December 4, 2012

Kasih Sayang

Posted by - 1 comments

Bersyukur Allah hadirkan rasa kasih syg bersama insan ini... <3 td="td">
Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang enak-enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut. 

Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. 

Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan mejadi miskin, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain. 

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. 

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada ALLAH. 

Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH. 

Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu. 

Sebaliknya kalau seseorang yang direzeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya. 

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya. 

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik. 

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH. 

Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.

~Halaqah.net

October 26, 2012

Menuju Ke kampung Akhirat

Posted by - 0 comments

RENUNGAN UNTUK PEDOMAN MENUJU KE KAMPUNG AKHIRAT
walau bagaimana besar sekalipun darjatmu didunia ini, satu hari nanti kamu tetap akan kembali ke perut bumi.



sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di azab dalam perut bumi.



walau banyakmanapun ketawamu di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan menangis di perut bumi.



sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan meminum barang haram, satu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat.



walau bagaimana banyak sekalipun harta yang kamu kumpul, satu hari nanti akan musnah juga harta itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi.



walau banyak mana sekalipun kamu gunakan cahaya di muka bumi ini, satu hari nanti kamu tetap akan hidup dalam gelap gelita dalam perut bumi.



walau bagaimanapun kamu berlagak dan bertakbur diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan tetap di hina di dalam perut bumi.



walau bagaimana ramai sekalipun sahabatmu diatas muka bumi ini, satu hari nanti kamu akan keseorangan dalam perut bumi.

10 ALASAN POPULAR YANG ENGGAN WANITA MENUTUP AURAT

Posted by - 0 comments

10 ALASAN POPULAR YANG ENGGAN WANITA MENUTUP AURAT


1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!
sumber : http://www.mamat.my

August 7, 2012

Mengharap dan terus mengharap

Posted by - 0 comments
Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Isyarat mata tetap menerima, telinga jelas mendengar , wajah khusuk mendengar, tetapi hati jauh berbicara , melayang jauh menciptakan suasana nya sendiri.. lalu hati yang cuba memahami kini mentafsir.
Skrg berada dalam kuliah, melihat perlahan ke arah monitor besar dihadapan.. seperti meminta keyboard untuk jari mencapai...
lalu fikiran meneroka ayat utk ditulis, mata termenung seketika mencari topik untuk ditulis, terlalu byk hingga sesak tidak terjumpa.

Akhirnya apa yang ada, cuma satu cerita yang tetap sama dalam kehidupan. iaitu sebuah perjalanan yang tetap sama , sama sebagai seorang wanita yang mencuba yang terbaik dlm hidupnya.. yang cuma berbeza kekuatan , kelemahan dan tindaknya dalam segala hal. Mengharapkan terus kebahagian untuk datang dan terus datang mengisi kekosongan hidup.
Semua insan mengharapkan bahagia, setiap insan mengharapkan kegembiraan, kalau dulu ana selalu berkata tentang impian, cita-cita selepas kehidupan. Kehidupan sentiasa ada seterusnya, walau pun mati, ada hidup selepasnya jua. Kesibukan melahirkan lupa pada impian, lalu kesunyian Allah hadirkan untuk merenung semuala kekhilafan diri. Ya Allah terasa jauhnya dari apa yang telah diimpikan, rancangkan dan mahukan.

Semahu-mahunya ingin kehendak diri ini namun Dialah sebaik-baik perencana. lalu carilah hikmah disebaliknya dengan sangkaan-sangkaan baik yang harus hati lahirkan. Barulah kebahagiaan itu datang, ketenangan itu meneyelimuti kekusutan.
Siapalah manusia tidak berimpi, sedangkan manusia yang bunuh diri berimpi akan selesai segala selepas mati walau ia keputusan sebodoh-bodohnya, tapi itu tetap impian. Tapi impian yang dulu pernah ana lahirkan akan terus ana pupuk agar terus kuat menghadapi penghalangnya.


Impian memiliki kehidupan bekeluarga sendiri adalah seimpi-impi setiap pasangan yang berumah tangga, indahnya andai rumah tangga dihdapi bersama, pahit manis dirasa bersama, suka duka ditempuh bersama. Impian setiap pasangan pula memiliki zuriat penyeri kehidupan, sungguh ia tujuan berkahwin dalam islam yg din ini. Setahun hampir berkahwin, masih belum rahim ini Allah beri kemampuan itu, mungkin belum masanya yang sesuai walau dihati rasa semahu-mahu, zahir terasa mampu , hidup terasa ingin insan baru. Walaupun hati sedaya upaya memujuk perasaan agar terus usaha dan sabar, wajarlah rasa hampa kadang hadir jika sememangnya syaitan akan terus menggoda hamba Allah untuk terus redha padaNya. Kekuatan itu sedaya upaya ana lahirkan dengan memahami erti musibah, mengapa Allah menguji dan menggoda... Kadang-kadang berkali-kali membaca ulasan para ustaz dan ustazah tentangnya, dan ceramah penyuntik smgt dari mereka yang lebih tahu agar hati ini terus kuat menghadapi takdir yang Allah hadirkan.

Namun hati akan terus berharap, meminta dan terus berdoa dalam sujud , seperti doa Nabi Zakaria as memohon keturunan,  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa” .. tidak pernah lekang hati menyebut, mulut berbisik tika melihat anak-anak kecil maupun membayangnya.
Ya Allah hamba ini menanti.....  amanah besar darimu...


 

May 14, 2012

The Struggle..

Posted by - 0 comments

A man found a cocoon of a butterfly. One day a
small opening appeared. He sat and watched the
butterfly for several hours as it struggled to force its
body through that little hole. Then it seemed to stop
making any progress. It appeared as if it had gotten
as far as it could, and it could go no further.
So the man decided to help the butterfly. He took
a pair of scissors and snipped off the remaining bit
of the cocoon.
The butterfly then emerged easily. But it had a
swollen body and small, shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because
he expected that, at any moment, the wings would
enlarge and expand to be able to support the
body, which would contract in time.
Neither happened! In fact, the butterfly spent the
rest of its life crawling around with a swollen body
and shriveled wings. It never was able to fly.
What the man, in his kindness and haste, did not
understand was that the restricting cocoon and
the struggle required for the butterfly to get
through the tiny opening were Allah’s way of
forcing fluid from the body of the butterfly into
its wings so that it would be ready for flight
once it achieved its freedom from the cocoon.
Sometimes struggles are exactly what we need in
our lives. If Allah allowed us to go through our
lives without any obstacles, it would cripple us.
We would not be as strong as what we could
have been. We could never “fly”!

April 26, 2012

Creating a Sustained Awareness of Allah

Posted by - 0 comments

Creating a Sustained Awareness of Allah


  • How can you ensure that your life as a whole, every moment of it, is devoted to the remembrance of Allah? Below are four states of consciousness that we can strive to develop by remembering certain things and create an inner dhikr.
  • ONE:
  • Say to yourself - I am in God's presence, He is watching me (58: 7)
  • Be aware that everything you do, every word you say, Allah is ever present and His knowledge is all encompassing
  • TWO:
  • Say to yourself - Everything I have, has been gifted to me by Allah (14: 32)
  • Reflect upon your blessings and be grateful. Every time your heart beats, it does so with the permission of Allah
  • THREE:
  • Say to yourself - Nothing in this world can happen without His permission (6: 17)
  • Know that everything lies in the hands of Allah. No harm can befall you and no benefit can reach you except as Allah wills
  • FOUR:
  • Say to yourself - I am going to return to Allah one day and that day could be today (2: 156)
  • Always be conscious of this uncertainty. Let it motivate you to spend your time wisely

  • May Allah make us enter Paradise through any of it’s gates.AAMEEN, Allah knows best

Buat Sahabat

Posted by - 0 comments
Bismillahirahmanirahiim...
Assalamualaikum wbt...

 Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Alhamdulillah... 22 tahun diberikan ana peluang menikmati kehidupan ini. Mengimbas kembali saat ana mula-mula merubah arah hidup untuk yang lebih nyata, saat kesenderian dan kini memiliki sahabat yang sungguh indah pekertinya. Dari mereka daku mengenal erti hidup, apa yang penting mengenal apa itu sahabat sebenarnya. 

Mengimbas kembali lagi saat perkenalan, siapa sangka pertemuan yang dimulakan di alam maya (FB etc.) akhirnya bersua jua. Sama seperti perkenalan dengan suami. FB banyak merubah hidup ana, Semua bukan kehendak kita , tapi semua telah ditakdirkan Allah SWT, Subhanallah indahnya jika diingat kembali segalanya saat mula segalanya hingga saat ini.

Alhamdulilah, semoga ukhwah yang terjalin ini sentiasa dicurahi rahmat Nya, di isi dengan sesuatu yang bermanfaat dengan segala ruang yg ada, disulami keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT...

Bersyukur kepada Allah SWT atas sahabat-sahabat yang ana miliki sekarang, bersahabat hingga ke Syurga.. amin ya rabbal alamin. Insya`Allah.. ^^


Antara kenangan yang telah diukir sepanjang perkenalan, betapa rindunya kepada meraka.. Salam syg buat sahabat.. Doa ana sentiasa mengiringi... 



Kenapa Lelaki Sanggup Berbelanja Tinggi untuk Mendapat Seorang Isteri?

Posted by - 0 comments

Kenapa Lelaki Sanggup Berbelanja Tinggi untuk Mendapat Seorang Isteri?


Kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? 

Seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri. Dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi. 


Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.


Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.
                                                                                                            


Assalamualaikum..

Menarik kan artikel ni, dr halaqah.net.

Alhamdulillah, ade hikmahnye setiap apa yang kita baca even lihat.
Teringat kembali saat mula-mula hendak berkahwin, memang sangat banyak suami keluarkan duit untuk menyempurnakan majlis, semata-mata ingin memiliki ana sebagai isterinya.
Merenung kembali kesilapan sebagai isteri, muhasabah diri. Adakah layanan dan tanggungjawab dilaksanakan sebaiknya. Terima kasih ya Allah ats petunjuk dan hidayah Mu. Mungkin segala kesibukan mungkin telah menyimpang dari tanggungjawab dan pembahagian masa untuk rumahtangga. 


Buat Suami yang teramatlah disayangi, terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang. Atas kebaran melayan karena isterimu yg pelbagai. Insya`Allah isterimu akan mencuba yg terbaik lagi untuk menjadi sebaik-baiknya.. :) 
Amin, Insya`Allah.. 



Sahabat...

.......

 

Cahaya Malam Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos