanya ujian dan pelajarannya semakin banyak dan masih berlansung. Persahabatan yang terukir pastinya tidak semuanya indah, seiring masa berlalu umpana panas dan hujan yang diluar pengetahuan kita. Sejak lama ana meragui hubungan seerat itu, kerananya pernah jatuh dijurang kehancuran, walaupun berubah persekitaran, hakikatnya sama, jika lalai tersalah pilih, hanyut juga dengan kelalaian yang kononnya dinamakan 'ukhwah'.
Semuanya terukir hikmah dari Allah dalam setiap pertemuan, ana bersyukur saat2 Allah menyedarkan ana dengan menghilangkan individu2 di dalam pejalanan kehidupan, sedih dan tanda tanya pasti terukir, namun sedar, dengan hadirnya individu yang melalaikan kita adalah bukan sesuatu yg baik, malah merosakkan diri. Mungkin mulanya semuanya manis, namun apabila dinilai semua kedudukan persahabatan itu, penuh dengan luka2 yang tak tampak.
Muslihat disebalik persahabatan, pisau ditangan umpama bunga..
Menikam halus diselindung kata manis...
Muslihat disebalik persahabatan, datangnya seketika tenggelam timbul...
menatang kasih sayang melemahkan rahsia yg tersimpan..
Muslihat disebalik persahabatan, datang bersama tujuan..
yang datang disimpul hanya seketika..
Muslihat disebalik persahabatan,
Kasihnya...
manisnya...
semuanya palsu ..
jelas bersama kepalsuan dunia...
Sebenarnya tujuan jelas ana menulis artikel bertajuk ini, hanya ingin menegaskan, perbetulkan niat dalam menjalin perkenalan, jika tujuannya hanya menjalin hubungan untuk mengorek rahsia dan kemanfaatan dunia, lebih baik jangan ditabur janji dan kata manis yang berjela... Jangan dijaja ucapan kasih dan sayang semurah itu tanpa memahami apakah erti ukhwah dan kasih sayang itu...
Walaupun berkali-kali diri menerima perkenalan sebegitu, ruang-ruang kehadiran insan baru tetap diri alukan, keikhlasan bukanlah yang dipersoalkan, tetapi biarlah benar kerana Allah SWT, bukan dengan tujuan2 tertentu yang meloyakan...
Yakin setiap pertemuan ada tujuannya Allah hadirkan, pelajaran bahawa kebergantungan hanya untuk Dia.. yang membolakkan hati manusia, malah bersyukur kerana hijab muslihat itu Allah bukakan seawalnya, silauan pisau2 yang menikam tampak jelas dengan langkahnya... agar diri tidak jatuh di jalan yang sama. . . . .
wallahualam bishawab…

0 comments:
Post a Comment
syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai