August 10, 2015

Tukar cara hidupmu

Posted by -
Sedikit perkongsian ana nukilkan dari facebook.


Suatu ketika...
Borak antara sahabat ;


"Pendapatmu, bagaimana aku mahu meninggalkan hiburan dari media, tv, gossip artis yang jelas makin parah..? Aku mahu istiqamah dalam hijrah tapi sering terjatuh ke jurang yang sama...!"

"Tukar...."


"Tukar...?"


" ya... :)
  • Tukarkan dari membaca gossip, novel cinta cintun yang tidak bermanfaat kepada baca Al-Quran, hadis, sirah dan buku2 ilmiah.
  • Tukarkan dari melihat movie, drama, cerita yg tidak memberi manfaat kepada merenung hakikat kehidupan.
  • Tukarkan bazir masa dan wang shopping kepada banyak melakukan kebaikan dan bersedekah.
  • Tukarkan topik borak bersama kawan2 yang menjerumus ke arah umpatan kepada usrah yang membawa Cinta pada Allah dan kerinduan pada Rasulullah...
  • Tukarkan aktiviti 'lepak2' di hujung minggu kepada hadiri majlis2 ilmu.
  • Tukarkan mata yang liar 'usha' jejaka hensem/wanita cun kepada melihat wajah orang tuamu, suami/isterimu.
  • Tukarkan keluhan tentang apa yang kau tiada kepada bersyukur dengan apa yang kau ada..

Tukarkan dan ubah apa2 yang mengganggu dan melarikanmu dari jalan hijrah, dalam masa sama fokuskan niat perubahan itu kerana Allah semata2, pasti akan ada kekuatan... "

"Tapi...."

"Hmmm... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan...?
Sebenarnya kita ramai tidak mahu berubah kerana selesa dengan keadaan jahil. Itu bukan kerana kita jahil tapi itu sebab kita degil... Allah tahu... "

"Ya... tapi semacam sukar.."

"Aku sendiri rasakan sukar, tapi belum cuba belum tahu kan... :')
Hmmm. Setiap kali dikau rasakan sukar, ingat2lah kematian... pasti kelazatan dunia makin pudar dihatimu.
Sesekali tenung dan lihat2lah kuburan, tutup mata, cuba feeling gelapnya liang lahat, bayangkan keadaan dirimu sesuai dengan amalanmu... InShaaAllah kembali tunduk hati yg degil.
Sebagaimana kau mampu menghayati filem, drama & novel sampai menangis. Lebih2 lagi kau perlu hayati waktu itu.
Sebagaimana hatimu berbunga, excited melihat romantiknya dan sweetnya cerita cinta di tv dan buku walaupun kadang palsu. Bayangkan syurga yang jauh lebih indah malah ia sesuatu yg sgt pasti. "

"Baiklah... doakan aku ye shbt... :') "

"Doakan aku juga... kerana aku juga sedang bermujahadah sepertimu... :') "

*sama2 muhasabah sambil mengelap air mata...

0 comments:

Post a Comment

syukran jazilan.. =) komen anda amat dihargai

Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos