August 27, 2015

Tiada yang mustahil bagi Allah SWT

Posted by -
Otaknya mati sejak 15 tahun yg lalu..
Kisah benar yg sangat memberi kesan..


Seorang wanita warga saudi menceritakan kisah suaminya yg mati otak sejak 15 tahun yg lalu..katanya:

"Suamiku asalnya seorang pemuda yg periang, bersemangat, cergas, segak, sasa, berpegangan agama, berakhlak dan berbakti kpd kedua orang tuanya..dia mengahwiniku pd tahun 1390 H dan aku tinggal bersamanya di rumah ayahnya sebagaimana adat kebiasaan keluarga org saudi..
Melihat kebaktiannya kpd kedua ibu bapanya, aku mula rasa takjub dgnnya dan aku bersyukur kpd Allah krn menjodohkanku dgn suami ini..Kami dikurniakan seorng ank perempuan setelah setahun perkahwinan kami berlangsung..kemudian tempat kerjanya berpindah ke daerah timur..Dia berulang alik ke tempat kerjanya selang seminggu..seminggu di sana dan seminggu bersama kami..sehingga ia berlangsung selama tiga tahun, manakala anak perempuan kami sudah berumur 4 tahun..
Tanggal 9 Ramadan 1395 H, ketika dlm perjalanan pulang ke kediaman kami di Riyadh, beliau terlibat dlm kemalangan jlnraya..ekoran itu beliau dimasukkan ke hospital dlm keadaan tidak sedarkan diri..Para doktor pakar yg merawatnya mengisytiharkan keadaannya sebagai 'mati otak' kerana kerosakan saraf otaknya pd kadar 95%..
Peristiwa itu sangat menyedihkan kami, terutamanya bagi kedua ibubapanya yg telah lanjut usia..Menambahkan lagi keperitanku, pertanyaan oleh anak kami Asma' tentang ayahnya yg sangat dirinduinya, lebih-lebih lagi dia telah menjanjikannya permainan yg disukainya..Kami bergilir-gilir menziarahinya setiap hari..sedangkan keadaannya tidak berubah sedikitpun..
Setelah 5 tahun masa berlalu..ada yg menasihatiku supaya menuntut cerai darinya melalui mahkamah, ats alasan penyakitnya itu tiada lagi harapan sembuh..bahkan sebahagian ulama telah memberi fatwa kpdku hukum keharusan cerai dlm keadaan kesihatan yg sebegitu..Namun, aku menolak sepenuhnya idea itu, bahkan aku tidak akn sekali2 menuntut cerai selagi dia masih ada di ats muka bumi ini, sama ada dia dikebumikan sama seperti si mati yg lain atau mereka biarkan saja dia bersamaku sehingga Allah melakukan apa yg dikehendakinya..
Sebaliknya tumpuanku terarah kpd ank perempuanku yg masih kecil..aku masukkannya ke sekolah tahfiz al-Quran..sehingga dia hafaz keseluruhan al-Quran sebelum umurnya melewati 10 tahun..Selepas itu, aku memberitahunya berkenaan hal ayahnya..dan dia tidak lekang mengingatinya..kadangkala dia menangis dan kadangkala dia diam membisu...Anak perempuanku seorang yg berpegangan agama..dia solat setiap fardu pd masanya..dia bangun solat di akhir malam, sedangkan dia belum berumur 7 tahun..
Aku bersyukur kpd Allah krn memberi hidayah kpdku utk mentarbiahnya seperti al-marhumah neneknya yg sangat akrab dgnya, juga seperti al-marhum datuknya..Dia mengikutiku menziarahi ayahnya dan dia membaca al-quran kpdnya dari semasa ke semasa..bahkan dia bersedekah bagi pihaknya..
Suatu hari pd tahun 1410 H. dia berkata kpdku: "Wahai ibuku! biarkanlah aku tidur di sisi ayahku pd mlm ini"..aku menerima permintaannya walaupun dalam keadaan teragak-agak.
Kemudian, anakku ceritakan kpdku (apa yg berlaku ke atas dirinya):
"Aku duduk di sisi ayahku sambil membaca surah al-Baqarah sehingga khatam, kemudian aku rasa mengantuk lalu tertidur..aku bermimpi seolah-olah satu senyuman melewati kehidupanku, justeru aku merasa tenang dgn keadaan itu..aku tersedar dari tidurku, lalu aku mengambil wuduk dan bersolat..ma sya Allah tanpa henti..tetapi aku tertidur semula di tempat solatku..
tiba2 ada seseorang berkata kpdku: "Bangunlah..apakah wajar kamu tidur, sedangkan Tuhan yg Maha Pemurah sentiasa jaga? Adakah wajar, sedangkan sekarang waktu penerimaan yg Allah tidak menolak permintaan hambanya?
Kemudian aku terjaga, terasa seolah-olah ada sesuatu yg hilang dariku..lalu aku angkat kedua tanganku, sambil melihat kpd ayahku, sedang air mataku berlinangan..aku berdoa:
"Wahai Tuhanku! wahai Tuhan yg Maha Hidup! wahai Tuhan yg Maha Berdiri! wahai Tuhan yg Maha Agong! wahai Tuhan yg Maha Perkasa! wahai Tuhan yg Maha Besar! wahai Tuhan yg Maha Tinggi! wahai Tuhan yg Maha Pemurah! wahai Tuhan yg Maha Penyayang..
Ayahku ini seorang hamba dari sekelian hamba-Mu..dia telah ditimpa kesusahan, namun kami tetap bersabar, tetap bersyukur dan tetap beriman dgn segala ketentuan-Mu terhadapnya..
Ya Allah! sesungguhnya dia berada di bawah rahmat dan kehendak-Mu..ya Allah! Engkau telah sembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya, Engkau juga telah kembalikan Nabi Musa kpd bondanya, Engkau juga telah selamatkan Nabi Yunus dlm perut ikan, Engkau juga telah tukar api menjadi sejuk dan selamat utk Nabi Ibrahim..
Sembuhkanlah ayahku drpd penyakit yg menimpanya..ya Allah! mereka dakwa tiada lagi harapan sembuh baginya..Ya Allah! engkau memiliki segala kekuasaan dan keagongan..maka kasihanilah dia dan sembuhkanlah penyakitnya..
Mataku rasa mengantuk..lalu aku tertidur sebelum terbit fajar..tiba2 terdengar suara perlahan membisikku: "Siapa kamu? apa kamu buat di sini? Lalu aku bangkit disebabkan suara itu..aku pandang ke kiri dan ke kanan tapi tiada sesiapa..kemudian suara itu berulang lagi..rupa2nya ia suara ayahku..justeru tanpa berlengah lagi, aku terus bangkit dan memeluknya dgn gembira...tetapi dia menjauhiku..sambil beristighfar dia berkata: "Bertaqwalah kamu kpd Allah..kamu tidak halal bagiku". Pantas aku menjawabnya: "Aku Asma', anakmu". Lalu dia terdiam..
Aku keluar memberitahu para doktor..sebaik mereka tiba mereka terkejut melihatnya..seorang doktor warga Amerika yg tidak fasih bahasa arab berkata: "Subhanallah!, manakala seorang lagi doktor warga mesir berkata: "Maha Suci Tuhan yg menghidupkan semula tulang temulang yg hancur"..manakala ayahku tidak tahu apa2 pun yg berlaku..sehinggalah kami memberitahunya hal itu..lalu dia menangis seraya berkata:
"Hanya Allah sebaik2 penjaga dan Dialah yg menjaga para solihin, demi Allah, aku tidak ingat apa2, cuma sebelum kemalangan itu berlaku aku niat ingin berhenti utk solat sunat duha..kemudian aku tak ingat lagi, sama ada aku solat atau tidak".
(Menyambung ceritanya) Si Isteri berkata: "Akhirnya Abu Asma' kembali ke pangkuan kami, sebagaimana aku harapkan..umurnya telah hampir 46 tahun..bersamanya, aku dikurniakan seorang lagi anak lelaki..segala puji bagi Allah..sekarang umurnya dua tahun dan sudah boleh merangkak..
Maha suci Allah yg telah mengembalikannya kpdku setelah 15 tahun berlalu..Dialah (Tuhan) yg menjaga anak perempuannya untuknya..Dialah jua (Tuhan) yg memberi hidayah kpdku untuk tetap setia dgnnya dan berlaku jujur terhadapnya meskipun dlm keadaan dia telah hilang dari dunia..
Oleh itu, janganlah sekali2 kamu abaikan doa..sesiapa yg menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaganya..dan jgnlah kamu abaikan kebaktian terhadap kedua ibubapamu..ketahuilah bhw di Tangan Allah jualah pengurusan dan penentuan segala perkara..tiada sesiapa pun selain-Nya yg melakukan semua itu.."
Kisah ini untuk pengajaran
Melaluinya, mudah mudahan Allah memberi manfaat bagi org yg berada dlm kesukaran atau ditimpa malapetaka besar atau tertutup baginya pintu penyelesaian atau terputus darinya jalan keselamatan..lalu dia ketuk pintu langit dgn doanya sambil meyakini pemakbulan oleh-Nya..justeru jgnlah berputus asa..selagi Tuhan kamu itu ialah Allah..hantarkan saja segala doa dan balutkanlah ia dgn sangkaan baik terhadap-Nya yg Maha Suci..kemudian yakinlah dgn hampirnya saat kejayaan dan kemakbulan..dan akhir doa kita ialah (pengakuan) bhw segala puji bagi Allah.

(Sumber : FB)

0 comments:

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos